Header Ads

(VIDEO) Sebuah Ambulans 'Makan Orang' Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam


GEORGETOWN - Satu rakaman video yang menunjukkan sebuah ambulan swasta yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan perlanggaran dengan dua buah kereta serta beberapa buah motosikal di satu persimpangan lampu isyarat di Bukit Mertajam pada pagi semalam jadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi itu di simpang empat Jalan Song Ban Kheng - Jalan Chiang Heng Kai telah dirakamkan menggunakan satu kamera yang diletakkan di hadapan sebuah kereta yang ketika itu berada di lokasi kemalangan.

Melalui rakaman itu, sebuah ambulan jenis Nissan Urvan berserta dengan siren yang sedang berbunyi diikuti lampu yang sedang menyala dilihat telah menghentam sebuah kereta jenis Honda City dan juga sebuah kereta Perodua Kancil ketika melintasi jalan berkenaan.


Kedua-dua buah kereta tersebut dilihat telah melintasi jalan berkenaan selepas lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.

Disebabkan perlanggaran itulah yang menyebabkan ambulan berkenaan telah terbabas ke laluan lain sehingga merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang sedang menunggu untuk meneruskan perjalanan di lampu isyarat.

Ambulan berkenaan dilihat telah melanggar 3 buah motosikal, manakala seorang penunggang motosikal kelihatan terpelanting selepas dilanggar.

Menurut laporan FMT, pihak polis berkata, pemandu ambulan terbabit berusia 40 tahun dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Pada ketika itu ambulan berkenaan tidak membawa pesakit dan sedang bergegas untuk ke lokasi di Simpang Ampat kerana kecemasan.


Menurut Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, penunggang motosikal yang berusia 43 tahun dan 2 orang lagi penunggang telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam.

Kes berkenaan kini akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.