Rakaman Video Kisah Percintaan & Perkahwinan Remaja Lelaki 16 Tahun Dengan Wanita Berusia 71 Tahun - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Tuesday, 4 July 2017

Rakaman Video Kisah Percintaan & Perkahwinan Remaja Lelaki 16 Tahun Dengan Wanita Berusia 71 Tahun

Advertisement

Advertisement


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah mengejutkan media sosial apabila berita tentang perkahwinannya dengan seorang wanita yang berusia 71 tahun tersebar secara meluas dan jadi viral kerana kisah percintaan mereka itu.

Selamat Riyadi mengakui dengan hati yang terbuka apabila jatuh cinta terhadap seorang wanita yang dilihat seperti nenek iaitu Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar yang telah pun melangsungkan majlis pernikahan mereka di wilayah Ogan Komering Ulu, Sumatera Barat pada 2 Julai lalu.


Majlis perkahwinan mereka dilaporkan telah berjalan lancar dalam majlis yang agak sederhana dengan kehadiran oleh ahli keluarga mereka yang terdekat sahaja malah turut dihadiri oleh penduduk kampung Kepala Desa Karangendah Cikani.

Menurut laporan Tribunnews, kisah perhubungan mereka sebenarnya langsung tidak mendapat restu dari kedua-dua belah pihak keluarga dengan alasan remaja terbabit masih lagi muda, namun akhirnya keluarga mereka akur setelah mereka mengugut ingin membunuh diri sekiranya mereka tidak dibenarkan berkahwin.




Benarlah kata pepatah pujangga, cinta itu buta dan tidak mengenal usia. Kalau memang sudah jodoh ke jinjang pelamin juga akhirnya.

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done