Elakkan Termakan Telur Expired Tamat Tempoh (Cara Simpan Telur Segar)

Zaman sekarang boleh dikatakan dalam setiap rumah pasti ada telur di dalam peti sejuk yang menandakan telur adalah antara makanan yang harus ada dan sering dimakan setiap hari. Namun, sejauh mana pengetahuan anda tentang telur yang disimpan itu yang belum tentu selamat dimakan dan tidak berbau.

berapa lama telur expired

Telur expired atau tamat tempoh. Sekiranya telur yang telah berbau busuk itu pecah pasti satu kawasan rumah dikotori dengan bau yang amat busuk dan tidak menyenangkan itu, malah, akan menyebabkan seseorang itu muntah dan pening kerana tidak dapat menahan kebusukkan telur tersebut.

Apabila anda membeli telur dari pasar raya atau pun kedai runcit, jangan melakukan kesilapan, anda dinasihatkan tidak membasuhnya serta menyimpannya ke dalam peti ais setelah dibasuh tetapi anda disarankan terus memasukkan telur yang baru sahaja dibeli itu ke dalam peti sejuk.

Sekiranya anda telah membasuh telur yang dibeli adalah baik anda terus memasaknya sahaja. Jangan simpan terlalu lama sehingga telur tamat tempoh atau expired tarikh baru nak makan, nanti masalah lain yang akan berlaku.

Sama ada telur biasa, telur ayam kampung, telur masin atau apa saja jenis telur, ia juga mempunyai jangka masa tertentu yang boleh kita makan dan sampai masa iaitu tamat tempoh ia membusuk. Biasanya telur begini dipanggil telur tembelang.

Mengapa Tak Boleh Makan Telur Expired?

Kerana pada kulit telur terdapat protective bloom yang dikatakan melindunginya daripada terdedah kepada satu jenis bakteria iaitu salmonella. Sekiranya telur berkenaan telah dibasuh, ini bermakna pori-porinya telah pun terdedah kepada bakteria berkenaan.

Cuba anda bayangkan sekiranya bakteria jahat itu telah termasuk ke dalam telur? Sakit perut dan cirit-birit adalah diantara penyebab utama apabila bakteria itu telah berada di dalam telur.

berapa lama boleh simpan telur

Telur Yang Disimpan Dalam Peti Ais

Berapa lama boleh simpan telur dan bila telur akan expired? Apabila menyimpan telur di dalam peti ais, jangka hayat telur dikatakan cuma diantara 2 hingga ke 5 minggu sahaja. Sekiranya terlebih dari jangka masa berkenaan, anda pasti tahu apa yang akan berlaku.

Biasanya pada pek telur tertentu mempunyai tanda tarikh luput iaitu baik digunakan sebelum tamat tempoh. Jika anda mendapati telur yang dibeli telah melepasi tarikh luput, sebenarnya ia masih lagi boleh digunakan untuk sehari dua.

Namun anda disarankan hanya menggunakannya untuk merebus atau membuat kek sahaja. Jangan sesekali digunakan untuk dimakan secara rebus setengah masak atau pun digoreng seperti telur dadar. Kenapa? Ia bahaya.

6 Tips Penyimpanan Telur Berkualiti

Berikut kami kongsikan juga tips dan cara simpan telur agar terus segar dan berkualiti walaupun agak lama telah dibeli.

A. Telur perlu disimpan di tempat yang redup dan tidak boleh terdedah kepada pancaran matahari atau pun bahang kepanasan dapur. Perubahan suhu semasa akan menyebabkan telur yang disimpan itu akan menjadikan putih telur segera mencair.

B. Anda dinasihatkan meletakkan bahagian telur yang besar di atas bagi memelihara kualitinya.

C. Anda perlu menjauhkan makanan yang amat kuat berbau di dalam peti sejuk kerana telur dipercayai mampu menyerap dengan pantas bau makanan yang kuat baunya. (Sekiranya terpaksa, anda boleh menyimpan makanan yang kuat berbau di dalam bekas yang kedap udara).

D. Telur yang berkualiti dan bermutu tinggi biasanya mengandungi kuning telur dan putih telur yang pekat berserta satu lagi lapisan putih telur yang lain yang mencair.

E. Sekurang-kurangnya anda perlu mengeluarkan telur daripada peti ais setengah jam sebelum ianya digunakan.

F. Sekiranya anda ingin merebus telur, sila gunakan suhu panas yang sederhana.

bahan makan telur tamat tempoh

Pastikan Telur Segar

Biasanya apa yang kita lakukan adalah pecahkan telur dan sekiranya kuning telur masih lagi bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya telah cair, bermakna telur itu tidak lagi segar.

Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh kita cuba untuk memastikan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput atau tiada expired date.

1. Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.

2. Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.

3. Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.

4. Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.

telur expired boleh makan tak

Cara Lain Yang Boleh Dicuba

1. Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.

2. Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.

Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.

3. Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.

4. Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.

5. Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.

Mulai sekarang, sila berhati-hati untuk menyimpan telur atau memakan sebarang telur kerana ia juga mempunyai tarikh luput dan sekiranya telah tamat tempoh, telur expired itu pasti akan busuk dan tidak boleh lagi dimakan. - Mingguan Wanita