Thursday, 21 September 2017

Wanita Kecewa Selepas Upah Artis Terkenal Buat Kerja, Tugas Tak Dibuat, Duit Lesap, Mohon Netizen Sebarkan Supaya Tiada Lagi Yang Tertipu


Apa perasaan anda sekiranya anda membayar seseorang dan mengupahnya untuk melakukan kerja untuk kita tetapi tidak dilakukannya biarpun bayaran telah dibuat?

Pasti kita akan merasa diri kita telah ditipu dan duit yang dibayar hilang begitu sahaja sehingga kita menanggung kerugian dek kerana jumlah bayaran yang dibuat agak besar dengan angka puluhan ribu.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita pengguna media sosial Facebook yang dikenali sebagai Annie Qis Mia yang terasa dirinya telah ditipu selepas membayar sejumlah wang kepada seorang artis terkenal bagi mendapatkan permit berkerja untuk warga asing.

Menurut Annie, dia telah meminta dengan cara baik selepas tugas yang disuruhnya itu tidak dilakukan oleh artis terbabit bagi memulangkan semula duit yang telah dibayarnya itu, namun artis berkenaan dikatakan sering mengelak dengan berbagai alasan.

Berikutnya adalah perbualan-perbualan Annie dan juga artis berkenaan melalui aplikasi Whatsapp.






Sehingga kini selepas berbulan-bulan Annie cuba meminta semula duit tersebut, artis terbabit masih lagi tidak memberikan semula kepadanya biarpun dia sering meminta sama ada melalui orang tengah, isteri artis tersebut dan berbagai cara lagi.

Annie kini semakin buntu untuk mendapatkan semula duit tersebut memandangkan jumlah yang dibayarnya agak besar, lalu dia mengambil keputusan untuk meminta dari artis berkenaan dengan menularkan postingnya dengan harap wang itu dikembalikan.

Lebih mengejutkan, menurut Annie, individu tersebut adalah seorang artis yang dikenali dan dia tidak berniat untuk menjatuhkan maruah artis terbabit tetapi berharap agar dia memulangkan semula kesemua duit berkenaan.

Berikutnya adalah perkongsian dan luahan hati Annie Qis Mia menerusi Facebook miliknya berkaitan dengan perkara tersebut selepas berbulan-bulan dia menunggu.

Sesiapa yang berhutang wajib dibayar semula. Tidak kira sesiapa sekalipun sama ada berpangkat besar seperti datuk, artis, orang biasa dan semua orang harus membayar semula jika berhutang.

Setiap kesabaran pasti ada hadnya, kalau dah penyangak tetap penyangak juga. Korang yang ambil duit aku dan berhutang dengan aku, aku pulak nak kena dengar masalah korang?

Duta produk punya bayaranlah, bisnes punya bayaranlah, masih lagi belum dapat. Habis aku punya masalah yang aku bagitahu korang, siapa nak dengar? Masa korang minta duit bukan punya sembang bung bang, dah dapat duit, korang nak lepas tangan?

Ambil duit RM10k, bayar RM1500, aku dah kata simpan kat korang RM1500 tu, sebab aku tahu, aku nanti kena kejar macam anjing dan kena dengar korang punya alasan. Sebab bagi korang RM1500, korang bayar seperti sudah bayar penuh kan?

Dari si isteri mengandung sampai dah bersalin, anak dah besar pun duit aku korang tak boleh lagi nak selesaikan. Sampaikan dalam Instagram bukan main korang main macam orang ada ada kan duta tu lah, duta inilah. Tunggu bayaran bisnes apa kejadahnya sampai berbulan-bulan?

Minta bayar sikit-sikit RM2K sebulan pun tak boleh ke wahai artis? Kerja kau nak kencing orang? SO, Axxx Jxxxxx kau nak viralkan muka aku? Virallah. Ingat wei, aku sesen pun tak makan duit korang, tau tak?

Semua black & white aku ada, bukannya sembang kosong macam kau. Aku dah sabar dari tahun lepas, bulan 4 sampai hari ni kerja tak jalan apa pun, duit aku korang tak mau bayar, akhirnya kau nak buat report polis atas aku.

Luculah kau ni Axxx, Tak apa Allah itu maha berkuasa, kita tengok siapa betul, siapa salah. Nanti jangan tengok posting aku, kau nak maki-maki aku dalam telefon. Aku tak ingin dengar korang punya sembang bung bang tu. Sembang bila duit dah masuk dalam akaun aku.

p/s: Aku artis tak akan aku nak tipu hang Annie! Sebab hang artislah aku tak lepas hang dengan adik hang. Hang ingat hang dok guna nama ayat manis glamor taik kucing hang tu, hang boleh tipu orang?

