Rakaman Video Seorang Pramugara Air Asia Sediakan Teh Tarik Atas Pesawat Jadi Tular Tarik Perhatian Netizen - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Wednesday, 26 April 2017

Rakaman Video Seorang Pramugara Air Asia Sediakan Teh Tarik Atas Pesawat Jadi Tular Tarik Perhatian Netizen

Advertisement

Advertisement


Syarikat penerbangan yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai di Malaysia pada ketika ini adalah Air Asia kerana harga tambangnya sangat murah dan berbaloi, malah keselesaannya juga memenuhi citarasa penumpang.

Semenjak mula beroperasi sehingga kini syarikat penerbangan ini mempunyai berbagai kisah menarik yang sering diperkatakan terutamanya membabitkan kru penerbangan yang mempunyai berbagai cerita disebaliknya.

Terkini, satu rakaman video yang membabitkan seorang pramugara Air Asia telah jadi tular di media sosial sehingga menyebabkan ribuan netizen sangat teruja dengan skill seorang pramugara ini ketika beliau sedang menyediakan minuman teh tarik di dalam pesawat berkenaan.

Paling menarik adalah ketika dia sedang membuat teh tarik, pesawat Air Asia itu sedang terbang di udara yang dipercayai dengan ketinggian lebih kurang 30,000 kaki.



Rakaman video yang berdurasi 12 saat itu telah dirakamkan oleh salah seorang penumpang pesawat berkenaan yang begitu teruja untuk menikmati segelas teh tarik istimewa yang telah disediakan oleh pramugara berkenaan yang kini jadi sebutan kerana rakaman ini.

Walau bagaimanapun, ada diantara netizen mempersoalkan tentang isu keselamatan penumpang sewaktu pramugara berkenaan menyediakan minuman panas tersebut di atas ketinggian seperti yang dinyatakan. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done