Bayi Lelaki Ditemui Tergantung Di Tingkap Selepas Terdengar Tangisan - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Tuesday, 28 February 2017

Bayi Lelaki Ditemui Tergantung Di Tingkap Selepas Terdengar Tangisan

Advertise

Advertise


Kuala Kubu Bharu, Selangor - Seorang bayi lelaki lengkap dengan bertali pusat dan diselimut dengan tudung berwarna hitam telah ditemui tergantung di tingkap di sebuah rumah di Bandar Utama Batang Kali hari ini, lapor Harian Metro.

Bayi berkenaan ditemui oleh seorang remaja perempuan yang berumur 19 tahun di tingkap rumahnya setelah mendengar bunyi tangisan bayi tersebut kira-kira pada jam 7.30 pagi tadi.


Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, mengatakan pihak polis terus membawa bayi lelaki itu ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) sejurus tiba di sebuah rumah seperti yang dilaporkan.

Menurut laporan, bayi lelaki itu dipercayai milik warga tempatan berdasarkan warna kulitnya dan bayi berkenaan juga masih lengkap bertali pusat serta telah dibersihkan.


Bayi berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done