Mohon kerja sama kawan-kawan share post ni supaya tak ada orang kena tipu lagi dengan janji-janji manis depa ni.

Laporan polis yang telah dibuat oleh Annie Qis Mia.


Kepada artis berkenaan, selesaikanlah dengan baik. Semoga kekusutan ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan. - www.koleksiviral.com

Monday, 4 September 2017

Antara Neelofa, Fazura & Sherry Ibrahim, Siapakah Yang Paling Power Cakap English?

Nur Fazura, Sherry Ibrahim & Neelofa

Satu video yang membuat perbandingan bagi percakapan English siapa yang terbaik antara selebriti popular yang amat dikenali ini telah dimuat naik di laman YouTube Channel DivaGojes17.

Ketiga-tiga selebriti jelita ini iaitu Neelofa, Nur Fazura dan juga Sherry Ibrahim telah membuktikan bahawa mereka juga pandai berbahasa Inggeris tetapi English siapakah yang paling power?

Apabila isu seperti ini digosipkan, berbagai reaksi dan jawapan yang diberikan netizen tentang pendapat mereka berkaitan dengan perbandingan English siapa yang paling baik dan yang betul dari segi grammar serta sebutan dan juga pemahaman.

Tetapi yang lebih menariknya, kebetulan ketiga-tiga selebriti jelita ini pernah dikaitkan dengan pelakon lelaki terkenal Fattah Amin.

Melalui video ini, bagi pendapat kami selepas kami melihat sendiri percakapan mereka, masing-masing mempunyai cara yang tersendiri dan kelebihan setiap dari mereka berbeza-beza untuk bercakap dalam slang mat salleh.


Nur Fazura

Tidak berapa lama dulu, Fazura pernah diberikan kepercayaan negara untu menjadi pengacara serta berganding dengan pengacara dari FIlipina untuk mengacarakan program dalam English.

Menerusi program itu, ramai orang luar yang bertanyakan tentang siapakah si cantik manis itu yang mengacarakan program tersebut dengan baik sekali. Fazura mempunyai kelebihan bercakap bahasa inggeris yang lebih kepada semula jadi.

Neelofa

Neelofa juga mempunyai kelebihan yang tersendiri apabila berbahasa inggeris dengan baik, malah agak sukar untuk mencari kesilapan yang dilakukan oleh Neelofa kerana beliau pernah mendapat A dalam peperiksaan kertas English.

Neelofa juga dikatakan dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa 'speaking London'. Neelofa juga pernah menjadi wakil dari Malaysia untuk The Swarovski.

Sherry Ibrahim

Percakapan English Sherry dilihat sangat lancar tetapi jika diamati dengan tekun anda pasti mengatakan grammar Sherry agak tidak bagus dan ke laut. Tetapi mungkin situasi juga memainkan peranan kerana Sherry dikatakan spontan yang mana bahasa yang digunakan agak bercampur aduk berbeza dengan Neelofa dan Fazura yang sedang ditemuramah serta mungkin membuat penyediaan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka mempunyai kelebihan masing-masing dalam percakapan bahasa inggeris dan juga kecantikan yang tersendiri sehingga menjadi kegilaan ramai. - www.koleksiviral.com

Tuesday, 15 August 2017

(VIDEO) Saleem Kecewa Namanya Digunakan Oleh Penyanyi Baru Yang Dikatakan Untuk Raih Populariti


Baru-baru ini menerusi rancangan Melodi di TV3 pada minggu lalu kecoh tentang tindakan saman yang dikatakan akan diambil oleh penyanyi Saleem terhadap seorang penyanyi baru yang sedang meningkat naik kerana kehebatan suaranya.

Saleem dikatakan mendakwa bahawa satu syarikat rakaman dipercayai sering menggunakan namanya untuk tujuan promosi artis lelaki terbaru terbabit. Artis baru yang dimaksudkan adalah anaknya sendiri iaitu Syafiq Farhain yang kini semakin dikenali.

Melalui rakaman video berkenaan, pengurus dan juga isteri kepada penyanyi Saleem itu memaklumkan bahawa Saleem tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan saman terhadap penyanyi berkenaan kerana dikatakan telah menganggu periuk nasi Saleem serta turut menggunakan namanya bagi tujuan memperkenalkan diri penyanyi baru tersebut kepada umum.

