Kanak-Kanak Diikat Dan Dirogol Sebelum Ditanam Ke Dalam Lumpur - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Thursday, 12 January 2017

Kanak-Kanak Diikat Dan Dirogol Sebelum Ditanam Ke Dalam Lumpur

Advertisement

Advertisement

Papua Barat, Indonesia - Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung apabila seorang kanak-kanak dirogol, diikat, dibunuh dan ditanam dalam lumpur tanpa ada rasa belas kasihan.


Penduduk Bandar Sorong gempar kerana dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Kasia Mamangsa ditemui tertanam di dalam lumpur pada jam 2.30, hari Selasa.

Mangsa ditemui ditanam di dalam lumpur dengan kedua tangannya terikat dan dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sorong untuk siasatan. Menurut sumber ketika hasil bedah siasat dilakukan kemaluan mangsa mempunyai darah dan ini membuktikan mangsa telah dirogol.


Sebelum mangsa ditemui, ibunya, Yuli telah mencari anaknya di serata kampung, namun mangsa gagal ditemui. Menurut kakak mangsa, Grece, dia terlihat adiknya telah dibawa oleh salah seorang suspek ke kawasan lumpur berkenaan dan suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.


Tiga remaja telah berjaya ditahan polis kerana didapati terbabit dengan kes pembunuhan ini. Kesemua suspek dipercayai dikenali mangsa dan merupakan jirannya.


Sebelum gerakan mencari, menurut saksi, dikatakan ketiga-tiga suspek mabuk sebelum didapati membawa kanak-kanak berkenaan mengelilingi bandar yang tidak berapa jauh daripada rumah mangsa.

Sumber: Mahdalena

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done