Header Ads

Wanita 'Anti-Jajan' Berperang Dengan Netizen Jadi Perbualan Di Media Sosial


Heboh di media sosial tentang 'perang jajan' selepas seorang pengguna Facebook cuba untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa bahayanya makanan berkenaan.

Semuanya bermula apabila seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Nor Azlin Kamarudin telah memuat naik satu status yang mengambarkan dirinya adalah seorang yang 'anti jajan' dan berpendapat makanan tersebut tidak mempunyai sebarang khasiat serta sanggup membuangnya, malah turut membiarkan sahaja anak-anaknya memijak makanan tersebut.

Netizen dilihat seperti tidak berpuas hati apabila wanita turut mempertikaikan tentang sikap sesetengah ibu bapa pada zaman ini apabila menyambut hari jadi anak mereka di sekolah, mereka dikatakan memberikan jajan sebagai 'goodies' sebagai tanda bersedekah kononnya.

Posting yang dimuat naik wanita ini telah mendapat perhatian netizen yang membincangkan tentang makanan ringan, malah perbincangan itu turut dikaitkan dengan posting seorang doktor sebelum ini yang dikatakan memuat naik perkara yang sama, lapor Mstar.

Marah sangat orang yang baik hati beri jajan dalam pek birthday party sekolah anak-anak bila kita kata kita buang.

Makanan cari yang halal dan bersih. Jajan tu halal ke? Bersih ke? Bagus untuk kesihatan ke? Ke sekadar goodies bag nak puaskan nafsu mak bapak anak je?

Saya buang kalau saya dapat. Anak saya tak tahu itu boleh dimakan. Sebab sejak dia kecil saya ajar dia semua tu toys. Bukan food. Jadi.kalau ada dalam rumah pun, diorang buat main pijak-pijak je. Kalau sumi, jelly, diorang suruh saya buka letak atas pinggan nak tengok jelly tu wobbly wobbles.

Anak kami baru sekolah tahun ni. Birthday dia kami buat bodo je TAK PAYAH AJAR NAK SAMBUT BIRTHDAY DEKAT SEKOLAH.


Untuk apa pun ajar. Mak pun malas. Sedekah ada banyak cara lain. Kekadang bila masa ambil anak balik sekolah, dah nampak dia pegang beg berisi jajan, sebelum masuk rumah, saya campak siap-siap dalam tong di luar. Supaya masuk rumah tak perlu dia berebut dengan adik dia. Lagipun bukan boleh makan pun. Semuanya merosakkan otak je.

Tengok la korang yang dah dewasa sekarang ni. Dulu makan jajan kan? Korang pun ada tak waras juge kekadang. Samalah aku pun. HAHAHAHAH...

*kelakar ibu bapa dekat post dr zubaidi menggelabahsemuanyasedih jajankenabuang. Yang korang pergi bagi jajan tu buat apa. Kreatif la sikit. Bagi duit ke. RM5 seorang anak murid. He he he.

Kek pun sama. Lainlah kalau korang beli kek organik, gluten free, GMO free. Budak sekolah banyak tak sihat semua salah kita. Kek birthday pun dah sekilo gula dalam tu. Gula putih. Punca kanser.

Cupcake pun adik beradik laaaaaa...
Senang, tak payah sambut birthday. Jimat masa anak belajar. Hahahahahhaha

Edit : korang semua dah besar panjang, apa idea nak bagi dekat anak sekolah sambut birthday bagai, fikirlah secara waras walopon kekadangkorang tak waras sangat. Kalau tak boleh fikir, senyap2 jebila sampai birthday anak. Yang korang pegi bagitau dia hari ni besday dia buat apa. Salah korang la. Heeeeeee

Yang Tulus Ikhlas, 
MAK DEMAND

Walau bagaimanapun, niat wanita ini juga disalahtafsirkan oleh beberapa pihak yang mungkin tidak nampak apakah tujuan ibu muda ini maksudkan.

Orang ramai dinasihatkan agar memahami apakah yang ingin disampaikan oleh wanita ini, yang baik jadikan teladan dan yang tidak baik tidak perlulah kita amalkan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.