Saleem dilihat melahirkan rasa kekecewaannya terhadap tindakan penyanyi berkenaan yang dikatakan sering meniru cara nyanyiannya biarpun telah menegur penyanyi tersebut beberapa kali agar tidak berbuat demikian sebelum ini.

Saleem juga dilihat turut menasihatkan kepada penyanyi tersebut supaya menggunakan bakatnya yang tersendiri serta diminta berhenti menggunakan nama Saleem yang kini masih lagi bergerak aktif sebagai artis.


Walau bagaimanapun, rata-rata netizen dilihat seolah-olah tidak bersetuju dengan kenyataan serta tindakan Saleem yang disifatkan sebagai tidak memberi sokongan terhada anak lelakinya itu.

Terdahulu, Syafiq Farhain menjadi bualan netizen sekitar bulan Februari lalu selepas nyanyiannya jadi tular di media sosial dan turut dikatakan mempunyai suara yang sama seperti ayahnya. - www.koleksiviral.com

Monday, 7 August 2017

Fasha Sandha & Jejaka Pantai Timur Ustaz Rock Dikatakan Sedang Hangat Menjalinkan Hubungan Cinta?


Artis cantik Fasha Sandha kini dilihat begitu terbuka membicarakan soal hatinya kepada peminatnya setelah lebih dari setahun memegang status sebagai ibu tunggal yang dikenali ramai.

Tidak berapa lama dulu, Fasha Sandha ada menyatakan keinginnanya untuk kembali berumah tangga setelah perkahwinannya yang terdahulu gagal sehingga timbul pelbagai kontroversi dan spekulasi yang membabitkan dirinya.

Terbaru, artis yang mempunyai ramai peminat ini telah mengaku bahawa dia sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka yang istimewa dari pantai timur katanya. Dia juga dilihat memuat naik gambar dirinya bersama jejaka bertuah terbabit sewaktu menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Ummi Nazeera.


Melalui Media Hiburan, Fasha menjelaskan bahawa dirinya belum lagi bersedia untuk membuat pendedahan siapakah lelaki bertuan menjadi idaman hatinya yang dikatakan seorang lelaki yang akan menjadi suaminya.

Perkhabaran ini dikatakan membuatkan peminatnya gembira malah turut memuji akan keserasian antara Fasha dan jejaka pantai timur tersebut. Netizen juga dapat membuat telahan bahawa lelaki yang berjaya mencuri hati artis jelita itu dikenali sebagai Mukhlis Rosdi.





Melalui akaun laman sosial Instagram milik lelaki itu, dapat dilihat beberapa gambar yang telah dimuat naik kelihatan anak-anak Fasha bersamanya. Perkara ini telah membuatkan peminatnya menjadi lebih yakin bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.


Namun, sehingga kini Fasha Sandha dikatakan belum membuat sebarang pengumuman tentang perhubungannya dengan jejaka tersebut yang menyebabkan semua peminatnya tertanya-tanya. - www.koleksiviral.com

(VIDEO) Selepas Hebat Dikecam Netizen, Akhirnya Afifah Nasir Tampil Dengan Sidang Media Khas


Terdahulu Aliff Aziz dan Bella Astillah telah pun membuat satu sidang media khas yang berkaitan dengan kontorversi yang melanda di antara mereka dan juga Afifah Nasir adik kepada pelakon cantik Anzalna Nasir.

Terkini, Afifah Nasir pula yang menyusul dengan sidang media yang dikatakan baru sahaja berlangsung secara live yang memperakui kesilapannya apabila mengizinkan artis lelaki terbabit Aliff Aziz untuk memegang tangannya. Dia turut meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya itu.

Menurut Afifah, dia telah mengambil keputusan untuk berdiam diri disebabkana tas nasihat peguammnya dan turut berkata dia tidak mahu mengeruhkan keadaan yang mungkin akan menjadi lebih teruk lagi.

Afifah dilihat turut melahirkan rasa kecewanya terhadap netizen apabila mereka mengecam dirinya apabila dikatakan mereka hanya mendapat tahu dan mendengar tentang cerita dari hanya satu pihak sahaja, sebaliknya mereka tidak tahu langsung tentang keadaan yang sebenarnya.

Berikutnya adalah penjelasan terperinci dari Afifah dan selepas kenyataan ini tiada lagi kecaman dan kontroversi yang akan berlaku.



