Monday, 26 June 2017

Rakaman Video Dato Seri Vida Menyanyi Jadi Tular


Heboh di media sosial jutawan kosmetik Dato Seri Vida dengan video muzik yang terbaru dengan lagu terbarunya seperti Pikotaro PPAP. Lagu yang dianggap 'catchy' single tersebut telah mendapat berbagai komen dan reaksi netizen selepas menontonnya.

Melalui rakaman video yang telah dimuat naik oleh laman Facebook Tonton, ianya diperdengarkan secara ekslusif dan apa yang amat menarik adalah apabila Dato Seri Vida dengan berbesar hati telah memberikan sebotol Pamoga yang bersaiz besar kepada sesiapa sahaja yang dikatakan boleh meniru tariannya itu dalam video berkenaan.


Monday, 19 June 2017

Aeril Zafril & Wawa Zainal Temui Barang Sihir Busuk Hati Ketika Berniaga Di PWTC


Heboh di laman sosial apabila seorang artis lelaki iaitu Aeril Zafril dikatakan telah menemui satu benda pelik yang dipercayai sengaja diletakkan di booth perniagaannya di Mood Republic, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang kini sedang berlangsung.

Perkara ini dilaporkan sendiri oleh artis lelaki itu di laman Instagram miliknya dengan mendedahkan benda pelik berkenaan melalui gambar yang telah dimuat naik oleh Aeril Zafril.

Menurut Airel dia menemui benda pelik tersebut ketika beliau sedang menjalankan perniagaannya di PWTC. Airel turut menyatakan kekesalannya kerana masih lagi ada individu tertentu yang iri hati di bulan Ramadhan yang mulia ini.

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Aeril turut mendedahkan bahawa penemuan benda pelik berkenaan bukan sahaja di PWTC, malah benda yang sama turut ditemui oleh pekerjanya ketika mereka berniaga di Johor.

Menurut Aeril, masih lagi ada yang mempercayai perkara sebegini dan beliau turut berkata telah menemui pakar berkaitan bagi mendapatkan kepastian. Yang lebih mengejutkan, benda-benda yang ditemuinya itu ternyata mengaitkan dengan perbuatan sihir, busuk hati serta ilmu hitam yang dikatakan dengki dan iri hati dengan dirinya dan isteri, aktres cantik Wawa Zainal.

Airel turut menasihatkan kepada mereka yang berkenaan supaya menghentikan perbuatan berkenaan kerana beliau percaya dan yakin bahawa setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. - Koleksi Viral

Saturday, 17 June 2017

Pengakuan Wanita Ini Mengejutkan Ramai Apabila Mendakwa Mampu Bangkitkan Julia Perez Dari Kubur

Ulfa mengaku mampu bangkit julia perez

Media sosial dikejutkan dengan pengakuan seorang wanita yang dikenali sebagai Ulfa apabila mendakwa Jupe masih lagi hidup dan sehingga sekarang beliau masih lagi hidup, katanya.

Ulfa juga mendakwa bahawa dirinya juga mengetahui akan tentang perkara di alam ghaib dan beliau turut mengatakan ingin membangunkan Jupe daripada alam kematian. Pada ketika ini, Ulfa turut memberitahu bahawa dia sedang berusaha membangunkan Jupe dan turut menyuruh Jupe masuk ke badan keluarganya dan rakan-rakannya serta turut berkata "tunjukkan bahawa kamu tidak mati", katanya.

Menurut Ulfa, ketika di tanah perkuburan sewaktu pengkebumian artis cantik itu, dia mendakwa tidak merasa aura kematian di sana dan yang mengejutkan, dia turut memaklumkan bahawa dia langsung tidak bertemu dengan arwah semasa berada di alam kubur, malah dia hanya berjumpa dengan seorang pelakon yang dikenali sebagai Olga Syahputra yang telah meninggal dunia.

Ulfa turut mendakwa, arwah Olga memberitahunya bahawa arwah Jupe belum sampai ke alam itu dan sehingga ke waktu ini Jupe tiada di situ, katanya. Tambah Ulfa lagi, kematian artis yang popular itu sebenarnya dibuat-buat oleh pihak tertentu kerana tidak mahu artis tersebut berlakon dalam apa jua filem dan drama, jelasnya.

Ulfa turut berkata, ketika jenazah arwah dimasukkan ke dalam keranda, artis itu sebenarnya masih lagi hidup iaitu belum mati. Dia turut meminta doa agar arwah Jupe dapat kembali kepada keluarga serta rakannya dan ingin membuktikan bahawa Julia Perez masih lagi belum meninggal.

