Cubaan 5 Kanak-Kanak Merompak Kedai Dobi Heboh Di Media Sosial - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Monday, 13 February 2017

Cubaan 5 Kanak-Kanak Merompak Kedai Dobi Heboh Di Media Sosial

Advertisement

Advertisement


Ipoh - Gempar di media sosial berkaitan dengan cubaan 5 sekawan kanak-kanak yang cuba memecahkan mesin tukaran wang token di sebuah kedai dobi di Ipoh.

Menurut pemilik kedai dobi berkenaan, Azhar Fazin yang memuat naik gambar kanak-kanak ini, mengatakan mereka datang ke kedainya dengan menaiki basikal dan telah mencuba untuk memecahkan mesin tukaran wang token.


Katanya, kedai dobi layan diri itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), dan kanak-kanak berkenaan tidak menyedari tindakan mereka sedang dirakamkan.

Menurut Azhar Fazin lagi, dalam kejadian pada 6.02 pagi itu, lima kanak-kanak berkenaan cuba untuk mendapatkan wang dari mesin berkenaan. Salah seorang dari mereka telah bertindak dengan menyepak mesin tersebut bagi mendapatkan wang.


Difahamkan, pihak pemilik kedai meminta kepada semua ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan tampil untuk membuat permohonan maaf sebelum gambar mereka diviralkan. Namun, tiada tindakan maaf dilakukan lalu kes ini heboh di media sosial. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done