Walau bagaimanapun, semoga semua kekusutan dan kekeruhan dapat diselesaikan dengan baik dan tiada lagi kecaman serta tuduhan. - www.koleksiviral.com

Monday, 31 July 2017

(VIDEO) Geram Jantinanya Dipertikaikan Netizen, Ini Buktinya Nur Sajat Adalah Perempuan


Akibat berang dengan berbagai spekulasi yang timbul dan geram dengan tuduhan yang sering dilemparkan kepadanya oleh netizen serta ramai pihak yang cuba menunjukkan bukti bahawa kononnya Nur Sajat adalah seorang lelaki, jutawan kosmetik itu akhirnya memuat naik satu rakaman video yang membuktikan bahawa dirinya adalah wanita.

Rakaman video yang berdurasi satu minit itu telah dimuat naik oleh Sajat menerusi akaun laman sosial miliknya sebelum dikatakan dibuang setelah beberapa jam selepas itu.

Walau bagaimanapun, ada beberapa pihak yang dipercayai dari kalangan netizen bertindak memuat naik semula di lama YouTube untuk tontonan orang ramai sebagai bukti yang Nur Sajat sememangnya seorang wanita.

Menurut laporan Sinar Harian, melalui video berkenaan Nur Sajat dikatakan mahu membersihkan namanya setelah berbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan harapan agar semua orang akan berhenti mempersoalkan tentang jantinanya.

Baca: Gambar Kad Pengenalan Nur Sajat Tersebar?

Menurut Sajat dalam video tersebut, 'sorry, kita perempuan okay', jelas Sajat.


Baru-baru ini tular di media sosial apabila ramai yang mendakwa nama sebenar usahawan kosmetik yang terkenal ini adalah Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dan turut mempertikaikan jantinanya malah turut disertakan beberapa gambar yang dikatakan sebagai bukti dakwaan itu. - www.koleksiviral.com

Baca: Doktor Sahkan Nur Sajat Adalah Seorang Wanita

Saturday, 29 July 2017

Harap-Harap Janganlah Sesiapa Yang Rembat Suami Saya - Pesan Che Ta Jadi Gurauan Netizen Di Laman Sosial


Artis cantik Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta antara artis wanita yang sering menjadi perhatian media dan peminat-peminatnya yang tersendiri sehinggakan apa saja yang dilakukannya akan menjadi perbualan ramai.

Che Ta pula lebih senang berkomunikasi dengan peminatnya menerusi akaun laman sosial miliknya dan segala aktiviti yang dilakukannya akan dikongsikan untuk tatapan peminatnya.


Terkini, Che Ta dilihat telah memuat naik satu gambar muka depan Harian Metro yang memapakan kisah menarik tentang hubungannya bersama suaminya Zain Saidin dengan tajuk 'Bahagia Bersuami Muda'.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah tulisan Che Ta yang dikatakan sangat pedas yang ditujukan kepada mana-mana wanita yang berniat untuk merampas suaminya.


Menerusi status yang dimuat naik oleh Che Ta itu dengan nada gurauan beliau berpesan dan amat mengharapkan tiada sesiapa yang berani mengganggu kebahagiaannya bersama suami.

Kapsyen tersebut ditulis dengan tidak ditujukan kepada seseorang yang disyaki tetapi netizen seolah-olah memahami apa yang telah disampaikan oleh Che Ta. Mungkin satu kes yang berlaku terhadap seorang penyanyi lelaki daripada Singapura itu yang menyebabkan Che Ta menulis kapsyen sebegitu.

Netizen kebanyakkannya dilihat seperti bersetuju dengan apa yang diperkatakan Che Ta dan mereka juga dilihat seperti memperli seorang pelakon wanita yang baru sahaja meningkat naik yang dikatakan turut terseret dengan satu kontroversi panas yang sedang melanda pada ketika ini.



Biarlah apa sahaja dan siapa yang dimaksudkan Che Ta itu, yang pastinya peminat-peminat Che Ta dilihat sangat senang dengan artis cantik ini yang dikatakan sangat kelakar di media sosial berbeza dengan karakternya ketika dalam lakonan. - www.koleksiviral.com

Kerana Ingin Melepaskan Geram Akaun Instagram Milik Ibu Aliff Aziz 'Diserang' Netizen


KUALA LUMPUR - Akibat ingin melepaskan geram selepas tersebarnya berita tentang penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang dipercayai telah memukul isterinya, segelintir netizen bertindak menyerang akaun Instagram milik ibu artis lelaki itu, S Hafiza Basharahil.

