Header Ads

Lelaki Berperwatakan Lembut Ditahan Polis Selepas Terlibat Dalam Kes Samun Kedai Serbaneka 24 Jam

Tiga orang daripada empat lelaki yang berperwatakan lembut telah ditahan polis ketika dalam cubaan untuk menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di pusat bandar Parit Buntar, Bagan Serai, Perak, semalam.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu, sepasukan polis yang bertanggungjawab melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan sekitar pusat bandar tersebut dipercayai telah terserempak dengan dua lelaki yang mencurigakan dengan menaiki motosikal berdekatan dengan premis KFC di bandar itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, anggota polis yang bertugas telah menahan kedua-dua suspek sebelum membuat siasatan dan pemeriksaan terhadap keduanya.

Melalui pemeriksaan tersebut, polis menemui sebilah parang yang terselit dan diletakkan di dalam raga motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang oleh suspek.

Dalam siasatan itu juga polis turut menemui dua kain skaf dan sebilah pisau di dalam beg yang digalas oleh salah seorang suspek yang dipercayai akan digunakan untuk menyamun.

Manakala, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 21 dan 18 tahun itu telah membuat pengakuan bahawa mereka ingin melakukan samun di premis kedai serbaneka berdekatan bersama dua lagi rakan mereka yang dikatakan bertindak sebagai tonto.

Hasil daripada siasatan selepas maklumat diberikan, polis kemudiannya telah berjaya memberkas dua orang lagi rakan suspek yang berusia 26 dan 17 tahun di kawasan kilang yang berdekatan dengan lokasi di mana mereka ingin melakukan samun.


Melalui siasatan itu juga, polis telah mendapati dua daripada suspek awal telah mengaku pernah terbabit dalam dua kes samun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Siakap dan Jalan Besar pada tahun ini. Manakala suspek yang berusia 26 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Menurut Omar lagi, polis yakin akan dapat menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka yang sering berlaku sepanjang tahun selepas tertangkapnya suspek.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek telah direman selama enam hari bermula semalam, lapor Harian Metro.

No comments

Powered by Blogger.