Header Ads

(VIDEO) Wanita Dakwa Dipukau & Dompet Dicuri Ketika Sedang Membeli Belah Di Sebuah Butik


KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengalami kerugian ribuan ringgit selepas perbuatan licik dua wanita yang dipercayai menggunakan ilmu pukau mencuri dompet miliknya di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit bersama suaminya ke sebuah butik untuk membeli pakaian. Ketika beliau dan suaminya sedang memilih pakaian, mereka didatangi dua orang wanita yang kelihatan ingin memilih baju yang dipamerkan.

Pada ketika inilah salah seorang suspek mengambil dompet milik mangsa tanpa disedarinya dan suami, Malah, ketika suspek cuba menghimpit, mangsa dikatakan langsung tidak menyedarinya dan turut tiada perasaan marah serta membiarkan sahaja suspek merapatinya.

Pada mulanya, wanita terbabit beranggapan dompetnya itu tercicir kerana kelalaiannya sendiri tetapi anggapannya salah selepas pemilik butik menunjukkan rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di butik berkenaan, barulah semuanya terbongkar.

Akibat perbuatan licik kedua-dua suspek yang dipercayai berbangsa Cina dan berusia 40-an, wanita itu kehilangan duit, kad bank dan beberapa kad penting yang dimimlikinya.

Ekoran kejadian itu, dia dan suaminya telah membuat laporan polis dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dengan kes tersebut.


Wanita itu turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan perbuatan dua suspek tersebut agar dapat memberikan pengajaran kepada semua orang yang akan berkunjung ke mana-mana pusat membeli belah.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika berada di mana sahaja. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.