Istidraj - Tak Solat Buat Maksiat Tapi Rezeki & Kekayaan Luar Biasa - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Friday, 15 November 2019

Istidraj - Tak Solat Buat Maksiat Tapi Rezeki & Kekayaan Luar Biasa

Advertisement

Advertisement

Istidraj? Dalam kehidupan kita bermacam ujian yang harus dihadapi oleh semua manusia dan pastinya kita tidak lepas daripada membuat kesilapan. Ada yang sangat taat kepada Allah tapi hidupnya penuh kesempitan dan ada juga yang hidup penuh dengan dosa maksiat namun kemewahan dan kesenangan menjadi miliknya.

istidraj dalam al-quran

Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka adalah golongan istidraj tapi masih menafikannya. Kadangkala, ada juga yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa kita diwajibkan menghindari dari menjadi golongan istidraj ini. Berikutnya adalah situasi yang sering berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini:

  • Tak solat tapi rezeki banyak mencurah-curah
  • Tak sembahyang tapi exam cemerlang
  • Tak tutup aurat tapi bisnes maju
  • Tak puasa tapi rumah banglo 3 tingkat
  • Tak bayar zakat tapi selalu saja naik pangkat
  • Derhaka pada mak ayah tapi duit berjuta-juta

Pengertian dan Maksud Istidraj Dalam Islam


Apakah maksud istidraj? Mungkin di kalangan kita masih tidak tahu tentang ini secara keseluruhan dan lebih mendalam. Sebagai seorang muslim, wajib untuk kita mengetahui apakah pengertian istidraj dalam Islam. Setelah kita ketahui, pasti hidup kita akan diredhaiNya serta kita dapat mengelakkan perkara ini sebelum ia terjadi.

Pengertian istidraj seperti yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut;

Maksud istidraj secara bahasa adalah diambil daripada perkataan da-ra-ja (درج) yang ertinya adalah naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya.

Manakala istidraj daripada Allah SWT terhadap hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah SWT membiarkan seseorang dan tidak disegerakan azabnya.

Firman-Nya :

سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: "Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya."

Kurniaan Allah biasanya diisi sebelum dan selepasnya dengan ketaqwaan, kebaikan dan ketaatan. Hal ini sepertimana seseorang yang rajin melakukan solat malam, rajin bersedekah, rajin melakukan Solat Dhuha, kemudian Allah SWT melimpah ruahkan rezekinya. Maka itu kita namakan sebagai kurniaan atau karamah.

Namun orang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj.

Oleh itu, marilah kita sama-sama sentiasa mengingatkan diri agar diri kita sendiri tidak istidraj dan seterusnya meningkatkan amalan serta taat kepada Allah SWT seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

Namun, kehidupan hari ini sangat mencabar, ramai di kalangan kita masih tidak menyedari yang mereka telah termasuk dalam golongan istidraj sehinggakan kesenangan dan kemewahan yang mereka perolehi menjadikan mereka bongkak dan sombong.

Ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi yang memberikan pandangan beliau tentang istidraj pada hari ini yang dikongsikan beliau di laman sosial Facebook miliknya. Semoga anda memperolehi 'sesuatu' yang disampaikan ustaz ini.

Buat Maksiat Tapi Rezeki Lebat Itulah Istidraj

Istidraj maknanya

"Aku tak solat, ok je. Siap maju lagi bisnes."

"Alah, tak tutup aurat pun still sihat je aku ni." Kata seseorang yang lain pula.

Ini contoh gambaran yang selalu berlaku dalam masyarakat kitakan? Allah SWT bagi dia nikmat luar biasa. Bagi dia rezeki yang banyak. Gaji besar. Bisnes duit juta-juta. Kereta mewah. Rumah agam indah. Jarang jatuh sakit. Anak-anak berjaya hingga ke menara gading. Dapat pula melancong setiap tahun ke seluruh dunia.

Semua dia dapat.
Walhal hidupnya jarang sekali dahi mencecah sejadah. Kalau pun ada, boleh dibilang jari waktu hadir solat Jumaat atau ada solat di program tertentu. Puasa pula, yang yok bangun pagi seluk periuk. Al-Quran, jauh sekali dibaca. Maksiat itu dah jadi biasa. Zakat, sedekah jarang sangat dibuat.

Orang nasihat elok-elok dikatanya menyibuk pula.

Nauzubillahhi minzalik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang Allah kasihi, itulah yang dinamakan istidraj. Allah SWT uji dengan kesenangan, kemewahan dan kejayaan luar biasa. Leka dan ralit hingga lupa bahawa semua itu Allah SWT yang bagi padanya.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ” ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ} [الأنعام: 44]

Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: (Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka,

Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa) [Al An’am: 44].

Hadis riwayat Ahmad, no. 17311

Allahu Rabbi.

Marilah sama-sama kita berpesan. Pesan pada diri sendiri sungguh-sungguh bahawa segala nikmat dan rezeki Allah SWT yang beri, bukan dari makhluk-Nya. Selalu minta pada Allah SWT supaya hati tak dibolak-balikkan.

Dan sebagai tanda sayang, share dan ingatkan saudara-saudarimu juga. Hidup ini begitulah, perlukan nasihat agar tak leka dan alpa.

Berhati-hatilah dengan kehidupan kita hari ini dan nikmat yang dikecapi serta kehidupan yang senang dan kemewahan diberikan menjadikan mereka lebih sesat tanpa ingat tanggungjawab sebagai orang Islam. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan istidraj. Bertaubatlah sebelum tiba ajalmu nanti, apabila kematian datang, semuanya tidak berguna lagi. Semoga bermanfaat. www.koleksiviral.com

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done