Header Ads

Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (Skim MyHome 2018)

Rumah mampu milik swasta

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk pembelian rumah pertama untuk mereka yang berkerja di sektor swasta menerusi Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau kini lebih dikenali sebagai Skim MyHome 2018 yang kini menjadi perbualan ramai yang ingin membuat permohonan.

Menerusi skim ini, Kerajaan telah menyediakan insentif yang bernilai sehingga RM30,000 bagi setiap unit rumah yang ingin dibeli oleh mereka yang berkelayakan yang bukan penjawat awam di sektor kerajaan.

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta MyHome

Skim MyHome ini sebenarnya telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib sewaktu membuat pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada tarikh 25 Oktober 2013.

Skim MyHome ini juga adalah merupakan salah satu langkah kerajaan Malaysia untuk menggalakkan mereka yang berkerja di sektor swasta membuat pembinaan lebih banyak rumah mampu milik. Manakala, pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim MyHome

Permohonan Skim MyHome 2018 terbuka kepada semua yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang berikutnya:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Permohonan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah; dan
  • Pendapatan isi rumah perlu mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2
Semua borang permohonan yang diterima akan disemak oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.

Contoh dan Ciri-ciri Rumah Mampu Milik Skim MyHome
Jenis Rumah Skim MyHome Harga Pasaran/ Jualan (RM) Harga Sebenar Pembeli (RM) Keluasan Minimum (kps) Pendapatan Bulanan Isi Rumah (RM)
MyHome 1 80K - 120K 50K - 90K 800 3,000-4,000
MyHome 1
Sabah & Sarawak
90K - 120K 60K - 90K 800 3,000-4,000
MyHome 1
WP Kuala Lumpur
80K -150K 50K - 120K 800 3,000-4,000
MyHome 2 120K - 200K 90K - 170K 850 4,001-6,000
MyHome 2
Sabah & Sarawak
120K - 250K 90K - 220K 850 4,001-6,000
MyHome 2
WP Kuala Lumpur
150K - 300K 120K - 270K 850 4,001-6,000

Cara Memohon Rumah Skim MyHome

Cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan rumah dari skim MyHome sebenarnya sangat mudah iaitu boleh dibuat secara oline menerusi laman web rasmi MyHome. Walau bagaimanapun, setiap borang permohonan perlu disertakan sekali dengan beberapa dokumen sokongan seperti yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
Semua borang permohonan pinjaman perumahan Skim My Home wajib dimuat naik bersama dokumen dan surat sokongan ke sistem Skim MyHome. Kegagalan menyertakan dokumen berkaitan akan menyebabkan permohonan anda akan ditolak serta-merta.

Contoh Rumah Mampu Milik Skim MyHome

Semua rumah mampu milik yang dibina khas di bawah Skim MyHome telah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan bilik air. Lokasi, rumah dan senarai projek perumahan yang dibina mengikut negeri di Malaysia iaitu di Melaka, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, Selangor, Johor Bahru, Sabah, Perak dan Kedah. Berikutnya kami kongsikan contoh rumah Skim MyHome yang ditawarkan seperti di laman web MyHome.

skim myhome rumah mampu milik
Jenis MyHome 2 di Kuantan, Pahang

Permohonan rumah mampu milik
MyHome 2 di Batang Padang, Perak

Cara memohon rumah myhome
Jenis My Home 2 di Rompin, Pahang

Skim Myhome 2018
MyHome 2 di Kubang, Pasu, Kedah

Antara lokasi daerah di setiap negeri yang mempunyai pembinaan rumah MyHome adalah seperti di :

  • Batang Padang, Manjung Perak
  • Kuala Muda dan Kubang Pasu, Kedah
  • Tawau dan Tuaran, Sabah
  • Melaka Tengah, Melaka
  • Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Bachok, Kelantan
  • Kuantan, Temerloh dan rompin, Pahang
  • Hulu Langat, Selangor
  • Johor Bahru, Johor
  • Dan sebagainya di KPTKT

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut tentang permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta, anda boleh membuat semakan dan pertanyaan menerusi laman web rasmi KPTKT atau hubungi pegawai bertugas di talian 03-8891 4027/ 4054 / 4055 / 4062 atau anda juga boleh emel ke myhome@kpkt.gov.my.
Powered by Blogger.