Bagaimana Air Hirisan Lemon Boleh Membantu Menurunkan Suhu Badan Baby

Suhu badan baby panas? Kepala bayi panas? Tak tahu sama ada dia demam atau tak sihat? Anda sedang cari petua untuk hilangkan panas suhu badan si comel anda? Jangan risau, sebenarnya ada petua tradisional cara kampung yang mujarab boleh anda amalkan.

Petua kali ini menggunakan lemon untuk menurunkan suhu badan anak yang panas. Mengapa lemon? Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pakar berkaitan, lemon sememangnya salah satu buah yang memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada manusia dari segi perubatan.

Terbaru lemon digunakan untuk mandian baby bagi menurunkan suhu panas badan baby dengan cepat dan mujarab. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh saudari Nur Syamsina melalui Facebook beliau. Seperti yang diceritakanya seperti berikut:

cara hilangkan panas badan bayi

Salah seorang baby di Taska mengalami Mild Fever, jadi, hari ini dia ingin menggunakan rawatan semulajadi untuk turunkan suhu badan baby yang panas. Katanya mandian Lemon dapat membantu menurunkan suhu badan pada tubuh baby dengan cara yang sangat mudah dan juga senang untuk dipraktikkan di rumah.

Caranya:
  1. Tuang air ke dalam besen atau bekas yang besar untuk mandian baby
  2. Masukkan hirisan-hirisan lemon mengikut kadar yang anda suka
  3. Ketika mandi, ramas-ramaskan lemon di dalam air dan lumurkan pada badan baby

Katanya, selepas mandian lebih kurang dalam 10 minit berendam, suhu badan baby akan turun seperti sediakala. In sha Allah.

Menakjubkan bukan? Rupanya ubat seperti ini boleh saja didapati di rumah. Kongsikan kepada mereka yang memerlukan, manalah tahu nanti ada yang anak mereka suhu badan bayi mereka panas mendadak, mereka boleh amalkan petua ini. Semoga bermanfaat.