Header Ads

Ustaz Ini Kongsi Cara Merawat & Doa Penawar Sihir dan Gangguan Jin


Sihir adalah merupakan satu perbuatan yang menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal seseorang yang disihir secara tersembunyi yang biasanya membabitkan makhluk halus. Ianya dilakukan di luar hukum alam untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh untuk mengubati penyakit, menyakiti seseorang seperti santau atau untuk meramal masa depan serta biasanya dalam bahasa Melayu dipanggil ilmu hitam.

Maksud sihir dalam Islam adalah orang Islam sememangnya dilarang keras untuk mengamalkan sihir kerana telah mengingkari hukum Allah dan juga boleh jatuh syirik sekiranya sihir diamalkan tanpa merujuk kepada agama Allah.

Cara mengesan, tanda-tanda atau ciri-ciri orang yang terkena sihir sama ada sihir guna-guna, pemisah, pengasih, pembenci, cinta, pelalau, penunduk, tanah kubur dan sebagainya, biasanya dikatakan nafsu syahwatnya semakin meningkat yang menyebabkan jiwa dan batinnya menjadi lemah serta mudah dirasuk. Ini kerana badannya dikatakan tidak suci atau tidak mandi wajib atau hadas yang mendedahkan dirinya kepada syaitan yang amat menyukai orang yang sedemikian. - Wikipedia.

Gangguan jin dan makhluk halus
Raja Bomoh yang terkenal dikatakan pernah mengubati sihir orang ramai. - Gambar Hiasan

Cara merawat atau rawatan penawar sihir dan gangguan jin boleh dilakukan dengan bermacam cara dan kaedah sama ada dari bacaan ayat Al-Quran atau doa untuk menghilangkan sihir dalam tubuh yang biasanya terkena buatan orang dilakukan oleh mereka yang pandai seperti dari Pusat Rawatan Islam, Perubatan Tradisional dan sebagainya.

Seorang ustaz dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana beliau mengesan dan mengatasi sihir selepas beliau sendiri yang terkena sihir selepas pesakit datang berubat dengannya di pusat rawatan berkenaan. Beliau turut berkongsi tentang petua dan ayat pembatal sihir dan juga doa pendinding diri penghancur ilmu hitam.

Ramai yang bertanya kepada saya, "Ustaz, sepanjang buat rawatan, ustaz tidak pernah ke terkena sihir dan tempias dari pesakit?"

Saya jawab, "Tipulah saya jika kata saya tak pernah terkena. Saya juga adalah insan biasa seperti anda semua. Jika saya terleka, pasti kena.

Kadang-kadang muntah darah pun pernah, kembung perut biasa saya kena.

"Paling tak dapat dilupakan, saya diuji kena buang air kecil lima minit sekali selama dua hari. Kejap-kejap nak terkencing. Masa itu Ya Allah, susahnya, nak tidur pun susah."

CARA MENEPIS SIHIR

Air garam digunakan untuk elak sihir.

Selain mandi ais yang saya amalkan dalam seharian, saya buat minum air garam. Caranya, ambil segelas air suam, ambil secubit garam dan masukkan ke dalam air yang kita hendak minum. Sebaiknya minum sebelum tidur kerana semasa kita tidurlah makhluk halus menganggu kita.

Selepas bangun dari tidur, sebelum menggosok gigi amalkan juga minum air garam ini. Selepas masukkan garam, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Kemudian baca Laa Haula WaLaa Quwwata illa Billaah tiga kali dan selawat tiga kali, kemudian minum.

Buatlah sekiranya buat dengan yakin, insha Allah diberi perlindungan oleh Allah dari sebarang ancaman sihir. Jika buat cara di atas, jika anda sendawa, bermakna ada gangguan dalam badan. Jika muntah, batuk seram sejuk, bermakna gangguan yang anda alami amat teruk.

Buatlah sekerap yang mungkin. Jika anda buat anda rasa segar badan dan rasa ringan, bermakna apa yang anda buat berkesan. Semuanya atas keizinan Allah juga.

Cara di atas adalah cara saya sendiri untuk mengelakkan sihir dalam badan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Kami kongsikan juga beberapa ayat dan doa yang kami dapatkan dari Ustaz Sharhan di laman YouTube untuk mereka yang memerlukan untuk mengatasi sihir, ilmu hitam dan makhluk halus.

Ayat Pembatal Sihir dari Ustaz Sharhan

Rawatan Sihir dan Ayat Al-Quran

Ayat Batal Sihir

Semoga bermanfaat kepada semua.

Baca: Pasangan Suami Isteri Hampir Bercerai, Sering Mimpi Ngeri Kerana Terkena Sihir Pemisah Dari Siam
Powered by Blogger.