Rakaman video sewaktu temuramah bersama Ulfa



Kematian Julia Perez seperti yang diumumkan oleh akhbar adalah pada hari Sabtu, 10 Jun 2017 kerana kanser serviks yang dihidapinya bertahun lamanya. Artis wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.12 pagi dan telah dikebumikan di TPU Pondok Rangon, Jakarta Timur, Indonesia.

Sumber: JPNN

Sunday, 11 June 2017

Pelakon Lydiawati Didenda Atau Dipenjara Kerana Dikatakan Pukul Seorang Wanita Dengan Besi

Pelakon popular Lydiawati didenda RM4,000 atau 14 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana mencederakan seorang peniaga wanita warga Brunei pada Mac tahun lepas.


Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon yang terkenal dengan filem Suami, Isteri dan ... selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan itu, lapor Bernama.

Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, dengan memukul mangsa menggunakan besi di sebuah hotel di Ampang pada 6.30 petang, 24 Mac tahun lepas.


Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, Lydiawati yang diwakili peguam, Fatimah Zahrah Ramli, merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang ringan dengan alasan wanita itu adalah ibu tunggal dua anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Bagaimanapun,Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

"Mahkamah perlu memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri," katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa berada di tempat kejadian, beliau didatangi Lydiawati yang secara tiba-tiba memukulnya dengan sebatang besi sehingga menyebabkan mangsa patah jari kelingking serta cedera dengan kesan lebam dan luka di tangan kanan.


Pada 25 Mac tahun lepas, Lydiawati telah memuat naik dua video yang menunjukkan dirinya telah memukul seorang wanita dalam akaun Facebook miliknya sehingga menjadi tular. - BERNAMA

Friday, 9 June 2017

Peminat Dakwa Digoda Oleh Pelakon Lelaki Terkenal Syukri Yahaya Dan Meminta Gambar Bogel Dari Aplikasi Wechat

KUALA LUMPUR - Heboh apabila pelakon terkenal, Shukri Yahaya yang didakwa oleh seorang peminatnya yang kononnya pelakon lelaki berkenaan cuba menggodanya serta mengajak peminatnya itu melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. namun Shukri menyangkal tuduhan berkenaan dan beranggapan tindakan wanita itu sebagai ingin mendapatkan publisiti.

"Saya sendiri maklum mengenai hal ini sejak pagi tadi apabila beberapa pihak cuba bertanyakan kesahihan perkara terbabit. Saya juga enggan mudah melatah kerana menganggap gadis itu ingin menjadi 'Insta famous' dan popular dalam sekelip mata.

"Kenapa isu ini dibangkitkan ketika drama lakonan saya, Andainya Takdir, mendapat perhatian? Apakah ia dilakukan bagi mencalarkan imej dan reputasi saya?" katanya ketika dihubungi BH Online.

Menurut laporan BH Online, mereka juga ada menerima kiriman paparan skrin dari seorang pelajar yang mengatakan dirinya cuba digoda oleh seorang pelakon lelaki iaitu Shukri yang juga memegang status suami. Daripada video yang dimuat naik oleh gadis terbabit, kelibat wajah seorang lelaki yang menyerupai Shukri turut kelihatan.

Shukri turut memberitahu, kontroversi berkenaan telah mendatangkan masalah kepada dirinya apabila beliau kini perlu berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada banyak pihak, termasuk keluarga. "Saya bagaimanapun bersyukur kerana isteri, Tya Adnan, tidak mudah melatah dan percaya suaminya tidak sesekali akan melakukan perkara sedemikian.


"Lagipun, kalau saya nak buat onar, kenapa perlu meninggalkan bukti? Baiklah saya terus buat saja. Peminat juga tahu mana yang benar dan salah," katanya.

Pelajar itu juga dikatakan enggan mempedulikan persepsi masyarakat terhadap dirinya dan menurutnya pelakon lelaki terbabit turut menyatakan hasrat untuk melakukan perkara tidak senonoh, gadis itu turut mendakwa pelakon berkenaan meminta beliau mengirimkan gambar bogel kepadanya. "Saya terkejut kerana wajahnya tidak sama dengan karakter sebenar beliau, katanya.



"Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana dia kembali mengganggu saya di WeChat dan langsung tidak menghormati bulan puasa. Lagipun, dia mempunyai isteri dan anak yang masih kecil. "Yang penting, saya dan dirinya tahu siapa yang bersalah dalam hal ini.

