Header Ads

Tanda-tanda Tonsil Sakit Tekak Seperti Ini Tak Semua Perlu Lakukan Pembedahan & Buang

cara mengatasi tonsil

Jika anak seringkali demam suhu panas dalam jangka masa yang lama berbanding biasa, keadaan tersebut mungkin adalah tanda-tanda tonsil sedang menyerang anak anda. Selain itu, anak-anak atau baby pasti akan jadi sakit tekak dan susah menelan, radang atau bengkak tonsil yang biasanya diikuti dengan sakit kepala, sembelit, sakit telinga, lemah badan dan turut hilang selera makan.

Pasti ramai ibu bapa yang tertanya adakah bahaya tonsil? Petua hilangkan sakit tekak dan kahak akibat sakit, berjangkit, berdarah atau bengkak yang berpanjangan? Apakah ubat sakit tekak yang paling mujarab? Adakah harus lakukan pembedahan tonsil sekiranya bernanah dan sebagainya. Bagaimana cara untuk menghilangkan dan petua untuk mengatasi sakit seperti ini?

BACA : Petua Menghilangkan Batuk Berkahak Bayi Dan Kanak-Kanak Dengan Daun Sireh

Anda jangan bimbang lagi kerana seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ezairy M. Salih telah berkongsi di Facebook bagaimana beliau pernah menghadapi berbagai jenis kes yang membabitkan sakit tonsil. Ikuti perkongsian beliau sepertti berikut;

cara menghilangkan tonsil pada bayi

Sakit Tekak Kerana Tonsil dan Rawatan


“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”

Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?

Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.

Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!

Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?

1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.

2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.

3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah

4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.

Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?

1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.

2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).

3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.

4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.

BACA : Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak Dengan Bawang Putih

Info gambar:

tonsil pada kanak kanak
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.


penyakit tonsil dan cara hilangkan
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.

Semoga bermanfaat kepada semua. Perkongsian dari Dr. Ezairy M. Salih.
Powered by Blogger.