Lelaki Pakistan Dijatuhkan Hukuman Mati Kerana Menghina Islam Di Laman Facebook - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Sunday, 11 June 2017

Lelaki Pakistan Dijatuhkan Hukuman Mati Kerana Menghina Islam Di Laman Facebook

Advertise

Advertise

ISLAMABAD - Kerana didapati bersalah dengan menghina agama Islam di laman sosial Facebook, seorang lelaki warga Pakistan telah dijatuhkan hukuman sampai mati, lapor BH Online.

Foto - Voanews
Shafiq Qureshi Pegawai pendakwa berkata, Taimoor Raza didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad menerusi laman media sosial berkenaan.

Hakim Shabbir Ahmad Awan telah menjatuhkan hukuman mati buat kali pertama yang membabitkan kesalahan di media sosial itu di Bahawalpur, kira-kira 600 kilometer di selatan ibu negara Pakistan.

Menurut peguamnya iaitu Rana Fida Hussain menjelaskan bahawa lelaki berkenaan, Taimoor dipercayai telah bertengkar dengan seorang pegawai dari jabatan antikeganasan, yang telah mendorong beliau mendakwanya berdasarkan komen yang diutarakannya menerusi laman sosial terbabit.

Rana berkata anak guamnya itu tidak bersalah dan beliau akan mengemukakan dan membuat rayuan berkaitan dengan hukuman berkenaan. Penghinaan terhadap Islam adalah dakwaan yang amat sensitif di negara Pakistan, yang boleh menyebabkan dan mencetuskan rusuhan serta keganasan biarpun ianya belum mempunyai bukti sahih. - AFP

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done