Lagu Wanita Terakhir Nyanyian Fattah Amin Menduduki Carta Teratas iTunes Malaysia - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Thursday, 5 January 2017

Lagu Wanita Terakhir Nyanyian Fattah Amin Menduduki Carta Teratas iTunes Malaysia

Advertisement

Advertisement

KUALA LUMPUR - Wanita Terakhir adalah singe baharu Fattah Amin bukan saja kini trending di media sosial malah juga berjaya mengungguli carta teratas di iTunes Malaysia.

Foto: Fattah Amin

Lagu hasil ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan itu baru saja dilancarkan pada hari Ahad lalu.

Menurut Fattah Amin, dia sendiri sangat terkejut dan tidak menyangka lagu yang belum pun dilancarkan secara rasmi itu mengalahkan karya-karya lain di carta muzik berkenaan.

Lagu Wanita Terakhir setakat ini hanya dikeluarkan di laman Spotify dan Itunes dan lagu ini katanya ditujukan khas kepada Neelofa.


Menerusi Berita Harian, Fattah Amin berkata, dia meminta Aizat menciptakan sebuah lagu yang mengisahkan perhubungan dirinya dan si dia. Maka terciptalah lagu ini yang sememangnya khas ditujukan kepada Neelofa. Gosip hubungan antara mereka sedang hangat diperkatakan oleh seluruh peminatnya dan peminat drama Surihati Mr Pilot.

Sumber: Berita Harian

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done