Sebahagian dari netizen memberikan komen dengan berpendapat agar ibu artis lelaki itu menasihatkannya agar tidak mengasari isterinya di bawah status lama yang tidak ada kena mengena dengan insiden tersebut.

Antara perkara dan komen yang disampaikan netizen adalah pertikaian bagaimana Aliff mendapat didikan daripada keluarganya, malah ada diantara mereka turut menyelar tindakan sebahagian dari mereka yang menyerang Instagram milik inu artis lelaki terbabit.


Mereka juga turut meminta agar pihak yang marahkan dengan tindakan Aliff agar tidak menyalahkan keluarga dan ibunya memandangkan Aliff kini telah dewasa dan turut bertanggungjawab di atas perbuatannya sendiri.

Memetik laporan Berita Harian, walau bagaimanapun, ibu Aliff dilihat tidak memberikan sebarang reaksi di atas perbuatan sebahagian netizen berkenaan. - www.koleksiviral.com

Monday, 24 July 2017

Nora Danish Dikecam Netizen Kerana Pakai Jeans Koyak & Ada Pulak Nak Tolong Tampalkan Seluar Tu...


Artis cantik dan comel ini sering menjadi perhatian ramai peminatnya yang tersendiri apabila segala macam benda yang dilakukannya pasti ada yang memerhati malah tanpa rasa bersalah akan menegur dengan selamba.

Terkini, Nora Danish telah memuat naik beberapa gambar di laman sosial Instagram miliknya dengan niat untuk berkongsi dengan peminat tentang aktivitinya.

Gambar tersebut menunjukkan Nor Danish mengenakan seluar jeans koyak atau dipanggil trend ripped jeans yang telah lama digunapakai oleh ramai orang, namun, segelintir netizen seperti beranggapan seluar yang dipakai Nora itu seperti keterlaluan dan pelik memandangkan koyakan seluar jeans berkenaan jelas terkoyak di bahagia peha dan lutut.

Rata-rata netizen yang memberikan komen tentang trend ripped jeans yang dipakai Nora Danish malah ada diantara mereka yang menawarkan diri untuk menampal seluar jeans yang dipakai Nora itu. Komen-komen mereka seperti berikut.

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Walau bagaimanapun, tidak semua netizen yang mengecam Nora Danish malah ada saja yang bersetuju dan mengatakan apa saja yang dipakai artis cantik ini tetap menarik dan sesuai dengannya sebagai seorang artis.

Inilah antara cabaran seorang selebriti yang dikenali ramai, seringkali menjadi bahan kecaman dan apa saja yang dilakukan akan menjadi perhatian semua orang lebih-lebih lagi peminatnya yang sering mengikuti perkembangan artis itu dari masa ke semasa. - www.koleksiviral.com

Gambar Kad Pengenalan Nur Sajat Tersebar Membuktikan Bahawa Dirinya Sebenarnya Adalah Lelaki?

nur sajat ig baru

Sejak semalam tersebar beberapa gambar yang dipercayai membuktikan bahawa seorang jutawan kosmetik yang terkenal, Nur Sajat atau Sajat adalah seorang lelaki yang dimuat naik di Facebook.

Gambar yang memaparkan data kad pengenalan Nur Sajat menunjukkan bahawa nama sebenarnya adalah Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman dan turut dilampirkan beberapa gambar lain sebagai bukti bahawa beliau adalah lelaki.

Nur Sajat pernah memuat naik satu gambar di laman Instagram miliknya beberapa bulan lalu yang melampirkan bukti surat pengakuan seorang doktor yang mengesahkan jantinanya. Berita ini turut mendapat perhatian netizen.

gambar sajat

Baru-baru ini Sajat juga dilihat dikecam netizen gara-gara berpakaian seksi sehingga mendedahkan asetnya sebagai seorang wanita kepada umum.

Kontroversi demi kontroversi membabitkan dirinya langsung tidak mampu mengubah pendiriannya yang dilihat tenang menjalani kehidupannya setiap hari.

Berikutnya antara gambar-gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Viral D Viral yang turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata diantara mereka mengecam Nur Sajat.

Bukan nak burukkan, perkara sebegini harus dipandang serius sblm menular dlm diri remaja dan masyarakat! Kita tak boleh tutup sebelah mata shj! Tgk apa dah jadi pada Siti Kasim?

Adakah kita juga mahu menghalalkannya?