"Kini, terpulang kepada pelakon terbabit untuk menjadikan insiden berkenaan sebagai teladan atau terus dengan sikap hipokritnya itu," kata beliau yang mengaku pernah meminati aktor berkenaan.

Tuesday, 6 June 2017

Kesakitan Awal Ashaari Telah Hilang Selepas Batu Dalam Hempedu Dibuang


Pengacara dan pelakon terkenal Awal Ashaari dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan bagi membuangkan batu dalam hempedu di sebuah pusat perubatan swasta di sini awal pagi Isnin.

Memetik laporan Harian Metro, Scha Al-Yahya, isteri kepada Awal, menyatakan syukur kerana pembedahan yang dijalani suaminya itu telah berjalan dengan lancar.

Menurut Scha, Awal memberitahu, dia mengetahui tentang adanya batu dalam hempedu setelah merasa sakit sebelum ini dan mengambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan doktor telah menasihati Awal supaya membuat pembedahan itu ketika bulan Ramadhan agar Awal dapat berehat.

Pengacara lelaki popular itu telah dimasukkan ke wad kira-kira jam 8.30 pagi dan telah mengambil masa selama tiga jam bagi menjalani pembedahan pembuangan batu dalam hempedu itu yang selesai pada jam 11.30 pagi, katanya.

Menurut Scha lagi, dia menemani suaminya sepanjang rawatan tersebut dilakukan dan turut menambah dia terpaksa menunda pengambaraan drama arahan Dira Abu Zahar ekoran ingin menjaga suaminya itu. Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana pihak produksi memahami akan masalahnya dan telah diberikan cuti sehingga suaminya pulang ke rumah, jelasnya.

A post shared by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

Awal Ashaari telah dinasihatkan doktor supaya berehat selama lebih seminggu sebelum berkerja semula iaitu mengacarakan program Melodi seperti biasa. Selain memastikan Awal mendapatkan rehat yang cukup, dia perlu menjaga makan minum suaminya itu agar cepat sihat seperti sediakala, katanya. - Koleksi Viral

Tuesday, 23 May 2017

Kisah Sayu Bazli UNIC Anak Hidap Kanser Buat Netizen Sebak Dan Tersentuh


Satu Malaysia tahu kumpulan UNIC telah pun menjuarai program Gema Gegarvaganza yang diadakan baru-baru ini dengan membawa pulang hadiah yang amat bernilai. Kumpulan ini mempersembahkan nyanyian mereka dengan baik serta konsisten sehingga mereka memenangi pertandingan itu.

Tetapi, tiada siapa yang tahu di sebalik kegembiraan dan kemenangan itu, Bazli Hazwan salah seorang anggota kumpulan berkenaan menghadapi saat sukar dengan dugaan yang begitu hebat. Muhammad Syahid, anak kepada Bazli sedang bertarung nyawa di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser.

A post shared by bazlihazwan (@bazliunic) on

Apa yang disampaikan serta luahan Bazli untuk Syahid ini membuatkan ramai yang sebak dan sedih.

Syahid, Ayah Menang..

SYAHID.. AYAH MENANG!! Ayah bawa pulang kegembiraan berkongsi kejayaan. Ayah menang naakk. Syahid lah sebenar pemenang2. Sepanjang 7minggu ggv suka duka memberikan yg terbaik utk penonton dan peminat, mengekalkan prestasi persembahan dinamik, memerah idea mencari kelainan identiti unic bukanlah mudah. Dalam keadaan membahagi masa antara kerja dan hal keluarga tambahan anak sakit d hospital mmg sgt menguji saya. Menguji emosi terutama sekali. Bila kita letih kita akan moody akan serba xkena. Tp sy cuba lawan dgn tenang kawal semuanya. Letih yg teramat sebab saya berulang alik dari dewan latihan then ke hospital semula kemudian show pula then ke hospital lagi begitu lah seadanya. Lewat malam letih xrehat, saya terus ke hospital semula lihat perkembangan syahid. Secara peribadi inilah kemenangan saya mengurus emosi. Satu hari bila syahid sihat.. Ayah akan cerita kisah ni pd kau naaak. #ggv #gemagegarvaganza #syahid #bintangsyurga #juara #ggvunic
A post shared by bazlihazwan (@bazliunic) on

