Header Ads

(VIDEO) 'Spiderman' Selamatkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Jadi Tular & Tarik Perhatian Netizen


Watak superhero ramai yang tahu adalah watak fiksyen semata-mata dan tiada manusia yang mempunyai kuasa seperti superhero dalam filem-filem seperti itu.

Tetapi satu insiden yang berlaku di Thailand baru-baru ini telah membuktikan superhero Spiderman yang menjadi pujaan ramai kanak-kanak telah menonjolkan diri menjadi penyelamat dalam satu kemalangan jalan raya.

Kisah menarik itu telah tersebar di media sosial seperti yang dilaporkan oleh laman Coconuts, di mana penampilan Spiderman datang menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di daerah Phetburi.


Satu rakaman video ang kini sedang tular menunjukkan sebuah lori yang berwarna putih telah melanggar penunggang motosikal berkenaan. Dek kerana hentaman yang begitu kuat penunggang motosikal terbabit dilihat terpelanting jauh dan terjatuh dari motosikalnya itu.

Agak mengejutkan, beberapa saat kemudian, Spiderman dilihat berlari ke arah lokasi kejadian bagi menyelamatkan penunggang motoskal tersebut sambil memegang sejambak bunga yang dibawanya bersama.


Lelaki Spiderman yang dikenali sebagai Wasan Ketsuwan itu merupakan seorang penjual bunga dan digelarkan sebagai 'Flower Spiderman' di daerah itu oleh orang ramai. Memang menjadi kebiasaannya memakai kostum Spiderman ketika menjual bunga di persimpangan jalan Tha Yang.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut dilihat memuji tindakan Spiderman diikuti dengan ucapan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan mangsa kemalangan terbabit.



Difahamkan, dalam satu temubual, Wasan turut memaklumkan bahawa dia pernah berkerja sebagai pelakon teater sebelum menukarkan kariernya menjadi penjual bunga yang memakai kostum Spiderman. Malah dia turut memiliki beberapa kostuma lain selain Spiderman iaitu Minion dan juga Ironman, katanya.  - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.