Header Ads

Petua Putihkan Gigi Dengan Cepat dan Berkesan Sepantas 5 Minit Guna Dua Bahan di Rumah

Petua tradisional putih gigi

Apabila gigi kita kekuningan pasti akan membuatkan kita menjadi malu untuk berdepan serta bercakap dengan orang terutamanya orang yang baru dikenali. Gigi kuning juga menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan diri malahan akan menjadi tekanan sekiranya tidak dirawat atau dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, putihkan gigi anda segera sebelum gigi menjadi tidak sihat dan rosak akibat makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari.

Untuk dapatkan gigi putih, cantik dan bersih dengan cepat dan berkesan pula, tidak semestinya anda perlu berjumpa doktor atau dapatkan produk putihkan gigi di farmasi, mengapa? Sebenarnya, cara memutihkan gigi secara semulajadi atau petua mencantikkan gigi dengan cara tradisional juga telah terbukti berkesan dan sangat menjimatkan kerana boleh dilakukan di rumah sahaja.

Perkongsian tips cantikkan gigi dari saudari Fitriah Azman ini menunjukkan cara-cara untuk memutihkan gigi dengan menggunakan bahan yang amat mudah didapati dari rumah, malahan ianya juga senang dibuat dengan beberapa langkah saja menjadikan cara ini sangat senang, cepat dan berkesan. Berikutnya adalah perkongsian beliau dari laman Facebook untuk anda semua.

Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat dan Berkesan


Cuba anda bayangkan jika anda ingin bertemu dengan orang bisnes atau siapa saja, mesti level confident anda tiba-tiba merudum kalau gigi nampak kuning, betul tak?

Iya lah. Masa COD Spray tudung kat customer mestilah kena senyum. Nak kepochi dengan customer mesti buka mulut, nampak gigi. Jadi, masa ni cuak alahai kalau gigi kuning.

Maklumlah. Pagi tadi je gosok gigi. Nak jumpa orang belah petang, segala mak nenek masuk dalam mulut tu.

Jadi, saya nak share la petua putihkan gigi dengan dua bahan yang mudah didapati. Saya dah cuba. Terbukti berkesan okay! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar. Korang kena cuba jugak tau.

BACA : Petua Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat

Bahan-bahan untuk putihkan gigi:

Cara putihkan gigi dengan soda

- Soda bikarbonat
- Perahan lemon

Cara membuat:

Baking soda untuk karang gigi

1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletakkan soda bikarbornat.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi dan campurkan sedikit air.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur seperti biasa.


Walau bagaimanapun, nasihat Fitriah, cara sebegini tidak boleh diamalkan dengan kerap kerana dibimbangi gigi akan terhakis kerana selalu menggunakan kedua-dua bahan tadi terutamanya lemon.

Anda juga disarankan menambahkan garam dan Aloe Vera gel ke dalam larutan tersebut untuk tujuan mengurangkan karang gigi anda.

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca cara memutihkan dan mencantikkan gigi dengan menggunakan soda dan lemon. Semoga bermanfaat. - koleksiviral.com
Powered by Blogger.