Walau Sesibuk Mana Pun, Tanggungjawab Dan Kasih Sayang Seorang Ayah Terhadap Anaknya Tidak Berpenghujung.. Marilah Sama2 Kita Doakan Syahid Segera Sembuh Dan Kembali Sihat Seperti Sebelumnya.. Dan Doakan Juga Buat @bazliunic Agar Allah Berikan Kekuatan Untuk Menempuh Hari2 Yang Mendatang InsyaAllah.. Repost from @bazliunic Alhamdulillah malam ni agak ok sikit anak ayah berbanding siang td muntah dan cirit2. Syahid masih lagi xlalu makan dh 4hri. Tiap kali berak dia akan jerit sakit nangis. Ya pugg dia luka pedih. Doktor masukan ubat yg sesuai utk Muhammad Syahid Bazli Hazwan. Walaupun malam ni suhu syahid tgh dmm panas 39.2 anak ayah masih gagahkan diri utk melawak gurau. Alhamdulillah ayah bacakan syahid beberapa surah dan syahid sambung. Ayah terharu dgn syahid. Syahid bintang syurga. Syahid inspirasi ayah!! #syahid #bintangsyurga
A post shared by UNIC (@unicofficials) on

Tuesday, 16 May 2017

Rakaman Video Itu Dirakamkan Pada Oktober 2016, Saya Pernah Meminta Maaf Pada Semua - Izara Aishah


KUALA LUMPUR - Semenjak semalam, heboh di media sosial tentang rakaman video seorang pelakon cantik Izara Aishah yang sengaja berpakaian menjolok mata sehingga menonjolkan sebahagian payudaranya.

Terkini, pelakon terbabit Izara Aishah, 25, telah tampil menjelaskan tentang rakaman video berkenaan yang didakwa ketika beliau menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini sebenarnya salah sama sekali.

Menurut Izara video berkenaan telah dirakamkan ketika beliau menghadiri satu majlis yang bertemakan Style Rocks pada bulan Oktober 2016.

Izara juga membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh peminatnya melalui laman sosial Instagram miliknya.

Permohonan Maaf Dari Izara Aishah:

Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi.

Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi.

Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya.

Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu.

InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum.

Sunday, 23 April 2017

Lisa Surihani & Yusri KRU Timang Anak Kedua Bayi Lelaki Pada Hari Ini


Kuala Lumpur - Pelakon cantik yang dikenali ramai Lisa Surihani, 31, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari ini jam 7.10 pagi di Pusat Perubatan Pantai.

Bayi lelaki yang comel itu dilaporkan seberat 3.12 kilogram. Bayi itu juga adalah anak kedua Lisa hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Yusry Abdul Halim, 44, yang juga seorang pengarah, pelakon dan penyanyi popular terkenal.

Berita gembira yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh Yusry, keluarganya serta peminat-peminat kedua artis ini keseluruhannya diumumkan oleh Yusry sendiri melalui akaun laman sosial Instagram miliknya pada hari ini.

A post shared by YusryKRU (@yusrykru) on

Dengan kelahiran cahaya mata kedua artis ini, mereka telah menerima berbagai ucapan tahniah daripada netizen yang terdiri daripada peminat pasangan selebriti itu. Ada diantara peminat pasangan ini begitu teruja dengan kelahiran bayi mereka sehinggakan tidak sabar-sabar untuk melihat wajah comel bayi itu.

Sementara itu, beberapa rakan artis pasangan ini kelihatan juga berkongsi kegembiraan mereka di ruangan komen di laman sosial terbabit antaranya Norman Hakim, Aeril Zafrel dan ramai lagi.

Manakala, anak sulung pasangan popular ini yang diberi nama Yahaira Leanne telah dilahirkan pada 15 September 2015. - Harian Metro

Thursday, 23 March 2017

Impian Hazama Untuk Memiliki Anak Berkecai Apabila Kandungan Genervie Disahkan Di Luar Rahim


Kuala Lumpur - Impian Hazama dan isterinya, Genervie Kam berkecai setelah hajat mereka untuk menimang cahaya pertama tidak menjadi kenyataan apabila isterinya dikatakan telah mengandung di luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan.

Memetik laporan Harian Metro, Genervie. 37, telah dibawa ke pusat perubatan di Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan petang semalam setelah disahkan haid tidak normal selama dua minggu, kata penyanyi Hazama yang berusia 33 tahun itu.

Kami sangat gembira apabila doktor mengatakan Genervie telah mengandung. Tetapi, setelah doktor membuat pemeriksaan serta mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan mengalami pendarahan dalaman, kami redha.

Menurut kata doktor, isterinya perlu menjalani pembedahan dengan segera dan Hazama bernasib baik kerana pantas bertindak dengan membawa isterinya ke hospital. Sekiranya terlambat, berkemungkinan akan membawa maut.


