Lubuk Emas Ditemui Orang Ramai Serbu Kawasan Mendulang Jadi Tular Di Media Sosial - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Tuesday, 25 April 2017

Lubuk Emas Ditemui Orang Ramai Serbu Kawasan Mendulang Jadi Tular Di Media Sosial

Advertisement

Advertisement


Indonesia - Rakyat negara ini gempar apabila satu berita tentang penemuan lubuk emas jadi tular yang menyebabkan rata-rata orang ramai telah menyerbu ke lokasi berkenaan kerana ingin mencari emas di Kelurah Ulunggolaka, Kecamatan, latambaga, Kabupaten Kolaka, Sulawesi Tenggara.

Memetik laporan laman Kompas, orang ramai yang telah mendulang emas di kawasan terbabit mampu mendapatkan emas sebanyak 10 hingga ke 30 gram sehari.




Menurut sumber berkenaan, sebelum ini hanya penduduk di kawasan itu sahaja yang mendulang emas, namun kini setelah berita ini tersebar meluas di media, orang ramai yang kebanyakannya daripada luar daerah itu juga turut datang semata-mata ingin mendapatkan emas berkenaan.

Kawasan itu telah menjadi seperti satu pesta yang terbesar di negeri itu apabila terlalu ramai orang yang datang ke lokasi berkenaan untuk melihat sendiri tentang berita ini yang dikatakan turut tersebar di seluruh dunia.



Walau bagaimanapun, seperti yang dilaporkan, baru-baru ini seorang lelaki didapati telah meninggal dunia akibat ditimbus batu ketika sedang mendulang emas di kawasan tersebut. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done