Header Ads

(VIDEO) Lelaki Yang Mengaku Keturunan Nabi Akhirnya Ditangkap Orang Ramai Kerana Kesalahan Merogol


Kecoh di media sosial tentang penipuan seorang lelaki Arab yang kononnya dikatakan sangat pandai merawat penyakit sehingga dia dikenali oleh para pemimpin negara dan golongan artis di atas kehebatannya itu yang dikatakan menipu orang ramai.


Akhirnya, penipuan lelaki terbabit terbongkar selepas tersebarnya satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Ibnu Ayyub yang menunjukkan lelaki terbabit telah ditangkap dan laporan polis juga telah dibuat yang melibatkan penipuannya.

Menurut Ibnu Ayyub menerusi postingnya di Facebook,

Sebab itulah, berbuih mulut kita mengingatkan, jangan sekali-kali terpesona dengan manusia bergelar 'Habib'. Apatah lagi besar serbannya, tasbih pula tak pernah lekang di tangannya.
Mengaku pula sebagai anak cucu keturunan Nabi, memang mudahlah orang Melayu tertipu.

Nak lebih laris, mengaku pula jumpa Nabi setiap hari. Konfem pengikut-pengikut yang jahil sanggup serah leher untuk disembelih. Bukan sahaja sanggup gadai harta, anak bini pun sanggup dijadikan pertaruhan.

Ini baru Habib rogol anak orang, yang Habib rogol akidah orang lagilah ramai.

Berikutnya rakaman video yang menunjukkan suspek telah ditangkap oleh beberapa orang lelaki dan turut ditampar di kepala dan turut dipaksa mengaku akan perbuatannya itu.


Menurut sumber, suspek dikatakan telah menggunakan nama samaran untuk menipu orang ramai Alhabib Assayid Toha Aljailani atau Sheikh Tobib Toha Aljailani, manakala nama sebenarnya adalah Ra'ad T. Mohamed yang berasal dari Al Falujjah, Iraq.

Lelaki ini juga telah dilaporkan melakukan berbagai jenis jenayah seperti menyamar sebagai seorang doktor, menipu orang ramai dengan menjual ubat-ubatan palsu malah menjual telefon bimbit serta turut membuat sebaran ajaran sesat.






Yang menariknya beliau turut dilihat muncul dalam beberapa program TV yang berunsur keagamaan di kaca TV malah turut dilihat bermesra dengan artis terkenal dan pemimpin-pemimpin negara.

** Gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Memalukan bangsa. - www.koleksiviral.com


No comments

Powered by Blogger.