Saturday, 25 February 2017

Ary Malik Sedang Kritikal Akibat Mengidap Kanser Ovari


Kuala Lumpur - Ary Malik, seorang pelakon dan artis yang dikenali di Malaysia, dia kini dilaporkan sedang kritikal kerana mengidap kanser ovari tahap empat, lapor Harian Metro.

Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, atau Ary Malik, telah dikesan mengidap kanser ovari sejak setahun lalu, jelas suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo.

Menurut suaminya, melalui pemeriksaan awal yang dilakukan doktor selepas Ary mengadu kerap sakit di bahagian perut, doktor menganggap ia hanya ketumbuhan biasa tetapi selepas pembedahan doktor telah mengesahkan Ary mengidap kanser.

Difahamkan, Ary juga telah membuat pembedahan untuk membuang kanser tersebut di Hospital Tunku Mizan di Wangsa Maju pada Mei tahun lalu.

Foto - Ary Malik
Ary telah dimasukkan ke hospital apabila keadaannya semakin lemah. Setelah dua hari dia berada di hospital, dia dapati tidak sedarkan diri sehingga kini.

Ary Malik juga pernah menyertai program realiti Masterchef Malaysia sebelum ini, kini dalam pemerhatian doktor di wad pengasingan di Hospital Ampang.

Menurut suaminya lagi, doktor mengatakan ketumbuhan kanser yang dihadapinya telah pun merebak ke bahagian otak.

Sumber: Harian Metro

Friday, 24 February 2017

Ozlynn Kongsi Cerita Malam Pertamanya Bersama Johan Bawa Quran Atas Katil


Semua orang pasti mengenali pelawak popular Johan dan tentunya semua tahu isteri kepada Johan adalah Ozlynn.

Johan yang terkenal dengan lawaknya yang bersahaja dan gila-gila boleh membuatkan ramai orang bergelak ketawa dan terhibur dengan persembahannya.

Ozlynn amat memahami suaminya Johan dan sehingga kini masih bertahan dan lali dengan karenah serta gurau senda Johan.

Terbaru, Ozlynn telah berkongsi cerita dan kisah malam pertamanya bersama Johan di laman sosial instagram.

Anda pasti terkejut dengan cerita Ozlynn ini kerana malam pertama mereka sangat best dan lain dari yang lain.

Oleh: Ozlynn

Malam pertama bawa Al-Quran Atas Katil


Aku x tau la mlm pertama org lain lepas nikah.. tp mlm pertama aku lepas nikah shuben aku bwk Quran atas katil.. (dlm hati ermm mesti laki aku nak test aku pandai baca ke x.. mulut aku laju jek nak baca.. maklom la org sekolah agama.. dia x tau lak brp kali aku khatam..) time shuben aku baca dlm rumi.. Al fatihah.. ok diam kejap.. kemudian di terangkan satu persatu setiap kali jumpa huruf "ba" bermaksud "dgn" dan kenapa dia baris atas.. kenapa bwh.. kenapa itu.. kenapa ini.. dr bangga nak bgtau brp kali aku khatam trus jd diam bila dia ckp dia belajar 4 thn baru khatam.. maksud khatam dia ngan aku beza.. dan begitu la hari2 berikutnya.. dia bwk Quran atas katil sblm tdo.. Skrg anak dh 4 kami masih mengaji.. Alhamdulillah anak sulung surah2 lazim dh tau makna.. kalau bukak ikim fm.. ada bacaan surah dia duk belkg translate.. maaf bkn nak menunjuk.. byk lg yg kurang kat keluarga kami.. tp saja nak ingatkan.. kalau kita boleh baca novel smp nangis sb paham isi kandungan novel tuh nape bkn Quran kan?.. xmo tunjuk pandai sb kami tau ramai lg org yg pandai.. sb kami pon masih belajar dan terus belajar.. nak seribu daya xnk seribu dalih... utk aku.. dan pesanan utk diri sendiri jugak " ko belom hebat kalau x paham isi quran" #kaedahharfiyah #familyhanania #ruangrezekihanania korg boleh niaga pd gmbr nih #ulangkaji #tipskeluargabahagia #carisuamiygadailmuagamabkngahpdharta #masihbelajar
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Aku tak tau malam pertama org lain selepas nikah. Tapi malam pertama aku lepas nikah shuben aku bawak Quran atas katil. (dalam hati ermm mesti laki aku nak test aku pandai baca ke tak. Mulut aku laju jek nak baca. Maklom la orang sekolah agama. Dia tak tau lak berapa kali aku khatam) time shuben aku baca dalam rumi. Al fatihah. Ok diam kejap.

