Header Ads

(VIDEO) 'Selfie' Selepas Mencuri iPhone, Muka Dua Remaja Yang Dipercayai Mencuri Kini Tersebar Di Media Sosial


Biasanya apabila melakukan perbuatan mencuri, selalunya si pelaku akan menyembunyikan diri serta menyorok barang yang dicuri terlebih dahulu untuk mengelakkan diketahui orang. Tetapi berbeza dengan dua pencuri remaja ini selepas mencuri mereka selfie dengan kamera yang dicuri.

Kes ini berlaku di Taman Rinting, Johor Bahru dan perkongsian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bertindak menyebarkan gambar dan video remaja berkenaan selepas geram dengan tindakan kedua remaja ini.

Kedua-dua remaja ini dikatakan telah membuat kesilapan selepas mencuri iaitu bergambar selepas mencuri telefon dan tidak menyedari yang gambar-gambar mereka dapat dilihat oleh pemilik telefon menerusi sistem i-cloud yang dapat diakses melalui tanpa mengguna telefon iphone yang dicuri itu.





Menurut pemilik telefon bimbit iphone berkenaan mereka berjaya dikesan di kawasan Taman Rinting selepas pemilik mendapat maklumat dan bergegas ke sana, namun apa yang mengejutkan selepas pemilik ingin mendapatkan telefonnya si pelaku dikatakan dengan berani mengacukan pisau ke arahnya.

Oleh itu, semua pengguna Facebook diminta untuk menyebarkan perkara ini dan diminta agar berhati-hati dengan kedua-dua remaja ini yang dikatakan memberhaya.


Sekiranya anda ternampak mereka, anda diminta melaporkan perkara ini kepada pihak polis. -www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.