Header Ads

(VIDEO) Lelaki Ditemui Hanya Berseluar Dalam Di Tandas Wanita Pusat Beli Belah Seorang Inspektor


ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dipercayai pegawai polis yang berpangkat Inspektor telah ditahan ketika ditemui hanya berseluar dalam di tandas wanita di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar dekat sini, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, penahanan pegawai berusia 32 tahun itu dibuat berikutan maklumat yang tular di media sosial mengenai kelakuan pegawai polis yang sering memasuki tandas wanita di premis berkenaan akhir-akhir ini.

Menurut Datuk Asri, tangkapan terhadap pegawai polis terbabit telah dilakukan pada jam 12.30 tengah malam selepas pihaknya menerima maklumat yang berkaitan dengan individu yang sedang menimbulkan suasana tidak senang dalam kalangan pengunjung yang masih lagi berada di pusat beli belah berkenaan pada waktu itu.

Anggota polis peronda yang telah dimaklumkan tentang perkara itu terus bergegas ke premis berkenaan dan mendapati seorang lelaki yang tidak berpakaian dan hanya berseluar dalam berada dalam tandas wanita di tingkat empat pusat beli belah terbabit,” katanya pada Harian Metro.

Gambar hiasan - Mstar
Pihak polis juga turut menemui satu paket plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.62 gram di dalam beg yang dibawa bersamanya.

Berdasarkan laporan, setelah pemeriksaan dilakukan pihaknya mendapati lelaki terbabit adalah seorang pegawai polis berdasarkan kad kuasa yang ditemui bersamanya.


Hasil ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan lelaki terbabit kini ditahan reman.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jelasnya.

No comments

Powered by Blogger.