4 tahun belajar Al Quran baru Johan Khatam

Kemudian diterangkan satu persatu setiap kali jumpa huruf "ba" bermaksud "dengan" dan kenapa dia baris atas. Kenapa bawah. Kenapa itu. Kenapa ini. Dari bangga nak bgtau berapa kali aku khatam terus jadi diam bila dia cakap dia belajar 4 tahun baru khatam. Maksud khatam dia dengan aku beza dan begitu la hari-hari berikutnya. Dia bawak Quran atas katil sebelum tido.

Ajarkan pada anak-anak

Sekarang anak dah 4 kami. Masih mengaji. Alhamdulillah anak sulung surah-surah lazim dah tau makna. Kalau bukak Ikim FM ada bacaan surah dia duduk belakang translate. Maaf bukan nak menunjuk. Banyak lagi yang kurang kat keluarga kami. Tapi saja nak ingatkan.

Baca novel sampai nangis boleh, kenapa Al Quran tak boleh?

Kalau kita boleh baca novel sampai nangis sebab faham isi kandungan novel tuh kenapa bukan Al-Quran kan?. Tak mau tunjuk pandai sebab kami tau ramai lagi org yang pandai. Sebab kami pun masih belajar dan terus belajar. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Untuk aku dan pesanan untuk diri sendiri jugak, kau belom hebat kalau tak paham isi quran. - Koleksi Viral

Saturday, 18 February 2017

Fasha Sandha Tampil Cantik Dengan Gaya Potongan Rambut Terbaru Boy Cut


Aktres cantik Fasha Sandha kini tampil dengan gaya potongan rambut terbaru boy cut yang menyerlahkan lagi kecantikannya yang tersendiri.

Pelakon popular ini dikatakan sanggup memotong rambutnya sedemikian kerana ingin menjiwai watak Tisha menerusi filem terbarunya Badang yang turut dilakonkan oleh Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Dalam filem Badang terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings itu, watak Tisha sebenarnya dibotakkan oleh abangnya yang dilakonkan oleh Fauzi Nawawi tetapi demi menghormati senstiviti, Fasha telah menolak untuk melakonkan adegan tersebut.

Melalui filem di bawah arahan Pengarah Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideen ini Fasha kelihatan semakin cantik apabila berambut pendek.

Berikut adalah beberapa gaya dan potongan rambut terbaru dari Fasha Sandha untuk semua peminatnya.


A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Thursday, 16 February 2017

Model Wanita Berhijab Yang Pertama Di Pertunjukan Fesyen New York


New York - Halima Aden adalah model wanita Islam dan wanita yang berhijab pertama memperagakan pakaian hijab di Pertunjukan Fesyen New York.

Halima Aden, 19, dilahirkan di kem pelarian Kenya dan kini berstatus sebagai rakyat Amerika Syarikat. Melalui pertunjukan ini Halima kini dikenali di seluruh dunia kerana dia adalah wanita yang berhijab pertama pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.

Semuanya bermula apabila seorang pereka fesyen iaitu bintang rap suami kepada Kim Kardashian, Kanye West, telah membuat kejutan dengan memperagakan pakaian hijab menggunakan model Halima Aden.


