Header Ads

(VIDEO) Lelaki Tua Cabut Bulu Ari-Ari & Campakkan Pada Leher Pelajar Perempuan Yang Sedang Tidur Dalam Tren


Perkhidmatan awam adalah untuk kegunaan semua orang dan tempat duduk pula harus diberikan keutamaan pada mereka yang amat memerlukan seperti OKU, warga emas dan sebagainya. Kita juga disarankan menjaga tingkah laku dan harus bersopan ketika menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan.

Gambar Hiasan

Baru-baru ini satu berita yang amat mengejutkan ramai telah jadi viral di laman sosial yang membabitkan penumpang satu perkhidmatan awam kereta api di Jepun di mana seorang lelaki warga emas dipercayai telah melakukan satu perbuatan yang amat menjijikkan terhadap salah seorang penumpang perempuan yang dikatakan pelajar.

Kelakuan warga emas terbabit turut dirakamkan melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut dengan membuka zip seluarnya sambil mencabut bulu ari-arinya sebelum menjatuhkan bulu berkenaan ke bahagian leher dan kepala pelajar perempuan tersebut tanpa menyedari kelakuannya itu sedang dirakam.


Rakaman video tersebut dipercayai jadi tular di media sosial selepas seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman tersebut dengan harapan dapat menyedarkan orang ramai sekiranya ingin berbuat perkara yang sama terhadap orang lain di dalam perkhidmatan awam.

Menerusi rakaman tersebut, gadis berkenaan dilihat sedang lena sementara lelaki warga emas tersebut yang duduk bersebelahannya mengambil kesempatan melakukan perbuatannya itu sambil membuka zip seluar dan mencampakkan bulunya ke arah gadis tersebut. Sesekali lelaki berkenaan dilihat membetulkan rambutnya seolah-olah puas berbuat sedemikian terhadap pelajar yang sedang tidur itu.



Warga emas yang berwajah selamba itu langsung tidak menyedari akan kelakuannya telah dirakamkan dan turut dilihat seperti cuba memastikan bulu-bulunya itu berada di tangannya sebelum menjatuhkan ke atas leher gadis tersebut.

Menurut laporan Sora News 24, tidak dapat dipastikan bilakah kejadian tersebut berlaku dan individu yang berkongsikan rakaman tersebut bukanlah individu yang sebenar yang berhadapan dengan kejadian itu, namun rakaman tersebut telah dimuat naik ke laman sosial pada 15 September lalu.


Selepas video berkenaan jadi tular, rata-rata netizen dilihat begitu kecewa, sakit hati dan turut marah dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki warga emas tersebut yang disifatkan sebagai tidak berotak dan tidak senonoh.

Biarpun kejadian tersebut tidak berlaku di Malaysia tetapi semua penumpang perkhidmatan awam haruslah beringat ketika menggunakan perkhidmatan sebegini kerana kejadian yang serupa tidak mustahil berlaku di mana-mana sahaja. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.