Laporan Palsu Kes Jual Satay Anjing Dan Kucing Di Bazar Ramadhan Di Singapura Jadi Tular - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Wednesday, 7 June 2017

Laporan Palsu Kes Jual Satay Anjing Dan Kucing Di Bazar Ramadhan Di Singapura Jadi Tular

Advertisement

Advertisement


SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura tampil menafikan dakwaan netizen di media sosial yang kononnya seorang peniaga ditahan kerana dikatakan menjual satay kucing dan anjing di Geylang Raya Bazaar baru-baru ini.

Menurut laman The Reporter, laporan palsu yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, Kementerian Kesihatan Singapura telah menahan seorang peniaga yang menjual daging tidak halal selepas penggunjung bazaar curiga dengan satay yang dijualnya.

Gambar seorang lelaki yang ditahan oleh anggota penguatkuasa berpakaian biasa itu juga viral di media sosial.

"Seramai 22 pengendali makanan warga asing ditahan Kementerian Tenaga Kerja Singapura dalam operasi yang dijalankan bersama polis dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) pada Selasa 30 Mei.


Apa yang berlaku sebenarnya ialah, pihak berkuasa Singapura telah menahan beberapa pengendali makanan warga asing yang bekerja tanpa permit, bukannya melibatkan kes daging dendeng yang didakwa tidak halal, kemudian dijadikan sebagai satay untuk dijual di Geylang Raya Bazaar.

"Siasatan masih dijalankan, namun orang ramai dinasihatkan agar tidak terus percaya pada khabar angin yang disebarkan di media sosial tanpa mengetahui kesahihannya tentang berita tersebut terlebih dahulu," kata kenyataan yang dikeluarkan kementerian terbabit.

Sebelum ini, post tersebut yang membabitkan satay kucing dan anjing jadi viral di media sosial Malaysia dan telah menimbulkan salah faham orang ramai sehingga ada yang meminta mana-mana kenalan mereka yang pergi ke Singapura, menggelakkan diri dari pergi ke bazaar mereka itu kerana bimbang pengunjung yang beragama Islam terbeli satay daging dan kucing.

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done