Sudah Habis Makan Sekeluarga Tinggalkan Restoran Tanpa Buat Pembayaran - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Tuesday, 14 February 2017

Sudah Habis Makan Sekeluarga Tinggalkan Restoran Tanpa Buat Pembayaran

Advertisement

Advertisement


Ampangan, Negeri Sembilan - Apabila sudah habis makan tanpa berlengah lagi mereka meninggalkan meja makan seorang demi seorang tanpa membuat pembayaran yang sepatutnya dibayar apabila telah habis makan.

Seorang wanita Shazleena Shamsul mendakwa beberapa orang pelanggan di restoran Moksiq Banana Steak Hub, mengatakan mereka telah meninggalkan meja makan tanpa membuat bayaran pada Jumaat lalu.

Menurut Shazleena, kejadian yang berlaku pada jam 5.48 petang itu, jumlah kerugian yang dialami sebanyak RM92.50. Mereka langsung tidak membayar makanan yang dimakan.


Katanya lagi, mungkin juga kerana kesilapan di pihak restoran juga kerana tidak meneliti ketika menjalankan tugas. Walaubagaimana pun adalah menjadi tanggungjawab semua pelanggan wajib membayar apabila telah habis makan.

Bayarlah!! Setakat RM10 atau RM20, jika tiada duit nak dibayar, pelanggan boleh mencuci pinggan, ujar Shazleena di media sosial.

Shazleena juga berkata, mungkin juga kejadian ini berlaku bukannya rezeki untuknya serta dia redha dengan apa yang telah berlaku. Namun, dia tetap kesal kerana pelanggan berkenaan sanggup bertindak sedemikian. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done