Makan Madu Yang Telah Lama Disimpan Lebih Dari Setahun Akan Menyebabkan Kanser Jika Dimakan - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Monday, 22 May 2017

Makan Madu Yang Telah Lama Disimpan Lebih Dari Setahun Akan Menyebabkan Kanser Jika Dimakan

Advertisement

Advertisement

KOTA BHARU – Sekiranya anda memakan madu lama atau yang telah lama disimpan lebih dari satu tahun, ia dikatakan akan menyebabkan kanser terjadi jika anda memakannya.

Foto Kredit - KPKesihatan
Menurut keterangan Pensyarah Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Gan Siew Hua menyarankan orang ramai hanya memakan madu yang disimpan dalam tempoh setahun sahaja bagi mengelakkan risiko penyakit kanser.

Prof. Dr. Gan Siew Hua - Kosmo
Beliau menjelaskan, kepercayaan umum bahawa madu tidak mempunyai tarikh luput perlu diubah kerana ia boleh menjadi punca pengguna terdedah kepada penyakit kanser usus dan hati.

Katanya lagi, kepekatan 5-hidroksimetilfurfural (HMF) dalam madu menjadi lebih tinggi apabila disimpan terlalu lama sekali gus meningkatkan kesan karsinogenik atau pencetus kanser khususnya kanser usus dan masalah hati.

“Selain faktor madu lama, madu juga didapati mempunyai kepekatan HMF yang tinggi jika dipanaskan dalam jangka masa panjang dan suhu tinggi semasa pemprosesan atau disimpan di tempat yang tidak sesuai.

“Kita mengetahui bahawa madu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tetapi pengguna perlu berhati-hati dan mengelak menyimpannya terlalu lama,” katanya. - Kosmo

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done