"Rupanya dia betul2 lelaki!!!! Kenapa dia mengaku khunsa? Dan dia ckp dia memilih utk jdi perempuan??? Skrg mak dia ckp "ibu bapa kena terima walaupun anak sudah menukar jantina!" ermmm bila dah kaya barulah org blh terima!"

Tak salah pun jdi lelaki lembut, berpakaian lelaki, berperwatakan lelaki walaupun anda lembut! Tp jgnlah menukar jantina dan mengubah rupa menjadi wanita!

Kita doakan dia berubah dan kita sbg masyarakat harus pandang benda ni serius!

kad pengenalan nur sajat

bukti sajat lelaki

gambar nur sajat masa lelaki

kisah hidup sajat

Walau bagaimanapun, netizen mungkin keliru dengan pengumuman Sajat sebelum ini bahawa beliau mempunyai dua jantina dan mungkin ketika pengenalan tersebut dikeluarkan Sajat masih lagi belum membuat sebarang pendedahan tentang dirinya. Wallahualam. - www.koleksiviral.com

Sunday, 23 July 2017

Orang Kata Lagu Datuk Vida I Am Me Ciplak Dari Lagu Karya Punjabi, Betul Ke?


Heboh di media sosial lagu nyanyian Datuk Seri Vida yang berjudul I Am Me dikatakan seakan-akan sama dengan sebuah lagu Punjabi yang berjudul Bling-Bling Mr Singh.

Memetik laporan Mstar, persoalan tentang tersebut terus menjadi tanda tanya ramai dan adakah perkara itu hanya kebetulan atau komposer lagu I Am Me, Edry Halim yang menjadikan lagu Bling-Bling Mr Singh itu sebagai inspirasi bagi penghasilan single Datuk Vida>

Menurut laporang, lagu Bling-Bling Mr Singh sebenarnya telah dimuat naik ke laman sosial YouTube kira-kira 4 tahun lalu pada 10 November 2013 oleh pemilik akaun laman sosial terbabit yang dikebali sebagai Shobhit Gill.

Rakaman video yang berdurasi 1.22 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berpakaian moden dengan bangganya memperkenalkan diri mereka sebagai bangsa Punjabi diikuti dengan nyanyian sambil menari.

Tiada ulasan lanjut mengenai latar belakang lagu tersebut, walau bagaimanapun, melalui hasil carian Mstar mereka mendapati lagu berkenaan telah dinyanyikan secara duo oleh dua kanak-kanak yang dipercayai penyanyi yang dikenali sebagai Anoop Singh dan RDB di bawah naungan Three Records Music Entertainment.



Lagu ini dikatakan sangat catchy dan sedap untuk didengari, malah tarian moden hip hop dan bhangra yang disampaikan oleh kanak-kanak berkenaan kelihatan amat menarik perhatian sesiapa yang menontonnya.  

Lagu nyanyian Datuk Vida dilaporkan telah dimuat naik ke laman YouTube pada 13 Julai sehingga mendapat perhatian penonton yang kini jumlah tontonan video berkenaan semakin meningkat setiap hari.

Cuba anda dengarkan lagu ini, ada tak persamaan?


Edry Halim yang bertanggungjawab sebagai penggubah lagu I Am Me sebelum ini pernah dikatakan sebagai seorang komposer yang pernah menciplak karya orang lain dan Edry sendiri tidak pula pernah memberikan sebarang kenyataan berkaitan dengan perkara ini. - www.koleksiviral.com

Saturday, 22 July 2017

Siti Saleha Dikecam Netizen Kerana Pakaian Semasa Bridal Shower Dengan Soalan 'Kahwin Nanti Buat Kat Gereja Ke?'


Heboh tentang artis cantik ini Siti Saleha yang akan menamatkan zaman bujangnya pada tanggal 28 Julai nanti dengan bakal suaminya yang dikenali sebagai Lutfi Azhar umpama pinang dibelah dua.

Sama seperti orang lain yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tidak lama lagi, Siti Saleha dilaporkan telah mengadakan majlis bridal shower yang hanya dihadiri ahli keluarga, saudara terdekat dan rakan-rakan rapatnya.

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on

Dengan niat ingin berkongsi kegembiraannya itu bersama peminat dan pengikutnya di laman sosial Instagram miliknya, artis wanita terkenal ini memuat naik beberapa gambar dan juga video ketika majlis tersebut dilangsungkan yang telah mendapat perhatian dan turut dikecam oleh segelintir netizen.

