Header Ads

(VIDEO) Wanita Diminta Berhati-Hati Ketika Solat Di Lapangan Terbang, Taktik Sindiket Dadah Sorok 'Barang' Dalam Kasut


Hati-hati sekiranya anda ingin menunaikan solat di mana-mana lapangan terbang kerana dikhuatiri perkara yang sama akan berlaku terutamanya para kaum wanita yang didapati sering terjebak dijadikan keldai dadah.

Perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Muzlie Muzlim telah membongkarkan satu sindiket yang berkaitan dengan penipuan dadah yang menjadikan wanita sebagai sasaran untuk melakukan perkara ini.

Peringatan terutama kepada kaum wanita.

Berhati-hati bila anda singgah untuk menunaikan solat di lapangan terbang semasa menunggu boarding.

Bila sandal anda hilang selepas menunaikan solat, sama ada terpakai atau terbawa oleh orang lain, jangan sekali-kali anda memakai mana-mana sandal yang ada.

Sebenarnya ia sengaja ditukarkan oleh seseorang yang berniat jahat.

Jika anda terlepas pada pemeriksaan keselamatan, pasti ada seseorang tiba-tiba muncul dengan ramah dan memohon maaf diatas kekeliruan tersilap ambil milik anda.

Tetapi jika anda tak lepas pada pemeriksaan keselamatan, anda sendiri yang bakal menanggung risikonya.



Orang ramai terutamanya wanita diminta berhati-hati dengan perkara sebegini kerana bimbang perkara yang sama akan berlaku. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.