Hazama melahirkan rasa syukur apabila proses pembedahan itu selamat dan dalam tempoh dua hari lagi isterinya akan dibenarkan keluar dari wad tersebut. Isterinya juga akan berehat selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Menurut Hazama lagi, sekalipun dia bersedih dengan kejadian ini tetapi dia redha di atas apa yang berlaku dan menganggap semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya kerana dia dan isterinya belum bersedia untuk mempunyai anak kerana amat sibuk dengan kerjaya.


Hazama juga turut berkongsi berita sedih ini bersama peminatnya di laman instagram dan memberitahu perancangan untuk memilik anak pada tahun depan. - Koleksi Viral

Sunday, 19 March 2017

Gadis Sabah Seiras Selena Gomez Tular Di Media Sosial Menjadi Rebutan Iklan Fesyen Dan Televisyen


Kota Kinabalu — Kerana dikatakan wajah seiras seperti artis antarabangsa Selena Gomez, seorang gadis dari kota Kinabalu yang kini berusia 18 tahun menjadi tumpuan ramai pemilik syarikat pengiklanan fesyen dan pengusaha produk kecantikan serta diberi peluang untuk berlakon, lapor Malay Mail Online.

Gadis cantik yang bernama Phanthegerow Louiselle Leo Estrop itu dipercayai seringkali menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar dengannya ketika dia berkunjung ke pusat membeli belah.

Gadis yang sering merendah diri ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri iaitu sebanyak 28,000 orang ketika ini di Instagram dan juga facebook. Malah, gadis kacukan Kadazan-Dusun dan Belanda itu juga telah ditawarkan berlakon di dalam filem yang berjudul Sumpahan Akinabalu di bawah syarikat produksi New Film Sdn Bhd.

Menurut gadis manis itu, dia juga perlu fokus kepada pelajaran dan menerima tawaran berlakon sekiranya masa untuk dirinya mengkaji pelajaran tidak terganggu

Katanya, ramai yang telah menghubunginya dengan tawaran menjadi model, malahan untuk bidang lakonan pada ketika ini dia telah mendatangani kontrak untuk berlakon dan tidak terikat dengan masanya.


Phan adalah panggilan mesra untuknya telah menjadi perhatian di media sosial semenjak sebulan lalu dan dikatakan wajahnya yang seiras dengan artis antarabangsa itu semenjak di sekolah rendah lagi apabila rakannya menyedari wajahnya menyerupai artis terbabit.

Diri saya adalah diri saya. Biarpun semua orang mengatakan wajah saya seiras Selena Gomez, tipulah kalau saya tidak akan merasa gembira serta bangga apabila anggapan orang ramai seperti itu terhadap saya. Saya sedar siapa diri saya dan saya tidak akan bermegah megah dengan keadaan ini, malah ini adalah satu penghormatan terhadap saya, katanya seperti yang dilaporkan.

Friday, 17 March 2017

Lelaki Yang Dipercayai Suami Lana Nordin Tunjuk Isyarat Jari Tengah Ketika Terbabit Dalam Kemalangan Kecil Jadi Tular


Johor Bahru - Satu rakaman video yang memaparkan satu kemalangan kecil yang berlaku di jalan raya di Johor Bahru berhampiran laluan kedua Malaysia- Singapura pada Selasa lalu jadi tular di media sosial.

Kemalangan itu membabitkan dua buah kereta yang masing-masing menggunakan jalan yang sama untuk menuju ke Singapura. Keadaan jalan pada ketika itu sangat sesak dan setiap laluan dipenuhi dengan berbagai kenderaan.

Laporan dari laman Stomp Singapura, seorang wanita mendakwa suaminya pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabatnya di Johor Bahru. Kesesakan jalan raya terjadi ketika itu akibat terlalu banyak kenderaan yang masing-masing menuju ke Singapura.

Sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard secara tiba-tiba cuba memotong kereta suami wanita terbabit. Kemudiannya, suami wanita itu memberikan laluan kepada kereta yang berwarna hitam berkenaan, malangnya kereta tersebut dikatakan ingin juga menyelit yang akhirnya menyebabkan perlanggaran dan terkena kereta suaminya.

Difahamkan, pemandu kereta terbabit dipercayai seorang lelaki Caucasian lalu memberikan isyarat dan menunjukkan bahawa keretanya telah dilanggar oleh kereta suami wanita tersebut.


