Seorang Pelajar Tingkatan Tiga Maut Kerana Dipaksa Minum Racun Oleh Sekumpulan Pelajar - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Wednesday, 3 May 2017

Seorang Pelajar Tingkatan Tiga Maut Kerana Dipaksa Minum Racun Oleh Sekumpulan Pelajar

Advertisement

Advertisement


NILAI - Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga meninggal dunia setelah dipaksa meminum racun oleh sekumpulan pelajar yang dipercayai membuli pelajar berkenaan.

Pelajar terbabit, Pravin A/L Selvaraja, 15, tahun, dikatakan telah dipaksa meminum sejenis cecair yang dipercayai racun oleh sekumpulan pelajar Melayu dalam satu kejadian yang berlaku di Pakan Nilai Lama, di sini pada Khamis lalu, lapor Mstar.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa dikatakan telah meminum cecair berkenaan dengan cara dipegang kaki dan tangan oleh kumpulan pelajar lelaki berkenaan yang dipercayai akibat menegur perbuatan mereka yang sedang menghidu gam.

Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan telah pergi berjumpa ibunya yang sedang bekerja dalam keadaan sakit perut dan muntah-muntah. Mangsa juga ada memberitahu ibunya bahawa dia telah dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar di pekan Nilai Lama.

Pelajar terbabit telah mengadu mengalami sakit tekak dan perut pada hari ini dan dia kemudiannya dibawa ibunya ke Klinik Kesihatan Nilai lalu mereka kemudiannya diarahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut dan mangsa kini sedang dirawat di Zon Merah HTJ, katanya lagi.

Menurut doktor yang merawat mangsa, kecederaan yang dialami mangsa adalah disebabkan oleh cecair yang diminumnya yang dipercayai racun serangga.

Pada ketika ini masih lagi belum ada tangkapan dibuat setakat ini. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan juga denda. - BERNAMA

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done