“Saya mahu memberitahu wanita Islam dan wanita muda di mana saja tidak mengapa untuk melanggar kebiasaan dan menjadi diri kita sendiri,” kata model itu yang disiarkan laman web Vouge.

Halima Aden dikatakan tampil memperagakan fesyen koleksi Yeezy Season 5 pada hari ketujuh pertunjukan berprestij yang dikatakan paling ekslusif di New York itu.

Model Somalia-Amerika itu juga dikatakan memperagakan fesyen dan berjalan di hadapan isteri West, Kim Kardashian dan Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour.


Difahamkan, semua tetamu yang hadir ke pertunjukan berkenaan dilarang sama sekali untuk mengambil gambar yang diperagakan di sepanjang pertunjukan fesyen tersebut dilangsungkan.

Sumber: Harian Metro, Vogue

Monday, 13 February 2017

Siti Nurhaliza Capai Impian Ke Baitulmaqdis Melawat Kota Bersejarah


Petaling Jaya - Impian penyanyi popular nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis akan tercapai apabila dia dikhabarkan akan pergi ke sana pada Rabu nanti.

Menurut Siti Nurhaliza, "Impian untuk mengunjungi masjid ketiga paling suci dalam Islam itu sudah saya pendam sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini saya sudah ke Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Siti juga memberitahu tentang hajatnya untuk melawat kota-kota bersejarah yang lain termasuk juga Jordan dan dia akan berada di sana selama sembilan hari.

Katanya, dia dan suami berserta ibu mentua dan kakak iparnya bersama 21 orang yang menyertai rombongan itu untuk pergi ke sana. Kunjungan itu adalah ziarah semata-mata dan bukannya misi kemanusiaan.

Sumber: Harian Metro, Siti Nurhaliza Tarudin Official

Thursday, 9 February 2017

Chef Wan Tegur Netizen Yang Berfikiran Negatif Dan Hasad Dengki Di Media Sosial


Laman sosial pada masa kini amat penting bagi setiap orang kerana berbagai tujuan boleh dilakukan serta disampaikan kepada sesiapa sahaja dengan segera.

Kelebihan dan kekurangan setiap sesuatu pasti ada dan juga risiko yang menunggu. Begitu juga dengan laman sosial di era baru ini terkadang dijadikan tempat luahan perasaan seseorang. Tak kurang juga dijadikan sebagai medium untuk perniagaan.


Setiap perkara yang dimuat naikkan di laman sosial pasti ada risiko menjadi kecaman sesetengah netizen yang tidak berpuashati. Komen-komen membina akan membantu sesiapa sahaja dan komen-komen negatif akan membuatkan seseorang itu akan kecewa malah mungkin lebih dari itu.

Terbaru, Chef Wan, selebriti popular tanah air telah membuat satu teguran terhadap netizen kerana mungkin tidak mampu bertahan lagi melihat kebanyakkan netizen yang hanya menjadi 'keyboard warrior'.

Kata Chef Wan, sesetengah netizen selalu salah sangka dan berfikiran buruk terhadap orang lain. Mereka tidak menyedari yang komen negatif itu yang ditujukan kepada orang lain sebenarnya telah menunjukkan sikap, hasad dengki dan iri hati yang wujud dalam diri mereka sendiri.

