Header Ads

(VIDEO) Memalukan! Isteri Kantoi Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel, Saksikan Apa yang Si Suami Lakukan..


Satu rakaman video yang menunjukkan seorang suami bersama beberapa orang lelaki menyerang isterinya bersama lelaki lain yang sedang bercumbu dalam bilik hotel jadi viral di laman sosial Facebook beberapa hari lalu.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik Jumaat lalu oleh pengguna Facebook yang menyatakan wanita terbabit adalah isteri kepada lelaki yang datang menyerangnya ketika wanita berkenaan sedang bermadu kasih di sebuah hotel.

Melalui rakaman tersebut, kelihatan 3 orang lelaki termasuk perakam video sedang mengetuk pintu dan menyuruh penghuni bilik hotel tersebut membuka pintu sebelum terus masuk ke dalam selepas pintu dibuka.

Selepas pintu terbuka, lelaki terbabit terus menyerang seorang wanita yang ketika itu sedang tidak berpakaian berada di atas katil. Lelaki itu juga dilihat melibas dan memukul wanita tersebut yang dikatakan isterinya dengan menggunakan sejenis tali pinggang kulit.

Akibat tidak dapat menahan kemarahan apabila isterinya didapati sedang berasmara dengan lelaki lain, si suami juga dikatakan turut mencekik selain memukul isterinya itu.

Disebabkan melihat si suami mengamuk sehingga telah mencederakan isterinya, rakan-rakannya yang berada di situ telah cuba menenangkannya.


Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut turut berpendapat sepatutnya tidak perlu berbuat demikian sehingga mencederakan isterinya, sebaliknya terus dibawa ke balai polis untuk menyelesaikan kes berkenaan. Kes dan kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Thailand.

Suami mana yang dapat menahan kemarahan apabila melihat sendiri isterinya yang disayangi selama ini sedang bercumbuan dengan lelaki lain di depan mata? - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.