Header Ads

Bagaimana Cara Mengesan Telefon Bimbit Anda Yang Hilang & Gagal Dikesan Dengan Mudah

cari telefon saya

Telefon korang selalu hilang tak dapat dikesan? Ada orang sebat? Tercicir? Tak tau letak kat mana?

Sekarang jika korang hadapi semua situasi tersebut dan gagal mencari di mana letaknya telefon yang hilang itu, jangan risau lagi atau menangis, sebab dengan perkembangan teknologi terkini cara kesan telefon korang yang hilang itu sekarang dengan mudah dapat dijejaki.

Tapi macamana nak cari? Mungkin ramai yang dah tahu cara ni. Kepada mereka yang belum tahu, sila ikuti step yang kami kongsikan ini. Info ini sangat berguna kepada sesiapa saja yang hilang telefon dan buat persediaan awal sebelum telefon korang hilang.

Kalau korang nak kesan telefon korang yang hilang tu, korang boleh Google je, confirm korang akan dapat jejak di mana lokasi telefon tu berada. Ikut langkah-langkah berikutnya dengan teliti dengan menggunakan Android Device Manager.

1. Di laman carian Google, sila taip 'Find your phone' atau di ADM

Cari telefon hilang guna gps

2. Secara automatik Google dapat mengesan model telefon kita

cara mengesan lokasi nombor telefon bimbit

3. Pastikan log in email korang terlebih dahulu

cari lokasi seseorang melalui no hp malaysia

4. Selepas tu, Google akan terus bagi lokasi

cari telefon hilang guna google

5. Korang boleh buat pilihan sama ada nak bunyikan telefon yang hilang tu.

detect telefon

Kalau dicuri, apabila telefon tu berbunyi tanpa henti mesti pencuri tu menggelabah biarpun telefon tu dalam silent mode. Bunyinya sangat kuat sehingga bunyi yang paling maksimum selama 5 minit yang telah ditetapkan.

Kes di atas jika telefon hilang dalam kawasan rumah. Tapi macamana pulak kalau telefon korang hilang semasa korang berada di luar rumah?

Jangan risau, Korang boleh rujuk pada lokasi yang telah diberikan oleh Google tadi dalam gambar 4.


Tapi sekiranya korang rasa telefon korang memang dicuri, korang dinasihatkan bawa beberapa atau polis semasa korang sedang mengesan telefon tu di luar. Jangan buat semua ni secara berseorangan, kerana sebarang kemungkinan akan berlaku.

Berikutnya adalah beberapa langkah bagaimana cara bagi  memastikan telefon dan segala maklumat peribadi korang yang ada dalam phone tu dalam keadaan selamat. Semuanya dengan menggunakan Google saja.

1. Sila pilih 'Recover' dan nanti akan terkeluar beberapa menu yang harus korang pilih

cari hp hilang

Sila klik Recover tu.

telefon

Ini contoh menu yang korang harus perhatikan.

2. Kalau korang memilih untuk 'Lock your phone'

cari

Korang boleh lakukan;

1. Setkan password terbaru untuk phone korang
2. Korang boleh tulis nota yang akan terpapar di skrin telefon supaya sesiapa yang terambil phone tersebut akan membaca nota tu.
3. Boleh masukkan nombor telefon yang senang dihubungi

3. Korang juga boleh buat pilihan 'Try calling your phone'

Hp Imei

Google begitu prihatin sehinggakan bab orang yang tak ingat nombor telefon boleh call nombor sendiri. Hebat kan?

Korang boleh tanya ahli keluarga, kawan-kawan atau cari saja nombor dalam contact yang terdapat dalam email korang. Google Hangout juga boleh digunakan, siap boleh video call dengan siapa saja yang terambil telefon korang.

4. 'Sign out on your phone' boleh jika korang nak

Telefon android

Dengan cara ini korang akan log out secara sendirinya  dari akaun Google yang ada di telefon korang. Cara ni akan menyekat semua akses sekiranya orang yang ambil telefon tu ingin masuk dalam akaun berkenaan.

Tapi, korang masih lagi boleh bunyikan, locate serta padam telefon korang.

5. Korang juga boleh memilih untuk 'Get in touch with operator'

phone lost

Operator telefon biasanya akan membantu untuk menyekat SIM kad korang, berikan SIM kad yang terbaru dan sambungkan korang kepada nombor yang baru diberikan itu.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan semua identiti korang dari dicuri oleh mereka yang mencuri telefon korang disebabkan mereka boleh lakukan apa saja menggunakan telefon tersebut selain menghantar mesej dan membuat panggilan.

6. Untuk pilihan yang terakhir, korang boleh lakukan dengan 'Consider erasing your device'

telefon

Dengan cara ini, korang dapat elakkan sesiapa saja yang memiliki telefon tersebut daripada melihat segala isi kandunga telefon tersebut.

Sebarang kemungkinan yang akan berlaku adalah seperti berikut;

1. Mungkin Google tidak dapat memadam semua memori yang terdapat dalam telefon korang.

2. 'Find your phone' dan 'Android Device Manager' tak lagi dapat locate, lock atau ring telefon korang tu.

3. Segala maklumat yang tak di back up di akaun Google akan terpadam.

Proses tersebut biasanya berlaku sekiranya telefon korang sedang online.

Telefon pintar

Korang dah cubat buat ke? Mesti jumpa ka telefon tu? Sebenarnya kami dah buat, memang terbukti berkesan dan Google memang memberikan petunjuk yang sangat tepat lokasi telefon yang sedang dicari itu.

Find My Mobile - Samsung


Kepada pengguna telefon jenis samsung, anda boleh menggunakan laman khas yang telah disediakan untuk mengesan telefon yang dicari itu melalui Find My Mobile.

Find My iPhone Untuk iOS


Untuk pengguna iPhone, anda hanya perlu login di  akaun iCloud.com yang memiliki cara yang hampir sama untuk mengesan telefon anda yang hilang itu.

Video Tutorial Cara Kesan Telefon Hilang


Semoga maklumat dan info ini berguna kepada sesiapa saja yang masih lagi belum tahu. Tetapi, haruslah selalu berhati-hati dengan menjaga telefon korang dengan baik supaya kejadian seperti hilang telefon tidak berlaku.

Semoga bermanfaat. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.