Teguran Chef Wan Di Laman Instagram Miliknya

I would like to share something interesting that i have observed with the way our societies have become these days esp in social media. My facebook friend posted this beautiful tudung apparenty cost rm$21,600.00 purchased by some one in Kelantan and mentioned how hebat this women is. So i was reading all the comments and realised all this unecessary comments such as tak baik membazir la.Baik pi tolong org susah dan mcm2 lagi yg negative tu juga memperlihat kan lagi sikap iri hati dan PHD setengah manusia. La mana mereka tahu yg org kaya ini tak bersedekah harta dia dan tolong org susah? Kita bersangka buruk for what? Duit dia harta dia suka hati dia la nak beli tu semua.Even if we feel nak mengata simpan saja opinion tu untuk diri sendiri no need to make such comment and put her down mau pun suggest itu dan ini mcm kita ni pandai sangat.We create a society on social media yg suka mengumpat dan mengata lagi ada. These days susah jika kita tunjuk2 kan di social media pun pasti ada org tak senang hati. My question is why can we be happy for her success and be inspired instead kita kutuk dan mengata lagi as though what she just did is not corrrect. Nak jahit crystal ke berlian ke atas tudung dia suka hati dia lah. Instead that update become a platform for other women to put her down. This behaviour sangat tidak baik. People oftened forget when u make such a negative comment with out thinking it is also a true reflection of diri kita serta sikap kita. Be happy for them sudah lah. Lagi satu as i always have suggested if kita tak ada sesuatu yg baik nak keluar dari mulut kita we are better off not saying anything at all. Otherwise that become a platform for others to create this poor habit of mengumpat orang tak kesudahan. U might not do it live but u are doing it in the social media when the whole world is listening, watching at time also tempted to say something. Tak betul yg keluar dari mulut kita pun pasti boleh jadi pergaduhan. Even when i make such a remark today pun pasti yg ada marah dan maki hamun saya pun ada. Tapi tak apa la asal kan i am speaking the truth that we should be always happy for others people success. Tak payah la nak bagi suggestion2 yg lain!
A photo posted by chef wan (@chefwan58) on

Wednesday, 8 February 2017

Lindsay Lohan Jadi Bualan Dengan Spekulasi Dia Telah Memeluk Islam


Spekulasi Lindsay Lohan telah memeluk Islam terus hangat diperkatakan di media sosial kerana Lindsay didapati telah memadam gambar-gambarnya yang terdahulu di laman instagram.

Netizen tetap mengatakan dia sedang memperdekatkan diri dengan agama Islam apabila dia memuat naik status Alaikumsalam di instagram.

Terkini, dia telah memuat naik gambar semasa lawatannya di Turki iaitu berkisar kehidupan baharunya, ini menguatkan lagi telahan netizen yang dia sudah memeluk Islam.


Laporan dari Sinar Harian, sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi mengenai dirinya sama ada benar-benar sudah memeluk Islam atau sekadar mendalami ilmu Islam.

Sebelum ini, Lohan turut berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen sepotong hadis di Instagramnya yang berbunyi;

“Apakah tindakan yang paling baik? Untuk menggembirakan hati manusia, untuk memberi makan yang lapar, untuk membantu yang tertindas, untuk meringankan kesedihan yang sedih, dan untuk menghapuskan penderitaan yang cedera. "(Bukhari).

Sebaik memuat naik gambar tersebut, Lohan terus dihujani komen-komen yang kebanyakannya mendoakan agar dia terus diberi hidayah.

Gambar tersebut seolah-olah menggambarkan Lohan diundang menjadi tetamu untuk sebuah program berbentuk Islamik.

Sumber: Sinar Harian, Lindsay Lohan

Artikel berkaitan:
Lindsay Lohan Tulis 'Alaikum Salam' Dan Padam Semua Foto di Instagram

Tuesday, 7 February 2017

Kek Hari Jadi Neelofa Bertatahkan Kristal Swarovski Bernilai RM20K


Kuala Lumpur - Ingat lagi tak kek hari jadi Neelofa tahun lepas berapa harganya? Tahun lepas kek ulang tahun artis cantik ini berharga RM6,000 tetapi pada tahun ini dikatakan berharga RM20,000.

Itulah tuah badan artis dan pengacara terkenal ini bila dihadiahkan kek sebegitu mahal daripada Swarovski Malaysia. Kek berkenaan bertatahkan 5 ribu kristal Swarovski yang berkilauan memukau mata memandang. Bertuahnya badan. Ini baru saja kek birthday belum lagi kek perkahwinan Neelofa.

