Senaman Yoga Sejam Sehari Mampu Kawal Penyakit Kencing Manis - Koleksi Viral
Terkini
Loading...

Sunday, 17 November 2019

Senaman Yoga Sejam Sehari Mampu Kawal Penyakit Kencing Manis

Advertisement

Advertisement

senaman yoga untuk kempiskan perut

Biasanya para doktor akan menyarankan kepada pesakit kencing manis atau diabetes untuk melakukan beberapa jenis senaman sebagai bantuan kecergasan untuk membolehkan para pesakit mencapai kesihatan fizikal dan mental dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, perunding Yoga kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi iaitu Dr. Nagendra telah memperkenalkan protokol yoga selama 60 minit bertujuan untuk melawan sakit kencing manis.

Pakar yoga yang berusia 77 tahun itu yakin bahawa amalan India kuno adalah salah satu jenis rawatan yang amat berkesan untuk mencegah dan memantau penyakit kencing manis.

Menurut beliau, orang-orang dari negara seperti India, China dan Malaysia secara genetik begitu cenderung untuk menghidap penyakit diabetes melitus jenis 2.

Oleh disebabkan itu katanya, adalah sangat penting untuk semua pesakit diabetes mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat hidup dengan kesihatan yang lebih baik walaupun menghidap penyakit ini.

Malahan, pakar terkemuka dari persatuan yoga utama di India telah pun membuat kajian bagaimana yoga juga dapat mengawal gejala dan komplikasi berkaitan penyakit diabetes jenis 2.

Melalui kajian yang telah dilakukan, mereka mendapati latihan yoga selama sejam sehari dapat mencetuskan dimensi baharu berbanding amalan berjalan kaki selama satu jam kerana ia dapat mengawal penyakit diabetes dan juga dapat mengurangkan pengambilan ubat.

Yoga juga mempunyai berbagai jenis dan antara yang popular adalah hatna yoga iaitu sistem latihan fizikal dan pernafasan serta meditasi yang akan membolehkan pengamalnya mencapai kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik.

Protokol Senaman Yoga Yang Biasa


Cara kawal kencing manis

Mengenai kelaziman diabetis jenis 2, Dr Nagendra yang juga Canselor universiti yoga, Swami Vivekananda Yoga Anusandhana Samsthana di Bengaluru serta telah menjadi perunding Yoga Modi sejak tahun 1980-an berkata, pakar yoga telah memperkenalkan protokol yoga selama 60 minit bagi melawan penyakit itu.

Menurut guru yoga itu, manfaat protokol tersebut telah dikaji secara meluas di 60 daerah di India dan usaha penyelidikan tersebut telah diperakui oleh Persatuan Diabetes Amerika di San Francisco.

Biasanya, protokol yoga untuk diabetes jenis 2 bermula dengan doa pembuka, diikuti dengan beberapa latihan pemanasan badan bagi menyediakan badan untuk gaya yoga yang lebih sukar.

Selepas sesi pemanasan, surya namaskaram (ucap selamat kepada matahari) merupakan kombinasi yoga dan pranayama (pernafasan terkawal) dilakukan.

"12 langkah Surya namaskaram membawa fleksibiliti umum badan sebagai persediaan untuk asanas yang seterusnya.

"Ini (ucap selamat kepada matahari) biasanya dilakukan dengan menghadap matahari dan setiap langkah disertai dengan peraturan semasa bernafas," jelas Nagendra.

Bahagian seterusnya ialah dari protokol yoga melibatkan postur baring, postur meniarap dan duduk. Untuk posisi baring, pengamal akan terlentang; postur meniarap, individu itu akan meniarap (atas perutnya) sebagai cara 'pemulihan' dan biasanya untuk berehat.

"Pada penghujung latihan posisi asana ini, pernafasan perut secara relax dalam keadaan terbaring harus dilakukan," jelasnya.

"Bahagian terakhir ialah senaman pernafasan dan meditasi, baik untuk pengurusan tekanan, kelonggaran mendalam dan menjaga minda “senyap", tambahnya lagi.

Meditasi Kitaran

Kawal diabetes tanpa ubat

Nagendra, seorang jurutera mekanikal sebelum menjadi pakar terapi yoga, menjadi begitu instrumental ketika memperkenalkan “meditasi kitaran”, iaitu gabungan postur yoga dan meditasi yang berpandu.

Beliau mendakwa dengan berlatih meditasi kitaran senamam yoga ini, seseorang dapat merungkai rahsia-rahsia yang tersimpan dalam Mandukya Upanishad, teks yang paling pendek dari buku Hindu purba yang dikenali sebagai Upanishads.

Menurut Nagendra, jika diamalkan dengan kerap meditasi kitaran berpotensi meringankan tekanan kerja dan merawat penyakit seperti asma dan kanser selain gangguan psikiatri.

"Rehat yang sebenar diperoleh melalui meditasi kitaran. Hasil kajian kami mendedahkan bahawa tidur selama enam jam sebenarnya kita hanya berehat sebanyak sembilan peratus, ia diukur dengan pengurangan kadar metabolisme.

Tetapi, meditasi kitaran selama 30 minit dapat menyumbang kepada 32 peratus rehat," katanya sambil menambah bahawa perdana menteri India mengamalkan meditasi kitaran sebagai sebahagian rutin yoga hariannya.

Katanya, kesedaran orang ramai terhadap manfaat yoga semakin meningkat sejak 11 Disember 2014 apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengisytiharkan Hari Yoga Antarabangsa disambut pada setiap 21 Jun. – BERNAMA

Kepada anda yang mempunyai penyakit kencing manis disarankan anda mengamalkan senaman yoga agar kesihatan anda menjadi lebih baik selain dapat mengurangkan pengambilan ubat diabetes. Semoga bermanfaat.

Share with your friends

Add your opinion
Disqus comments
Notification
Hai, klik apa tu? Boleh hubungi kami di ruangan contact.
Done