Sebanyak 84% Wanita Di Malaysia Gemar Melayari Laman Web Lucah Melalui Telefon Bimbit - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Saturday, 18 March 2017

Sebanyak 84% Wanita Di Malaysia Gemar Melayari Laman Web Lucah Melalui Telefon Bimbit

Advertisement

Advertisement


Kuala Lumpur - Satu kajian statistik yang telah pun dikeluarkan oleh laman Pornhub menyatakan, terdapat ramai wanita dari Malaysia yang gemar melayari laman web lucah menerusi telefon bimbit mereka. Statistik ini menunjukkan wanita telah mendominasi kenyataan ini berbanding dengan lelaki, lapor Malay Mail Online.

Terdapat 84% wanita Malaysia disahkan melayari laman berkenaan menerusi telefon, manakala statistik bagi lelaki Malaysia amat mengejutkan kerana hanya 66% yang membabitkan hal ini.

Peratus yang paling tertinggi sebanyak 91% adalah wanita dari Afrika Selatan, diikuti 89% wanita dari Amerika, 86% dari Britain, Pakistan dan juga India. Wanita Malaysia ketika ini berada di tangga yang ketujuh.


Indonesia pula berada di tangga kesebelas pada 7 Mac lalu dengan purata sebanyak 80% dan Thailand di tangga yang ketiga belas sebanyak 79%.



Data demografi berkenaan dipercayai diproses oleh Pornhub iaitu laman web lucah yang paling terbesar di internet melalui aplikasi Google Analytic.


72% pengguna menggunakan telefon pintar dan tablet di seluruh dunia. Sehingga bulan lalu, hampir 80% wanita dunia mengakses bahan lucah melalui telefon berbanding hanya 69 % lelaki.

Wanita muda yang berumur 18 sehingga 34 tahun adalah yang paling ramai dikatakan melayari laman web perkongsian pornografi tersebut. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done