Beberapa netizen dilihat telah mengkritik cara beliau berpakaian yang dikatakan sering mendedahkan bahagian badannya dan paling mengejutkan ada yang bertanya, adakah Siti Saleha akan melansungkan pernikahannya di gereja?





Mungkin ada yang belum tahu beberapa lagi tentang Siti Saleha selain dari berdarah campuran Melayu dan Inggeris, Siti Saleha juga merupakan adik kepada seorang penyanyi anggota kumpulan Bunkface dan artis cantik ini mula dikenali serta menjadi popular setelah drama lakonannya yang bertajuk Nora Elena bergandingan bersama Aaron Aziz, selain itu dia dilahirkan di Basildon, England. - www.koleksiviral.com

Tuesday, 18 July 2017

Saya Minta Maaf Di Atas Tuduhan Itu - Lelaki Tampil Buat Permohonan Maaf Kepada Sofi Jikan Kerana Cemburu Dan Salah Faham


Susulan kes Sofi Jikan yang dikatakan 'usha' isteri orang baru-baru ini yang jadi tular di media sosial, seorang lelaki dipercayai Rayyan Haidar, tampil buat permohonan maaf kerana salah faham.

Minggu lalu, satu kenyataan yang dipercayai ditulis oleh lelaki terbabit dengan menuduh Sofi Jikan usha isterinya jadi perhatian netizen.

Berikutnya adalah permohonan maaf dari Rayyan Haidar kepada Sofi Jikan menerusi media sosial.


Menurut Rayyan, dia memohon maaf di atas kenyataannya itu dengan menuduh artis lelaki berkenaan kerana dikatakan telah cuba menganggu pasangan ketika sedang menjamah makanan di sebuah kedai makan di utara baru-baru ini.

Rayyan Haidar dipercayai telah menemui Sofi Jikan secara berdepan untuk membuat permohonan maaf di atas kesilapannya itu dengan menuduh pelakon berkenaan.


Manakala, bagi Sofi Jikan perkara tersebut dianggap telah selesai dan turut menyatakan tidak akan membuat sebarang tindakan kepada lelaki terbabit di atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya. - www.koleksiviral.com

Artikel berkaitan: Sofi Jikan Dituduh Usha Isteri Orang

Monday, 17 July 2017

Ramai Yang Tak Tahu Anak Dara Amy Search Cun Melecun Ada Iras Nabila Huda Jadi Perhatian Netizen


Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu tentang anak perempuan penyanyi terkenal Amy Search selain dari Nabila Huda yang sememangnya cantik-cantik berhidung mancung macam ayahnya.

Seorang lagi anak Amy Seacrh yang bernama Shasha yang jarang ditemui Amy kerana semenjak anaknya itu berusia 3 tahun, Amy dikatakan telah berpisah dengan isterinya iaitu ibu kepada Shasha dan anaknya itu dikatakan telah membesar bersama ibunya di Houston, Texas, Amerika Syarikat.



Terbaru, Shasha yang kini telah berusia 20 tahun, cantik menawan dan mempunyai iras Nabila Huda yang juga adik beradiknya tetapi berlainan ibu. Ibu kepada Shasha adalah isteri yang ketiga Amy. Walau bagaimanapun, paras rupa diantara Shasha dan Nabila tidak begitu banyak perbezaan dan dikatakan hampir serupa.


Baru-baru ini Amy telah berkongsi kegembiraannya apabila menyambut ulang tahun kelahiran Shasha yang ke-20 dan Amy turut memuat naik beberapa menerusi laman Instagram miliknya untuk tontonan umum. - www.koleksiviral.com

Friday, 14 July 2017

'Seronok Punya Dok Usha Bini Aku, Mata Jaga Sikit Hanat' - Sofi Jikan Diberi Amaran Katanya Usha Isteri Orang


Sofi Jikan, artis lelaki yang dikenali ramai menerusi berbagai drama dan filem yang dilakonnya. Watak lelaki samseng begitu sinonim dengannya sehingga meninggalkan kesan yang mendalam malah turut menjadi ikutan peminatnya dengan trademark tersendiri 'Kasi Sengat AA'.

Terkini, pelakon lelaki terkenal ini telah ditegur dan dituduh 'usha' seorang wanita yang dipercayai isteri kepada seorang lelaki apabila lelaki terbabit dikatakan mengamuk di media sosial.

