Pulau Seram Dikejutkan Dengan Penemuan Misteri Bangkai Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Saturday, 13 May 2017

Pulau Seram Dikejutkan Dengan Penemuan Misteri Bangkai Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai

Advertisement

Advertisement


JAKARTA - Seluruh penduduk di Pulau Seram di wilayah Maluku, Indonesia gempar apabila baru-baru ini mereka dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor sotong gergasi di Pantai Hulung di pulau berkenaan, lapor Harian Metro.

Melalui laporan dalam satu kenyataan kepada Beritasatu.com, seorang penduduk yang dikenali sebagai Asrul Tuanakota memberitahu, dia telah menemui bangkai sotong gergasi berkenaan yang sepanjang 15 meter itu pada petang Selasa lalu, katanya.

Selepas penemuan sotong misteri itu, pantai tersebut telah menjadi tumpuan seluruh penduduk pulau berkenaan dan juga orang ramai yang berada berhampiran yang ingin melihat sendiri bangkai sotong yang dikatakan semakin mereput itu.



Ini adalah kejadian dan penemuan yang pertama seperti itu berlaku dan sehingga kini, punca bagaimana bangkai itu terdampar di pantai berkenaan masih lagi tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, sotong tersebut dikatakan telah mati sejak tiga hari lalu sebelum ianya ditemui.

Selain itu, para penduduk di kawasan berkenaan telah memohon kepada kerajaan agar dapat membantu mereka mengalihkan bangkai tersebut kerana ia dikatakan sudah mula mengeluarkan bau yang busuk.

Sumber: Daily Mail

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done