Ekoran kejadian itu, lelaki berkenaan seperti tidak berpuas hati dan mula membebel serta menyalahkan kereta suami wanita tersebut dan kelihatan lelaki itu telah mengeluarkan kata-kata kesat seperti cacian dan makian.

Lelaki terbabit secara tiba-tiba keluar dari keretanya serta mengambil telefon miliknya yang berada di dalam kereta. Lelaki itu dikatakan telah meminta maklumat peribadi dari suami wanita berkenaan. Namun, suaminya menyatakan dia tidak akan memberikan sebarang maklumat tentang dirinya malah suaminya menyatakan bahawa lelaki itu yang bersalah kerana telah melanggar keretanya.

Oleh kerana tidak berpuas hati apabila suami wanita itu tidak mahu berikan maklumat, lelaki itu berang serta menunjukkan jari tengah sebagai tanda kemarahannya. Rakaman video tersebut hanya berakhir di situ.


Melalui rakaman video itu, rata-rata netizen mendakwa bahawa wanita yang bersama pemandu Toyota Alphard tersebut adalah aktres cantik Lana Nordin, manakala, lelaki terbabit adalah suaminya yang dikenali sebagai David Mckienzie. - Koleksi Viral

Wednesday, 15 March 2017

Doktor Sahkan Amyra Rosli Kini Mengandung Tujuh Minggu - Amar Baharin


Petaling Jaya - Doktor telah mengesahkan Amyra Rosli, aktres cantik isteri kepada pelakon Amar Baharin itu telah hamil dan kandungannya kini berusia tujuh minggu, lapor Mstar Online.

Amyra dibawa ke hospital swasta di ibu negara untuk mendapatkan rawatan setelah dipercayai sakit perut.

Menurut Amar Baharin, doktor baru sahaja mengesahkan Amyra kini mengandung setelah menjalani pemeriksaan termasuk imbasan.

Amar juga tahu sejak beberapa minggu lalu Amyra telah mengalami simptom-simptom kehamilan tetapi tiada kesempatan untuk membuat pemeriksaan sehinggalah malam tadi Amyra mengadu sakit perut yang memaksa Amar menghantar Amyra ke hospital untuk rawatan lanjut.

Melalui akaun Instagram milik Amyra Rosli, satu gambar telah dimuat naik olehnya yang memaparkan Amar sedang menemani Amyra ketika berada di hospital.

A post shared by Mrs Amar (@aamyrarosli) on

Amyra Rosli dan Amar Baharin telah diijabkabul pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang telah diadakan di Hotel Premiera

Amar juga menjelaskan Amyra dinasihatkan berehat untuk selama dua minggu bagi memastikan kandungannya benar-benar kuat. Berkemungkinan dia juga akan berehat sementara waktu dalam bidang lakonan. - Koleksi Viral

Saturday, 11 March 2017

Akhirnya Adira Telah Selamat Melahirkan Seorang Bayi Perempuan Yang Comel

Anak Perempuan

Melalui laman instagram milik kakak kepada penyanyi cantik Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi, memberitahu bahawa Adira telah selamat melahirkan bayi perempuannya semalam.

Hanya sebahagian wajah bayi comel yang dipercayai anak kepada Adira dipaparkan, mungkin Adira belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya kepada umum.

Menerusi instagram milik Emma Suhaimi, dia menulis seperti berikut;


Tahniah Adira dan suami. - Koleksi Viral

Berita Kematian Ahli Keluarga Mengejutkan Abam Bocey & Ali Puteh Ketika Lagi 15 Minit MLM 2017 Berlangsung


Berita kematian yang amat mengejutkan diterima Abam Bocey dan Ali Puteh peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) sedikit sebanyak menganggu persembahan ketika mereka ingin memulakannya dalam 15 minit seperti dijadualkan.

Melalui laman Astro Gempak, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, memberitahu, berita kematian yang telah disampaikan oleh ahli keluarganya amat mengejutkan memandangkan siaran langsung MLM 2017 akan bermula dalam 15 minit sahaja lagi.

Persembahan saya pada malam ini dalam kesedihan walaupun saya sedang menghiburkan orang ramai, sedikit sebanyak emosi kami terganggu kerana menerima berita yang amat menyedihkan ini.

Kami menguatkan semangat untuk meneruskan persembahan ini walaupun sedang dalam kesedihan dengan kematian datuk saudara.

Difahamkan, datuk saudara mereka yang meninggal dunia itu berusia 75 tahun dan menghembuskan nafas terakhir kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazahnya akan dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam UIA Gombak pada jam 9.00 pagi ini, jelas Ali kepada Astro Gempak.

