Rakaman Video Saat-Saat Terakhir Seorang Pengantin Wanita Sebelum Maut Apabila Helikopter Yang Dinaikinya Terhempas - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Saturday, 8 July 2017

Rakaman Video Saat-Saat Terakhir Seorang Pengantin Wanita Sebelum Maut Apabila Helikopter Yang Dinaikinya Terhempas

Advertisement

Advertisement


Satu rakaman video kemalangan yang membabitkan sebuah helikopter yang dipercayai mengorbankan seorang pengantin wanita jadi tular di media sosial. Lebih menyedihkan apabila pengantin terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan untuk pergi ke majlis perkahwinannya.

Rakaman video berkenaan turut memaparkan saat-saat akhir pengantin terbabit bermula dari dalam kokpit sehinggalah helikopter berkenaan terhempas yang telah mengorbankan 4 penumpang.

Kejadian tragis dan menyayat hati ini berlaku di Sao Lourenco da Serra, Sao Paulo, Brazil pada bulan Disember 2016 tetapi baru sahaja disiarkan di media.


Menurut laporan laman Globo, pengantin wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rosemeire Nascimento da Silva pada ketika dalam perjalanan ke majlis pernikahan mereka dan ingin membuat kejutan kepada bakal suaminya itu yang tidak tahu akan kehadirannya dengan helikopter dan juga para hadirin majlis terbabit.

Para penumpang helikopter berkenaan bersama pengantin adalah abang kepada pengantin wanita berkenaan Silvano Nascimento da Silva serta jurugambar mereka, Nayla Cristina Neves Lousada yang dipercayai sedang hamil 6 bulan.




Rakaman video tersebut telah jadi tular di media sosial dan netizen turut melahirkan rasa simpati mereka terhadap pengantin berkenaan yang tidak kesampaian untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done