Pemandu Uber Buat Pengakuan Tidak Bersalah Selepas Didakwa Cabul Penumpangnya Wanita Vietnam - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Tuesday, 13 June 2017

Pemandu Uber Buat Pengakuan Tidak Bersalah Selepas Didakwa Cabul Penumpangnya Wanita Vietnam

Advertisement

Advertisement

GEORGETOWN - Pemandu Uber yang telah didakwa mencabul penumpangnya seorang wanita Vietnam pada Selasa lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown, pada hari ini, lapor Harian Metro.


Tertuduh, Muhammad Sukri Ramli, 30, bagaimanapun telah membuat pengakuan di mahkamah di hadapan Majistret Catherine Nicholas dengan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, pemandu Uber berkenaan didakwa telah menggunakan kekerasan terhadap Tran Thi Thu Thuan, 43, dengan tujuan untuk mencabul wanita terbabit dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Argyll di sini, jam 3.56 petang, pada 6 Jun lalu.

Muhamad Sukri didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dibenarkan ikat jamin RM6, 000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Sharuddin dan mahkamah menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula.

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done