Sumber: Astro Gempak

Friday, 10 March 2017

Hafiz Saman Gedung Pakaian Kikis Namanya Jadi Afiz Amidun Setelah Notis Dikeluarkan


Kuala Lumpur - Kemelut antara Hafiz Hamidun dan gedung terkenal itu masih lagi tiada berpenghujung dan penyanyi nasyid berkenaan dikhabarkan bercadang akan mengambil tindakan undang-undang kerana namanya digunakan untuk melariskan produk mereka.

Terdahulu, Hafiz Hamidun, 33, dipercayai telah pun menghantar notis melalui peguamnya kepada gedung pakaian tersebut, namun setelah 14 hari berlalu masih tiada jawapan dari mereka.

Menurut Hafiz, pihak gedung berkenaan telah mengikis huruf H yang tertera nama Hafiz Hamidun di atas kain yang dijual di gedung terbabit. Cetakan tersebut menjadi Afiz Amidun dan bagi Hafiz, mereka seperti mempermainkannya setelah notis itu dihantar kepada gedung pakain berkenaan.






Hafiz juga memberitahu dia tidak marah akan kejadian ini namu sangat kesal kerana mereka menggunakan nama Hafiz untuk mendapatkan keuntungan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya dilakukan.

Menurut Hafiz lagi, pada mulanya dia langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini sebelum peminatnya menyampaikan berita ini. Sambutan produk berkenaan amat mengalakkan kerana menggunakan nama Hafiz.

Hafiz juga memuat naik satu status di Twitter dengan harapan pemiant dan netizen akan faham kenapa dia ingin menyaman gedung pakaian terbabit. Hafiz bukannya mementingkan diri sendiri tetapi ianya berkaitan dengan jenama dan perniagaannya. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro, Twitter Hafiz Hamidun

Wednesday, 8 March 2017

Banyak Lagi Orang Nama Hafiz Hamidun Dalam Malaysia Ni, Awak Bukan Orang Kenal Sangat Pun - Netizen

Mungkin ramai orang Malaysia kenal atau mungkin ramai juga yang belum kenal dengan Hafiz Hamidun iaitu seorang penyanyi nasyid dan juga pendakwah yang amat dikenali.

Hafiz adalah salah seorang anggota kumpulan nasyid yang dikenali sebagai UNIC dan sekarang dia tidak lagi bersama kumpulan berkenaan kerana kini selesa bergerak secara solo.

Hafiz Hamidun - Foto Sinar Harian

Mungkin ada yang biasa mendengar alunan lagu Islamik yang dinyanyikan oleh Hafiz, hanya yang biasa mendengar dan menghayati akan memuji beliau kerana lagu-lagu beliau juga dikatakan banyak berunsur nasihat dan baik didengar.

Terbaru, media sosial dikejutkan dengan satu kontroversi panas yang berlaku di laman twitter milik Hafiz apabila tweetnya telah mendapat kecaman netizen, kerana mereka semua tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang telah diutarakan Hafiz.

Kamdar, see you in court


Tweet Hafiz telah mendapat perhatian netizen apabila beliau memuat naik gambar yang dipercayai dari gedung Kamdar yang tertera namanya "Hafiz Hamidun Kain Baju Melayu Shine 44".

Berikutan itu, melalui tweet Hafiz dia menyatakan akan menyaman pihak gedung Kamdar kerana menggunakan namanya tanpa kebenaran untuk penjualan produk gedung terkenal itu.

Disebabkan tweet Hafiz tersebut, netizen mengecam Hafiz dengan menyatakan bukan Hafiz Hamidun seorang yang mempunyai nama serupa dan ada diantara kecaman berkenaan seperti "jika Kamdar mengatakan nama itu digunakan sempena nama saudara mereka bukan kah akan memalukan Hafiz?" - Koleksi Viral

Antara kecaman netizen terhadap Hafiz Hamidun




<


Sumber: Twitter Hafiz Hamidun

Yuna Gembira Bertunang Dengan Adam Sinclair Minggu Lalu?


KUALA LUMPUR - Heboh di media sosial mengatakan penyanyi yang dikenali ramai telah bertunang sejak seminggu lalu. Yuna didakwa telah pun disunting oleh Adam Sinclair, lapor Berita Harian.

Yunalis Mat Zara'ai, 30, dipercayai mengikat tali pertunangan dengan adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair pada minggu lalu setelah selama setahun mereka berkawan.

