Header Ads

Kerana Kanser Otot Tahap Tiga, Pelajar Ini Tidak Putus Asa & Tetap Bersemangat Duduki UPSR di Hospital

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun bermula pada hari ini, 11 September 2017. Pelajar-pelajar dilihat begitu bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab dan turut memberitahu akan melakukan yang terbaik seperti diharapkan ibu bapa agar mendapat keputusan yang membanggakan.

Sumber: NST

Semangat itu turut ada dalam diri adik Mohamad Najmee Rosidi yang berusia 12 tahun daripada Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Rompin, Pahang. Tetapi perbezaan adik Najmee dengan pelajar lain adalah dia terpaksa menduduki peperiksaan UPSR itu di dalam wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu, Kelantan, kerana menghidap penyakit barah otot tahap tiga.

Memetik laporan dari Berita Harian, pelajar tahun 6 ini telah dimasukkan ke HUSM pada 17 Ogos lalu selepas mengalami dehidrasi sesudah 3 hari menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Rompin, Pahang.

Biarpun dia kelihatan tidak bermaya dan badannya lemah serta harus mempunyai waktu rehat yang secukupnya, semua itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan UPSR ini. Najme ditemani ibunya sendiri, Fazilawati Md Isa, 35, dan bapanya Rosidi Saad, 44, hampir setiap hari semenjak dia dimasukkan ke hospital.

"Oleh disebabkan penyakit yang dapat dikesan pada bulan Februari lalu, saya telah mengambil keputusan untuk melupakkan persekolahan kerana harus berulang alik dari rumah di Rompin ke HUSM untuk menjalani rawatan kimoterapo setiap 3 minggu sekali", kata Najmee.

Najmee turut memberitahu, biarpun dia tidak sempat menjalani peperiksaan percubaan dan juga harus mengulangkaji pelajaran pada saat akhir, dia tetap bertekad untuk menduduki peperiksaan UPSR.

Menurut Najmee lagi, dia tidak ingin terlalu memikirkan tentang sakitnya itu kerana turut mahu berjaya seperti rakan-rakannya yang lain.

Sumber: Harian Metro

Pada hari ini, Najmee mengakui telah mencuba sedaya upayanya untuk menjawab semua kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan juga Penulisan dengan sebaik mungkin.

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah Najmee turut melahirkan rasa simpati serta turut mendoakan kejayaannya selain memberikan kata-kata semangat untuk Najmee terus maju ke hadapan.

Antara kata-kata netizen yang telah menarik perhatian adalah seperti berikut;

"Tiada yang mustahil untuk semua orang berjaya dan mendapat kecemerlangan. Sama seperti pelajar-pelajar kanser sebelum ini. Semoga berjaya adik-adik."

"Semoga Allah mempermudahkan adik Najmee menjawab kertas soalan peperiksaan dengan baik sekali dan mendapat keputusan exam yang terbaik. Anda Boleh, in sha Allah."

Semangat adik Najmee untuk menduduki peperiksaan UPSR itu seharusnya dipuji biar pun dia sedang menahan kesakitan tetapi masih lagi mampu untuk menduduki peperiksaan dengan niat untuk berjaya seperti rakannya yang lain.

Semoga adik Najmee terus berjaya dan kuat menghadapi segala dugaan dan ujian. Semoga semuanya dipermudahkan dalam apa jua urusan yang adik Najmee lakukan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.