Kerana Dendam Bapa Saudara, Kanak-Kanak Terputus Jari Kelingking Akibat Ditetak Dengan Pisau - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Thursday, 11 May 2017

Kerana Dendam Bapa Saudara, Kanak-Kanak Terputus Jari Kelingking Akibat Ditetak Dengan Pisau

Advertisement

Advertisement


KUCHING, SARAWAK - Seorang kanak-kanak perempuan terputus jari kelingkingnya dan juga mengalami kecederaan pada jari hantu kanannya setelah ditetak oleh bapa saudaranya sendiri di rumah kedai di Batu 10, Jalan Penrissen, Kuching, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lapan tahun hanya bersama abangnya di rumah tersebut dan suspek dikatakan meluru masuk ke dalam rumah sebelum menetak jari mangsa dengan menggunakan pisau.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek bagaimanapun didapati melarikan diri setelah kejadian berkenaan telah disedari abang mangsa selepas kanak-kanak itu menjerit dan meraung kesakitan.

Katanya lagi, melalui siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu adalah bermotifkan dendam kerana suspek tidak berpuas hati terhadap bapa mangsa yang membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sebelum ini yang menyebabkan suspek telah ditahan.

Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan.

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done