Header Ads

(VIDEO) Pelayan Cuai Jatuhkan Sup Panas Ke Atas Pelanggan Kanak-Kanak Mengejutkan Netizen!

Tiada apa lagi yang lebih istimewa apabila dapat makan bersama-sama rakan atau keluarga di luar dan ketika musim hujan pasti lebih sedap dan dapat memanaskan badan apabila memakan makanan yang panas.


Satu keluarga di China yang ingin makan malam bersama telah terlibat dalam satu kemalangan sehingga mencederakan anak mereka ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran.

Melalui laman Sinchew, satu rakaman video yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan telah memaparkan insiden tersebut ketika mereka sedang menantikan makanan mereka yang akan dihidangkan.


Malangnya, ketika seorang pelayan tiba membawa makanan yang masih lagi panas dengan secara tiba-tiba pelayan yang membawa satu periuk yang mengandungi sup panas telah tergelincir dan jatuh sehingga terkena kanak-kanak yang sedang berada di meja makan itu.

Kanak-kanak malang itu dikatakan telah disirami dengan sup panas tersebut dengan tidak sengaja dan ibu bapa kanak-kanak tersebut dilihat dengan segera mengangkatnya dari kerusi sementara dia mulan menangis kesakitan kerana terlalu panas.


Ekoran kejadian itu, rakaman video CCTV tersebut telah jadi viral di media sosial dengan pantas selepas segelintir netizen mempersoalkan bagaimana pelayan terbabit menjalankan tugasnya sehingga mengancam nyawa kanak-kanak terbabit.



Selain itu, kulit badan kanak-kanak itu dikatakan melecur teruk serta ibu bapanya sedang membuat perbincangan sama ada untuk menyaman pemilik restoran tersebut dengan alasan kerana kecuaian.

No comments

Powered by Blogger.