Saya Memerlukan RM150 Supaya Dapat Bantu Mak Untuk Bayar Sewa Bilik - Shahfiq - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Sunday, 4 June 2017

Saya Memerlukan RM150 Supaya Dapat Bantu Mak Untuk Bayar Sewa Bilik - Shahfiq

Advertise

Advertise


KUALA LUMPUR - Gambar seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di kaki lima di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dengan menjual beberapa barang mainan yang dikatakan untuk membantu ibunya bagi membayar sewa bilik mereka jadi tular di media sosial serta menarik perhatian netizen.

Gambar berkenaan yang telah dimuat naik oleh @therealjuzoffical itu menyatakan, mereka menemui kanak-kanak berkenaan yang bernama Muhd Shahfiq itu berhampiran dengan premis Boat Noodle Little Rara. Turut ditemui bersama kanak-kanak itu sekeping kad bod mennyatakan, Shafiq terpaksa meminta sumbangan orang ramai bagi membantu dia dan ibunya yang dalam kesusahan.

"Salam sejahtera. Saya Muhd Shahfiq, saya hendak bantu ibu saya membayar sewa bilik. Masih mencari lagi RM150. Sumbangan anda hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih dan syukur kerana memberi sumbangan ikhlas kepada saya dan ibu. Harap dapat membantu kami dalam kesusahan. Kami tak sihat lagi," tulisnya pada kad bod tersebut.

Melalui @therealjuzoffical, ibu Shahfiq sedang sakit serta bernanah di otak dan bengkak hati. Menurut Shahfiq lagi bapanya pula telah menghilangkan diri sehingga kini tiada khabar berita tentangnya.

"Setiap hari dia akan duduk dan jual mainan di depan Boat Noodle Rara, Jalan Tar.

A post shared by THE REAL JUZ by ZARAKAYZ (@therealjuzofficial) on

"Tahun ini Shahfiq akan menduduki peperiksaan UPSR, tetapi di waktu yang lewat begini, dia terpaksa mencari duit untuk membantu ibunya," jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan bagi meringakan beban mereka dikatakan gagal menemui Shahfiq di lokasi berkenaan. Netizen turut menyatakan bahawa Shahfiq berkemungkinan telah dihalau dari kawasan di mana dia sering berniaga itu.

Netizen turut mendoakan Shahfiq serta ibunya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala hal yang mereka lalui. - Koleksi Viral

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done