Wanita Kejam Sanggup Buang Anak Sendiri Ke Dalam Longkang - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Saturday, 7 January 2017

Wanita Kejam Sanggup Buang Anak Sendiri Ke Dalam Longkang

Advertisement

Advertisement

KAJANG - Kejam. Seorang bayi lelaki yang comel baru saja dilahirkan dijumpai di dalam longkang berdekatan dengan pejabat Plaza Tol Bukit Kajang.


Bayi tersebut telah dijumpai kerana terdengar tangisannya pada jam 5.40 petang, oleh beberapa anggota Unit Peronda Lebuhraya Silk yang ketika itu baru saja menukar tayar kenderaan pejabat berkaitan.

Menurut Berita Harian, anggota berkenaan terus memaklumkan kepada pihak Polis dan juga pihak Hospital Kajang untuk mendapatkan siasatan lanjut dan juga bantuan.

Pada masa itu juga salah seorang anggota Unit Peronda telah ternampak seorang jurutol wanita sedang mengelap darah pada cermin tingkap tandas wanita semasa kejadian.

Wanita tersebut berkata, dia sedang membersihkan darah rakannya yang telah pengsan kerana mempunyai penyakit buasir tetapi setelah dibuat siasatan, polis mendapati wanita berkenaan adalah ibu kepada bayi berkenaan yang telah dibuang ke dalam longkang.

Semasa bayi berkenaan ditemui, keseluruhan tubuhnya masih mempunyai darah merah dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran. Pembantu Perubatan Hospital Kajang telah memotong tali pusat dan juga uri bayi malang tersebut sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done