Kek Bertatahkan Kristal RM20, 000



Antara Komen-Komen Netizen Berkaitan Dengan Kek Hari Jadi Neelofa:


Sumber: Utusan Online, Instagram

Neelofa Tidak Nafikan Dia Berkawan Dengan Kerabat Diraja Selangor

Foto - Neelofa
Tiba-tiba saja, tiada angin dan tiada ribut, Neelofa artis popular tanahair dikatakan sedang hangat mempunyai hubungan dengan seseorang daripada keturunan raja di laman sosial.

Amat mengejutkan apabila Neelofa sendiri mengakui yang dia sedang berkawan dengan kerabat diraja Selangor.

Kata Neelofa, "Iya kami memang berkawan tapi anda semua cukup bijak untuk menilai sama ada  saya layak atau tidak untuk bercakap tentang ini.

"Keluarga tidak pernah mengatur persahabatan ini dan mereka tidak pernah bertanya tentang desas-desus yang tersebar".

Noor Neelofa Mohd Noor, 28, ditemui oleh Sinar Harian ketika menghadiri majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya yang diadakan di Black Box, Publika, malam tadi.

Pastinya ramai yang terkejut dengan berita ini terutama peminat Lofattah kerana sebelum ini Neelofa dikatakan sedang berkawan baik dengan Fattah Amin. Namun, hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu tentang kesahihannya.

Neelofa kini ligat menjalankan perniagaan tudungnya dan cawangan kedua telah pun dirasmikan di dalam pusat membeli belah Publika. Neelofa juga dikatakan belum mempunyai perancangan untuk membuka cawangan lain di luar negara.

Sumber: Sinar Harian

Saturday, 4 February 2017

Kini Giliran Danny X-Factor Pula Menjadi Pemandu Uber

Foto - Twitter Danny X Factor
Zaman sekarang di Kuala Lumpur contohnya, penggunaan aplikasi uber dan grab sangat meluas yang digunapakai oleh pemandu teksi moden. Teksi moden ini memang menjadi perhatian warga kota kerana servis yang diberikan sangat berbaloi katanya.

Terkini seperti yang laporkan Harian Metro, sekarang giliran artis yang dikenali sebagai Danny X-Factor juga telah menjadi pemandu teksi moden ini.

Danny dikatakan menjadi pemandu uber sekadar memenuhi masa lapang dan menganggap perkerjaan ini sebagai hobi.

Difahamkan Danny juga masih lagi menguruskan perniagaan miliknya iaitu syarikat produksi dan menjadi pemandu uber hanya bersifat sambilan sahaja.

Heboh di media sosial mengatakan disebabkan Danny tak laku maka dia terpaksa menjadi pemandu uber. Penjelasan terbaru Danny menjawab segala dakwaan netizen yang tertanya mengapa Danny menjadi pemandu teksi.

Menurut Danny, semuanya berpunca apabila isterinya seorang pramugari iaitu Zaidatul Norfazlin tiada di rumah kerana berkerja lalu dia mengambil keputusan menjadi pemandu uber kerana berasa bosan duduk di rumah.

Sumber: Harian Metro

Wednesday, 1 February 2017

Yuna Menyatakan Kerisauan Terhadap Pelajar Malaysia Di Amerika Syarikat Melalui Twitter

Foto - Yuna

Kuala Lumpur - Yuna telah memuat naik satu status khas untuk semua pelajar Malaysia yang berada di Amerika Syarikat dengan menyatakan kerisauannya terhadap mereka semua, lapor Utusan Online.

Melalui statusnya itu di Twitter, Yuna meminta kepada sesiapa yang memerlukan pertolongan boleh menghubunginya serta menyuruh mereka agar selalu menjaga diri masing-masing.

Sehingga pada waktu ini respon dan komen yang positif telah diterima daripada kebanyakan pelajar Malaysia yang berada di sana.

Status Yuna di Twitter itu berkemungkinan berkaitan dengan sebab beberapa hari lalu Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trumph telah memerintahkan tiada lagi kemasukan imigran Muslim ke negara berkenaan.