Yuna dikatakan pernah memuat naik gambar mereka berdua di laman instagram milik Yuna Disember lalu dan ini menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Difahamkan, Yuna amat gembira dengan lamaran Adam Sinclair, maka terjawab sudah segala spekulasi dan gosip percintaan mereka sejak September 2015 apabila gambar Yuna bersama Adam serta abangya Ashraf ditemani isterinya, Bunga Lestari ketika bercuti di Los Angeles, California.

Walaupun gosip panas itu amat mengemparkan Malaysia, tiada sebarang komen balas dari Yuna mahu pun Adam Sinclair untuk mengesahkan spekulasi berkenaan.

Gambar Yuna bersama Adam Sinclair tidak lama dulu kelihatan sangat mesra.
A post shared by Yuna (@yunamusic) on

Tetapi pihak media beranggapan mereka mempunyai hubungan istimewa setelah itu, apabila status atau pun entri kedua mereka di laman sosial seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

Menariknya, untuk mendapatkan kesahihan mengenai berita panas itu, BH Online telah menghubungi pengurus Yuna yang berada di Amerika Syarikat iaitu Nor Zaina Wardah atau Wawa.

Menurut Wawa, dakwaan itu hanyalah khabar angin semata-mata dan Yuna baru saja sampai di Malaysia bagaimana nak bertunang sedangkan di sibuk untuk menjayakan festival muzik, LoveLifest. - Koleksi Viral

Sumber: BH Online, Instagram Yuna

Tuesday, 7 March 2017

Azrinaz Mazhar Selebriti VIP Yang Rapat Dengan Fattah Amin, Juga Kekasih Barunya?


Ketika gosip panas yang melanda Fattah Amin yang mengatakan dia sedang rapat dengan seorang selebriti VIP, dia masih berdiam diri dan perkara ini masih menjadi tanya peminatnya.

Walaupun identiti wanita berkenaan masih belum diketahui dan didedahkan, tiba-tiba nama Azrinaz Mazhar Hakim menjadi sebutan ramai dan ada yang mengatakan selebriti berstatus VIP yang rapat dengan Fattah itu adalah Azrinaz.

Satu berita yang agak mengejutkan apabila Azrinaz telah berkongsi sekeping gambarnya bersama Fattah Amin di laman instagramnya. Ini menguatkan lagi dakwaan peminat Fattah bahawa dia sedang rapat dengan selebriti VIP berkenaan.

Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Sehingga kini kedua mereka masih tidak memberikan komen balas berkaitan dengan gosip yang melanda mereka dan ini telah menjadi tanda tanya kepada peminat Fattah Amin. - Koleksi Viral

Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Pernah Diejek BESAR Ketika Selepas Bersalin Anak Pertama


Siapa yang tidak kenal dengan aktres cantik dan popular ini, Fasha Sandha. Seorang artis yang amat dikenali kerana lakonannya yang bersahaja dan terbukti meninggalkan kesan di hati peminatnya.

Seperti artis lain, Fasha juga sering dilanda gosip dan kontroversi yang telah melonjakkan namanya dalam arena seni tanah air.

Terkini, artis cantik ini telah berkongsi pengalamannya bagaimana dia pernah diejek berkaitan dengan bentuk badannya setelah melahirkan anak pertama menerusi laman instagram miliknya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Badan pernah besar

Saya tidak malu mengatakan saya pernah BESAR setelah melahirkan anak pertama saya. Sekarang tahun 2017 dan saya mempunyai dua orang anak. Jemyma baru berusia dua tahun dua bulan dan saya telah berjaya menurunkan berat badan.

Inspirasi kepada semua wanita

Tak dinafikan, perut masih ada, bukanlah perut ramping sepenuhnya, tetapi saya sendiri dapat melihat perbezaan besar di bahagian-bahagian lain. Saya ingin memberikan inspirasi kepada wanita-wanita lain yang pernah struggle macam saya ketika mahu menurunkan berat badan.

Kongsi ilmu dan pengalaman

Faktor genetik dan faktor pemakanan adalah punca utama badan menjadi besar. Saya akan kongsi pengalaman saya dan apakah aktiviti yang saya lakukan. Saya ingin berkongsi ilmu dan saya tidak malu mengatakan 'saya pernah gemuk selepas melahirkan anak'.

Memahami

Saya faham perasaan sedih apabila kita diejek, diperli. Insyaallah, dengan pengalaman yang saya pernah lalui, saya akan berkongsi ilmu. - Koleksi Viral

Sumber: Instagram Fasha Sandha