Kerana Dengki Dan Iri Hati Lelaki Sabotaj Kafe Dapat Dirakamkan Melalui CCTV - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Saturday, 4 March 2017

Kerana Dengki Dan Iri Hati Lelaki Sabotaj Kafe Dapat Dirakamkan Melalui CCTV

Advertisement

Advertisement


Kota Bharu - Seorang pemilik kafe mengaku telah berkali-kali diganggu oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana dengki dengan perniagaannya sehingga sanggup merosakkan tanaman hiasan di premisnya.

Tindakan lelaki yang tidak dikenali itu telah berjaya dirakamkan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Pemilik Big Bites Cafe menyatakan kekecewaannya apabila ada pihak yang sanggup mensabotaj kafe miliknya sedangkan dia tidak pernah mengacau perniagaan orang lain.

Menurut pemilik kafe terbabit, kafe itu baru saja beroperasi selama sebulan dan telah menerima berbagai dugaan. Semenjak dua minggu lepas, beberapa kejadian telah berlaku di kafe miliknya ketika semua orang sedang lena diulik mimpi, katanya.

Kes terbaru ini, tindakan seorang lelaki yang merosakkan tanaman perhiasan itu amatlah dikesali, kerana pokok perhiasan itu amat mahal harganya dan dia membeli perhiasan itu untuk menghias kedainya supaya lebih cantik dan meriah.

Dia juga memaklumkan, ada beberapa pihak yang tidak menyenangi dan dengki dengan perniagaannya sehinggakan sanggup bertindak demikian. Dia juga mengatakan dia tidak pernah mengacau perniagaan orang lain di sekitarnya.

Mungkin kerana perniagaannya maju dan setiap hari dipenuhi pelanggan, maka rasa iri hati dan dengki mula timbul dalam diri individu itu sehingga sanggup mensabotaj premisnya itu.

Menurutnya lagi, sebelum ini juga ada beberapa kejadian yang membabitkan 'guna-guna' dan dia amat menyesali sekiranya orang Melayu yang melakukannya sedang mereka bersama-sama mencari rezeki.


Pemilik kafe berkenaan melalui facebooknya juga menyatakan telah pun membuat laporan polis dan meminta orang ramai agar dapat menyebarkan rakaman video CCTV berkenaan supaya dapat menangkap si pelaku yang tidak bertanggungjawab itu. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done