Header Ads

(VIDEO) Isu Ayam Tidak Disembelih, JAKIM Tampil Berikan Penjelasan Terperinci Kepada Orang Ramai


Heboh di media sosial beberapa hari lalu tentang satu rakaman video yang mendakwa sebuah pasar raya besar yang terkenal di kawasan Shah Alam dikatakan telah menjual daging ayam yang tidak disembelih mengikut hukum kepada orang ramai.

Menurut laporan Sinar Harian, salah seorang pengguna media sosial yang bertanggungjawab merakam video berkenaan telah menunjukkan keadaan ayam yang telah dibelinya dari pasar raya terbabit dan mendakwa ayam tersebut tidak disemmbelih sebaliknya ianya dijual selepas ditarik kepalanya sehingga putus.

Menerusi rakaman video tersebut dapat didengari kata-katanya yang mengatakan "Tidak ada kesan sembelih melainkan kepalanya ditarik,” ujarnya.

Pada masa sama, pengguna itu turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya tersebut walaupun jenama tempatan itu ia mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Bagi menjelaskan situasi sebenar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller).

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan kulit leher ayam tertarik panjang dan menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

“Produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

”Pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban,” katanya.

Berikutnya kenyataan dari JAKIM tentang isu ayam yang tidak disembelih.

PENJELASAN BERKENAAN TULAR VIDEO JUALAN AYAM DI TESCO SETIA ALAM/SHAH ALAM TIDAK DISEMBELIH

Jakim terpanggil untuk menjelaskan video yang tular sejak 29 Julai 2014 dan kini ia tular kembali berkenaan ayam yang dijual di Tesco Setia Alam dan didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Untuk makluman pengguna, berdasar rakaman video tersebut, didapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

Walau bagaimanapun produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, iaitu Kerabat Processing House (Pedas) Sdn. Bhd.

Justeru, pengguna tidak perlu gusar dengan tular tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan sentiasa mengutamakan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban.

Untuk mengetahui rumah sembelih yang mempunyai Pensijilan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang aduan, pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung terus melalui emel dan talian yang tertera di bawah:

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan setiap maklumat seperti ini yang terdapat di media sosial, kerana setiap informasi yang disampaikan agak meragukan, orang ramai harus merujuk kepada pihak berkaitan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.