Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam Yang Wajib Kita Ketahui - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Tuesday, 12 November 2019

Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam Yang Wajib Kita Ketahui

Advertisement

Advertisement

Hukum hakam

Dalam dunia ini macam-macam ada di dalamnya dan manusia adalah penghuninya. Selalunya kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada malahan ada yang lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknya hingga sanggup menyerupai jantina yang mereka inginkan.

Tapi kenapa? Sedangkan sejak dari lahir lagi kita dilahirkan dengan sempurna dan cukup sifat, mengapa memilih untuk menyerupai dengan jantina yang bertentangan. Jika lelaki nak menyerupai perempuan memang sering kita lihat walau di mana saja tapi tahukah mereka tentang hukum ini dalam Islam?

Ada yang berpendapat lelaki yang ingin menjadi perempuan adalah kerana sejak dilahirkan mereka mempunyai naluri wanita dan sesetengahnya kerana kecewa dalam percintaan dan sebagainya. Apa sekalipun alasan, setiap ciptaan Allah itulah yang telah tertulis siapa diri kita sampai bila-bila.

Ekoran dengan topik hangat ini, seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Farid Rashidi telah berkongsi pandangan dan nasihat beliau khas ditujukan kepada semua lelaki yang nak jadi perempuan. Semoga perkongsian ini akan memberikan pengetahuan kepada anda.

Hukum Tukar Jantina dan Lelaki Menyerupai Wanita


dalil alquran tentang penyerupaan lelaki dan perempuan

Selalu sangat melintas kaum lelaki yang buat LIVE jual produk dengan berpewatakan seorang wanita.

Tak kiralah menyerupai wanita dari segi percakapan atau suarakah. Tapi part ni, memang banyak yang gagal. Sebab Allah SWT ciptakan suara lelaki dan perempuan susah nak diubah. Terkepit macammana pun, tetaplah garau bunyi suaranya.

Pakai pakaian perempuan contoh macam bertudung. Pakai pakaian sutera, berhias wajah ala perempuan. Sekali tengok memang dah iras model wanita lagaknya itupun kalau cukur misai dan janggutlah.

Kemudian pakai perhiasan emas gelang cocoke, rantai lipan ke, cincin dan lain-lain. Pakai emas tak salah bagi perempuan, yang salah pada lelaki.

Meniru gerak gaya perempuan, misalnya gaya gerak badan, tangan ala menari zapin dan berjalan lenggang semacam.

Dan akhir sekali paling dahsyat ialah buang dia punya alat dan cucuk pada tubuh. Terus bertukar. Nauzubillahhi minzalik.

Astaghfirullahal Azim.

Hukum Meniru dan Menukar Jantina

Disebut dalam kitab Fiqh Manhaji, Jilid 3 mengatakan hukum kedua-dua (lelaki menyerupai perempuan, dan perempuan menyerupai lelaki) adalah HARAM. Bahkan termasuk dosa besar kerana wujudnya pelaknatan terhadap pelakunya.

Berdasarkan dalil dan juga pandangan para ulama', fatwa mufti adalah HARAM dan diLAKNAT.

Laknat tu, bukan memain tau. Amat menggerunkan!

1. Dalil hadis Nabi SAW menyebutkan:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيّ ص اَنَّهُ لَعَنَ اْلمُتَشَبّهَاتِ مِنَ النّسَاءِ بِالرّجَالِ، وَ اْلمُتَشَبّهِيْنَ مِنَ الرّجَالِ بِالنّسَاءِ. ابو داود 4: 60، رقم: 4097

Dari Ibnu Abbas r.a, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda melaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.

(Hadis Riwayat Abu Dawud juz 4, hal. 60, no. 4097]

2. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429:

"Bersetuju untuk memutuskan bahawa peng kid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/pondan) samada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam."

3. Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008, pada 26 Disember 2008:

"Hukumnya haram. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki."

Sebagai solusi, ajaklah mereka kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Ibu bapa mainkan peranan didik anak-anak supaya tak lari dari fitrah manusia. Guru, masyarakat atau siapa saja yang mampu membetulkan keadaan semula.

Sampaikanlah pesanan ini buat mereka. Ini bukan soal siapa lebih baik atau tak, tapi soal mengajak seramai mungkin kepada ke arah kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar yang dimurkai Allah SWT.

Bantu saya share ya. Terima kasih. - Ustaz Farid Rashidi

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done