Lelaki dengan akaun media sosial menggunakan nama Rayyan Haidar itu mendakwa Sofi Jikan telah 'usha' isterinya sewaktu berada di sebuah kedai makan di utara tanah air.


Seperti yang disampaikan oleh lelaki terbabit, dia berkata, "Dalam filem bolehlah nak gangster ok, dunia luar kau tak cukup gangster. Bukan semua isteri orang, kau boleh usha tanpa izin", katanya.

Sofi Jikan telah memuat naik screen shoot yang di tulis lelaki terbabit dan memberikan komen balas tentang itu. Beliau dilihat seperti tidak ingin memperbesarkan hal berkenaan.

Monday, 10 July 2017

Kerana Gayakan Baju Berbulu Neelofa Dikecam Teruk Oleh Netizen


Neelofa adalah antara artis cantik yang sering menjadi perhatian dan turut menjadi ikutan peminat-peminatnya dan juga orang ramai apabila berpakaian serta berfesyen.

Artis wanita yang terkenal ini sentiasa mendapat kritikan dan komen dari netizen ketika beliau berfesyen. Dia turut pernah dikecam sebelum ini kerana berpakaian baju tee bersama dengan skirt labuh sewaktu mengacarakan satu program yang dikatakan tidak mengikut kesesuaian majlis terbabit.

Terbaru, sekali lagi artis ini dikritik hebat kerana memakai pakaian yang berbulu sewaktu menghadiri sebuah majlis yang diadakan di Bangkok Thailand. Neelofa juga turut memuat naik gambarnya yang diambil ketika memperagakan fesyen baju yang berbulu dengan berwarna putih itu berserta seluar berwarna hitam.


Ekoran pemakaian fesyen sebegitu, Neelofa dikritik oleh netizen di laman sosial Instagram miliknya yang rata-rata diantara mereka seolah-olah kurang senang dengan penampilan artis dari Kelantan ini dalam majlis berkenaan. Ada yang mendakwa baju yang dikapainya itu seperti kurang relevan bersamaan dengan acara yang dihadirinya.

Berikutnya adalah antara komen serta kritikan-kritikan dari netizen dan juga pengikutnya menerusi Instagram milik Neelofa.


Akibat Tayang Peha Putih Gebu, Nur Sajat Dikecam Netizen Tunjuk Aurat Kepada Lelaki


Sehingga kini Nur Sajat tetap terus mendapat liputan media dan pengikutnya biarpun bermacam kontroversi serta kecaman yang diterima oleh jutawan kosmetik ini, namun semua itu tidak menganggu kehidupannya.

Terbaru, beberapa hari lalu, Sajat telah memuat naik beberapa gambar yang memaparkan dua orang anak angkatnya di laman Instagram dan difahamkan pada ketika itu beliau sedang bercuti. Apa yang mengejutkan netizen adalah Nur Sajat dikatakan dengan sengaja tanpa rasa segan silu menayangkan peha kanannya kepada orang ramai melalui laman sosial berkenaan.

A post shared by Nur Sajat (@nursajat02) on

Segelintir netizen turut berpendapat bahawa tindakan Sajat adalah tidak sepatutnya dilakukan iaitu mempamerkan auratnya kepada umum, malah masih lagi ada yang mempertikaikan isu status jantina jutawan kosmetik ini yang diibaratkan seperti tidak bernoktah.


Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat tindakan Sajat itu adalah hak peribadinya memandangkan beliau sememangnya cantik.

Monday, 3 July 2017

Kerana Selalu Disamakan Dengan Kunyit, Sajat Jelaskan Perbezaan Kunyit Dan Dirinya Melalui Video


Nur Sajat, mungkin ramai yang mengenali jutawan kosmetik ini selepas berbagai kontroversi yang membabitkan dirinya dengan kehidupannya. Founder jenama Lets Cantik ini juga turut dikaitkan dengan kunyit oleh netizen.

Ekoran sering dikaitkan dengan kunyit, Nur Sajat telah memuat naik satu rakaman video secara langsung yang berdurasi lebih dari 30 minit bagi meluahkan isi hatinya yang ketika itu sedang memasak sejenis masakan rendang kunyit yang menjadi kesukaannya.

Menerusi rakaman itu, Nur Sajat turut mengatakan bahawa dia merasa pelik mengapa ramai netizen yang menyamakan dirinya dengan kunyit, malah Sajat turut menegaskan bahawa beliau dan kunyit tiada persamaan kerana kunyit boleh dimasak sedangkan dirinya tidak boleh dimasak.