Monday, 30 January 2017

Seorang Lelaki Penyanyi Dari Turki Mendakwa Dia Adalah Ayah Sebenar Kepada Adele

Foto - Hurriyet Daily News

Seorang lelaki yang juga seorang penyanyi dari Turki telah mendakwa bahawa dia adalah bapa yang sebenar kepada seorang penyanyi yang amat popular di Amerika Syarikat (AS) iaitu Adele.

Menerusi laporan Dogan News Agency, Mehmet Asar, 52, berkata dia mempunyai hubungan sulit dengan ibu Adele, Penny Adkins, sewaktu ibu Adele sedang bercuti pada tahun 1987 di sebuah resort, kata lelaki tersebut yang tinggal di Bodrum.

Mehmet pada ketika itu adalah seorang pemandu teksi dan telah mengenali Penny yang ketika itu berkerja sebagai jururawat. Mereka saling jatuh cinta dan perhubungan itu telah berlanjutan hanya selama 2 minggu kerana Penny perlu pulang ke England.

Foto - Hurriyet Daily News

Hubungan antara Mehmet dan Penny telah berlanjutan beberapa lama melalui telefon namun katanya ketika itu disebabkan kos pembayaran telefon agak mahal menyebabkan perhubungan mereka terputus begitu saja tidak lama selepas itu.

Mehmet juga menjelaskan bahawa dia banyak mempunyai persamaan dengan Adele iaitu dari segi intinasi nyanyian serta dari segi jari penyanyi Adele.

Menurut Mehmet lagi, dia langsung tidak mengharapkan apa-apa daripada pendedahan yang dia ayah kepada Adele namun dia berkata, perkara yang paling penting adalah ingin semua orang dan anaknya tahu tentang kebenaran ini.

Menurut Sinar Online, dalam sebuah temuramah pada 2015, Adele pernah memberitahu keluarganya mempunyai susur galur Turki, Sepanyol dan Britain.

Thursday, 26 January 2017

Neelofa Inginkan Seorang Lelaki Yang Wajib Ada 4 Sikap Ini


Bila ditanyakan soal jodoh kepada pelakon dan pengacara cantik ini, Neelofa, jawapan yang diberikan ialah neelofa mendoakan semoga dipertemukan dengan seseorang yang terbaik baginya.

Menerusi Media Hiburan, Neelofa mengakui, jika boleh dia ingin kahwin pada tahun ini atau pun lagi setahun dua. Katanya dia tidak ingin bercinta sangat dan yang paling penting adalah terus dapat bernikah dengan jayanya.

Kata Neelofa lagi, dia mempunyai kriteria sendiri terhadap lelaki yang dia ingini untuk dijadikan suami. Lelaki yang diinginkan Neelofa wajib mempunyai empat sikap seperti berikut:

4 Sikap Lelaki Idaman Neelofa

  • - Jujur
  • - Bertanggungjawab
  • - Menghargai
  • - Menghormati Neelofa


Kata Neelofa lagi, "Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga.  Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini".


Apabila ditanyakan berkaitan dengan jodohnya dengan seseorang yang terlibat dengan industri seni, Neelofa dikatakan ada jawapan yang tersendiri dan mungkin juga dia menerimanya.

Soal maut dan jodoh di tangan Tuhan. Sesiapa pun lelaki berkenaan pasti Neelofa akan menerimanya, bukan? Semoga Neelofa menemui lelaki idaman yang terbaik untuknya.

Sumber: Media Hiburan & Neelofa

Rumah Tangga Kami Masih Kekal Dan Bahagia - Hanez Suraya


Minggu lalu kita dikejutkan satu berita yang menyatakan pelakon cantik Hanez Suraya memfailkan penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Bagaimana pun tiada kelibat pelakon berkenaan di mahkamah dan difahamkan hanya peguam yang hadir bagai mewakili pelakon tersebut.

Agak mengejutkan apabila melalui akaun Instagram milik Hanez Suraya mengatakan yang dia dan suaminya masih lagi berbahagia. Maka, tidak benarlah desas-desus yang mengatakan Hanez membuat permohonan cerai.

