Header Ads

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dan Kaki Dengan Cepat Dan Berkesan Gunakan Dua Bahan Ini Sahaja

Rahsia Memutihkan Kulit

Pasti ramai yang ingin kulit putih, cerah dan berseri agar tampil dengan cantik dan penuh yakin. Biasanya wanita sangat mengutamakan kecantikan kulit sama ada di muka dan badan secara keseluruhannya termasuklah kulit tangan dan juga kaki. Untuk mencerahkan kulit, kebanyakan mereka sanggup melakukan apa saja cara demi mencapai impian itu walaupun harus berhabis wang ringgit membeli produk kosmetik dan sebagainya.

Mengapa harus membelanjakan wang yang banyak untuk mencerahkan kulit sedangkan ada cara mudah, cepat, murah dan berkesan boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah dan badan tampak lebih gebu. Sebenarnya, bermacam petua tradisional dan cara putihkan kulit secara semulajadi boleh diamalkan, cuma malas dan rajin sahaja.

Putihkan Kulit Dengan Vaseline
Kulit yang cantik dan gebu adalah impian semua wanita.

Terbaru, satu petua yang boleh anda amalkan dan boleh dipraktikkan seperti yang dikongsikan oleh Puan Eina Shukry ini kerana beliau sendiri telah mengamalkan rahsia ini. Dalam jangka masa satu bulan, anda akan dapat melihat perubahan yang ketara selepas diamalkan, hitam menjadi putih.

Lebih menarik lagi, cara mudah dan efektif ini tanpa menggunakan banyak modal dan murah dengan menggunakan dua gabungan produk sahaja iaitu Krim Kecantikan Safi dan losyen Vaseline atau Nivea, hasilnya pasti akan mengejutkan anda semua. Tak percaya? Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Rahsia Kulit Putih Cantik Berseri

Inilah dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana.

cara mencerahkan kulit
Vaseline botol kecik je ni tapi tahan lama.

Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.

Bila letak tangan dekat muka beza sangat, so thats why cari solution simple ni. Murah pun murah. Penggunaan untuk berbulan-bulan dengan sekali invest je.

Saya dapat tips ni pun dari rakan fb juga. Tak tahu siapa. Dah lupa. Lepas tu terus pergi cari losyen dengan krim Safi ni. Terima kasih pada empunya tips.

Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti.

Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.

cara melicinkan kulit
Hasilnya setelah gigih setiap malam pakai. No filter at all. Original from my skin.

Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan.

Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.

Calit-calit dulu krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.

cara putihkan kulit tangan dan kaki
Cara pakai: Sapu dulu krim Safi biar rata kat semua kulit, lepas tu baru pakai losyen.

Nota Tambahan

Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/ Nivea.

Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan Habbatus Sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembab. Ramai yang salah beli.

Kepada mereka yang berminat dan ingin mencerahkan kulit anggota badan, bolehlah mempraktikkan dengan membeli bahan-bahan yang diperlukan serta mengikuti cara yang betul supaya hasilnya memuaskan hati seperti mana yang Puan Eina Shukry kongsikan.

BACA : Umur Dah 30 Tapi Macam 19 Tahun, Siapa Sangka Wanita Ini Amalkan Petua Orang Dulu-Dulu Sehingga Kulitnya Cantik Merah Jambu

PERHATIAN

Satu perkara yang perlu anda tahu sebelum mencuba cara ini, tidak semua kulit kita sesuai dengan sesuatu produk kecantikan tertentu. Sekiranya kulit anda sensitif atau alahan dengan produk kosmetik, anda dinasihatkan tidak mencubanya kerana dikhuatiri kesan sampingan yang akan menyebabkan kegatalan, kulit jadi merah dan sebagainya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! - koleksiviral.com
Powered by Blogger.