Tular Ibu Tunggal Gigih Menunggang Motosikal Bersama Anaknya Untuk Pulang Ke Kampung Berhari Raya Dari Kuantan Ke Taiping - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Wednesday, 28 June 2017

Tular Ibu Tunggal Gigih Menunggang Motosikal Bersama Anaknya Untuk Pulang Ke Kampung Berhari Raya Dari Kuantan Ke Taiping

Advertisement

Advertisement


Seorang wanita yang bergelar ibu tunggal bertekad menunggang motosikal untuk pulang berhari raya ke kampung halamannya demi kedua-dua orang anaknya dari Kuantan, Pahang ke kampungnya di Taiping, Perak.

Itulah pengorbanan seorang ibu yang sanggup lakukan apa saja demi anaknya yang telah dikongsikan oleh seorang netizen di laman sosial Facebook yang kini trending dan tular. Pelbagai reaksi positif netizen yang rata-rata diantara mereka turut mendoakan perjalanan wanita itu bersama anak-anaknya selamat tiba ke kampung halamannya untuk berhari raya.

Oleh: Norbaya Ahmad

Kasih seorang ibu di hari raya.

Terserempak dengan seorang ibu tunggal yang gigih membonceng dua orang anak berusia 3 tahun dan 7 tahun dari Kuantan ke Taiping. Sebagai seorang ibu, sebak melihat keadaan si anak kecil ini yang terpaksa memegang tali helmet dari ditiup angin semata-mata unutk pulang beraya.

Kami hanya sempat tumpangkan anak-anak Puan Norli dari Gambang ke Genting Sempah kerana kami menghala ke Shah Alam dan beliau akan meneruskan prjalanan ke Taiping melalui Genting Highland.

Semoga perjalanan beliau selamat sampai dan jika ada yang terserempak dengan beliau bolehlah tumpangkan anak-anak kecil ini. Allahumma yasiir wala tuassir.

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done