Menerusi Instagram Hanez memberitahu, bukannya dengan berdiam diri mengiyakan dan menafikan perkara tersebut tetapi dia memerlukan ruang untuk dirinya mendapat ketenangan.

Menurut Hanez lagi, tiada apa yang harus diperjelaskan lagi di atas apa yang berlaku. Dia juga mengaku bahawa dia hanya manusia biasa dan tidak lari dari membuat kesilapan dan apa yang paling penting, antara Hanez dan suaminya masih lagi berbahagia dan bersama sehingga sekarang. Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku, tulis Hanez di Instagram.

Berikut kenyataan Hanez Suraya di Instagram dan gambar saat bahagia Hanez dan suaminya turut dipaparkan yang membuktikan dia masih lagi bahagia.


Hanez juga berkata dia memohon maaf di atas apa yang berlaku kepada semua pihak. Dan ucapan terima kasih diberikan kepada pihak keluarga Hanez, rakan-rakan rapat, pihak media dan juga semua peminatnya kerana menyokong Hanez selama ini serta memberi semangat dan mendoakan mereka suami isteri selama ini, tulis Hanez lagi.

Source: Hanez Suraya

Wednesday, 25 January 2017

Video - Dato Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Peniaga Kopiah - "Saya Janji Tak Buat Lagi"


Dato Aliff Syukri telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang peniaga kopiah yang kecewa di atas kenyataannya melalui satu program tv Oh Abang Kosmetik yang ditayangkan di Astro baru-baru ini.

Rentetan Peniaga Kopiah Jelaskan Perkara Sebenar Dakwa Diaibkan Datuk Aliff Syukri, Pengasas D'Herbs ini dengan wajah sedih dan seolah menyesali di atas apa yang telah berlaku, telah memohon maaf di atas kesilapannya itu menerusi laman instagram dan juga facebook rasminya.

Berikut adalah kenyataan Datuk Aliff Syukri:

"Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut."

Dato Aliff mengucapkan ribuan terima kasihnya kepada semua yang telah banyak memberikan pendapat serta nasihat di atas kesilapannya. Dia seperti sangat menyesali di atas apa yang berlaku dan mengatakan ini adalah pengajaran untuk dirinya.

Menurut Dato Aliff dia amat berharap agar semua orang akan terus menyokong diri dan kerjayanya serta program Oh Abang Kosmetik. Dato Aliff sekali lagi mengulangi ucapan maaf yang tak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.

"Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Saya amat hargai sokongan moral anda semua." ujarnya dalam nada sedih dan kelihatan Dato Aliff seperti menangis.

Menurut penerangan Dato Aliff, dia terlambat memberikan komen balas di atas sebab kesibukkannya di lokasi pengembaraan kerana menjayakan filem lakonannya Badang.


Peniaga Kopiah Jelaskan Perkara Sebenar Dakwa Diaibkan Datuk Aliff Syukri


Prank, sebenarnya tujuan prank adalah sekadar gurauan katanya. Sesetengah orang boleh menerima prank dengan hati yang terbuka. Namun tidak semua manusia suka apabila dipermainkan.

Begitu juga halnya dengan satu kes kontroversi yang mengejutkan media sosial di mana kes peniaga kopiah yang kecewa dengan kenyataan Datuk Aliff Syukri dalam siaran program TV Oh Abang Kosmetik (OAK) yang telah dilakonkan Aliff Syukri pada 18 Disember lepas di kedai peniaga berkenaan di Tapak Pasar Tani, Bazarena Stadium Shah Alam sekitar jam 8 pagi.

A video posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Kisah ini bermula apabila Datuk Aliff menyamar sebagai pengemis atau peminta sedekah yang dikatakan bertujuan untuk melihat reaksi peniaga di Malaysia.

