Kerana Mencuri Basikal Sepasang Suami Isteri Diarak Mengelilingi Kawasan Setempat - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Sunday, 11 December 2016

Kerana Mencuri Basikal Sepasang Suami Isteri Diarak Mengelilingi Kawasan Setempat

Advertisement

Advertisement

LOMBOK - INDONESIA. Disebabkan sepasang suami isteri yang dipercayai pelancong itu didapati mencuri basikal mereka dikenakan hukuman segera iaitu diarak mengelilingi kawasan di Gili Trawangan.


Laporan dari Sinar Harian Online, 'Perarakan' itu diawasi oleh pihak polis tempatan yang mana mereka berdua turut dihukum membawa plakad yang digantung di dada mereka yang tertera tulisan 'saya mencuri, jangan jadi seperti kami'.

Kejadian itu membuatkan gambar mereka menjadi viral serta mendapat perhatian penduduk setempat dan juga mendapat respons negatif daripada ramai pengguna media sosial.



Antara komen-komen netizen termasuk dari seorang pengguna iaitu Rafzan yang mengatakan hukuman itu sesuatu yang bagus. "Terbaik. Ianya harus jadikan sebagai pengajaran," katanya.

Sementara itu, menurut Nazri, hukuman itu merupakan sesuatu yang unik di Gili Trawangan buat pencuri.
"Sesuatu kelainan untuk menghukum mereka yang mencuri," katanya.

Mungkin juga hukuman seumpama ini adalah yang pertama diadakan di Lombok.

Sumber: Sinar Harian

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done