Difahamkan peniaga berkenaan langsung tidak menyedari ketika beliau berinteraksi dengan pengemis berkenaan telah dirakamkan. Ketika itu Aliff Syukri menyamar sebagai orang tua miskin dan merayu untuk memiliki kopiah dan dikatakan peniaga berkenaan menghalau orang miskin itu. Sila lihat video di bawah untuk mendapat kepastian.


Di bawah ini adalah komen balas pemilik kedai kopiah melalui facebooknya Jebat Derhaka yang mendakwa diaibkan dan memohon Datuk Aliff menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Katanya komen ini juga telah dipadamkan.

Terkini, netizen dikatakan telah menggesa Datuk Aliff Syukri memohon maaf di atas apa yang telah berlaku antara mereka. Mungkin dengan cara bertemu muka dan bermaafan boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Saturday, 14 January 2017

Tarian Maut Fasha Sandha Dikecam Netizen Kerana Baju Nampak Susuk Tubuh Dan Pusat

Fasha Sandha memang satu Malaysia sudah kenal. Terkini dia telah kembali aktif mewarnai dunia lakonan dengan berbagai watak yang dibawanya. Lakonannya dalam drama Lara Aishah sangat mantap dan sesuai dengan karakter dirinya.


Terbaru, Fasha dikecam dan dikritik dengan teruk apabila dia memuat naik satu video di laman Instagram yang menunjukkan Fasha sedang menari dengan memakai baju yang dikatakan sendat, nampak susuk tubuh serta pusat.

Tarian Maut Fasha Katanya

A video posted by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Antara Komen-Komen Netizen Pada Fasha




Jawapan Balas Dari Fasha Sandha


Tetapi ada juga antara peminat dan pengikutnya di Instagram yang memuji kecantikkan Fasha Sandha.

Sumber: Fasha Sandha

Thursday, 5 January 2017

Lagu Wanita Terakhir Nyanyian Fattah Amin Menduduki Carta Teratas iTunes Malaysia

KUALA LUMPUR - Wanita Terakhir adalah singe baharu Fattah Amin bukan saja kini trending di media sosial malah juga berjaya mengungguli carta teratas di iTunes Malaysia.

Foto: Fattah Amin

Lagu hasil ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan itu baru saja dilancarkan pada hari Ahad lalu.

Menurut Fattah Amin, dia sendiri sangat terkejut dan tidak menyangka lagu yang belum pun dilancarkan secara rasmi itu mengalahkan karya-karya lain di carta muzik berkenaan.

Lagu Wanita Terakhir setakat ini hanya dikeluarkan di laman Spotify dan Itunes dan lagu ini katanya ditujukan khas kepada Neelofa.


Menerusi Berita Harian, Fattah Amin berkata, dia meminta Aizat menciptakan sebuah lagu yang mengisahkan perhubungan dirinya dan si dia. Maka terciptalah lagu ini yang sememangnya khas ditujukan kepada Neelofa. Gosip hubungan antara mereka sedang hangat diperkatakan oleh seluruh peminatnya dan peminat drama Surihati Mr Pilot.

Sumber: Berita Harian

Wednesday, 23 November 2016

Kesan Gigitan Cinta Di Leher Yuna Jadi Viral Yuna Tampil Perjelaskan Angkara Labah-Labah

Kuala Lumpur: Yuna tampil memperjelaskan gambar kesan gigitan cinta di lehernya yang jadi kontroversi dan viral adalah angkara seekor labah-labah.



Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 30, mengatakan, kesan merah dilehernya adalah akibat alahan pada kulit selepas digigit seekor labah-labah ketika dia sedang menjayakan konsert jelajahnya di Alabama, Amerika Syarikat kira-kira lima minggu lalu.

"Ini bukan gigitan cinta tetapi kesan daripada gigitan labah-labah ketika konsert jelajah di Alabama, Amerika Syarikat pada lima minggu lalu.

"Ia bukan sahaja di leher tetapi juga di wajah dan tangan saya yang turut digigit ketika sedang tidur," ujarnya kepada mStar Online.